Selimut bayi ni memang nampak macam benda kecil je, tapi sebenarnya ia antara keperluan penting yang Mama tak boleh pandang ringan. Ramai fikir beli selimut bayi senang dengan memilih corak comel, warna cantik, siap. Tapi hakikatnya, ada beberapa perkara penting yang Mama kena fikir dulu sebelum beli.
Pertama sekali, selimut bayi mestilah boleh bagi kehangatan yang cukup, terutama bila si manja tidur dalam bilik yang ada aircond atau waktu cuaca sejuk. Lagi satu, kulit si manja kan sensitif, jadi Mama kena pastikan material selimut tu lembut dan selesa dipeluk.
Selimut yang bagus bukan je buat si manja rasa hangat, tapi juga bantu dia tidur dengan lebih lena dan rasa selamat. Sebab tu, Mama juga kena tengok berat selimut jangan terlalu tebal sampai buat mereka rasa panas, atau terlalu nipis sampai tak rasa selesa.
Tak sure nak beli selimut apa? Jangan risau, Mama Siti dah senaraikan beberapa pilihan selimut bayi yang bukan je cantik, tapi memang disukai ramai Mama dan si manja. Jom tengok!
5 Pilihan Selimut untuk Si Manja Mama
1. Akarana Baby Waffle Weave Baby & Toddler Blanket 100% Cotton (Pink)

Akarana Baby Waffle Weave Baby & Toddler Blanket kini tersedia dalam tiga warna lembut dan menarik dengan warna merah jambu, kelabu dan putih.
Diperbuat daripada 100% kapas, selimut ini menampilkan rekaan anyaman waffle yang halus untuk keselesaan dan kelembutan maksimum.
Dengan ciri pengekalan haba yang baik, ia memastikan si manja sentiasa hangat dan selesa, sesuai digunakan ketika tidur siang, waktu malam atau ketika cuaca sejuk di luar.
Walaupun ringan, ia tetap memberikan rasa selimut yang menyeluruh dan menenangkan untuk bayi dan kanak-kanak kecil.
Diperbuat daripada 100% kapas.
Harga: RM32.90
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Akarana Baby Waffle Weave Baby & Toddler Blanket 100% Cotton (Pink)
2. Bumble Bee Good Nite Blanket

Bumble Bee Good Nite Blanket diperbuat daripada fabrik rajutan kapas premium 100%, yang bernafas dan sangat lembut untuk memastikan tidur yang tenang dan selesa buat si manja.
Reka bentuknya yang unik membantu mengelakkan selimut daripada berkedut atau menyebabkan kepanasan berlebihan, menjadikannya sesuai digunakan sepanjang tahun.
Poket kaki yang luas memberi ruang pergerakan yang selesa serta menyokong kesihatan pinggul, terutama bagi si manja yang mengalami displasia pinggul.
Selimut serba guna ini direka untuk berkembang bersama pembesaran si manja Mama, memberikan kegunaan jangka panjang dan keselesaan berpanjangan.
Diperbuat daripada 100% kapas premium.
Harga: RM52.78
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Bumble Bee Good Nite Blanket
3. Babylove 100% Cotton Precious Knitted Dot Blanket (100cm x 80cm)

Babylove Precious Knitted Dot Blanket direka dengan teliti menggunakan bahan 100% kapas yang tidak toksik untuk memastikan keselamatan dan keselesaan si manja.
Tekstur rajutan yang selesa memberikan kehangatan dan kelembutan, sesuai untuk memastikan si manja Mama sentiasa berasa hangat dan selesa.
Dikenali dengan kualiti dan ketahanan yang tinggi, selimut ini sangat sesuai untuk kegunaan harian dan tahan lama. Reka bentuknya yang comel turut menambah seri pada koleksi tempat tidur si manja.
Diperbuat daripada 100% kapas (dengan pewarnaan dan kemasan yang tidak toksik).
Harga: RM59.90
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Babylove 100% Cotton Precious Knitted Dot Blanket (100cm x 80cm)
4. Quinny Blanket

Quinny Blanket ialah pilihan praktikal dan bergaya untuk memastikan si manja Mama sentiasa selesa semasa berada di luar rumah.
Direka untuk keselesaan sepanjang tahun, selimut ini melindungi si manja daripada angin dan cuaca sejuk sambil memberikan sentuhan lembut yang menenangkan.
Reka bentuk uniknya boleh dipasang dengan mudah pada rangka stroller bagi mengelakkan selimut tercicir, dan ciri boleh diterbalikkan membolehkan Mama menukar gaya dengan mudah.
Ringan dan berfungsi, selimut ini sangat sesuai untuk Mama Papa yang sentiasa sibuk dan aktif.
Harga: RM84.25
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Quinny Blanket
5. Luvable Friends Bebe Comfort Wrap Swaddle Blanket – BC42007

Bebe Comfort Wrap Swaddle Blanket diperbuat daripada fabrik muslin yang telah dicuci, sangat lembut, ringan, dan bernafas, secara semula jadi mengatur suhu badan si manja Mama.
Saiznya yang besar memudahkan proses swaddle dan memastikan si manja berada dalam pelukan yang selesa, mewujudkan persekitaran yang menenangkan untuk tidur yang lebih panjang dan nyenyak.
Selimut serba guna ini juga boleh digunakan sebagai penutup penyusuan, kain untuk sendawa, atau penutup stroller, menjadikannya tambahan yang bernilai dalam alat keperluan Mama Papa.
Harga: RM44.90
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Luvable Friends Bebe Comfort Wrap Swaddle Blanket – BC42007
Selimut Buat Si Manja Selesa dan Tenang

Selimut bukan sekadar kain penutup badan bagi si manja, ia adalah sumber rasa tenang, hangat, dan selesa. Dari tidur siang hingga malam, selimut yang lembut dan sesuai membantu mereka rasa lebih selamat, macam dalam pelukan Mama.
Ada anak-anak yang membesar dengan ‘bantal busuk’ atau selimut kegemaran yang tak boleh berpisah. Benda kecil macam ni, tapi cukup bermakna dalam tumbesaran mereka.
Sebab tu penting untuk Mama memilih selimut yang berkualiti, lembut dan mesra kulit. Bukan saja untuk keselesaan, tapi juga untuk mencipta kenangan manis yang akan si manja bawa sampai bila-bila.
Shopping & Parenting Lebih Mudah dengan Motherhood Parenting SuperApp!

Mama Papa, tak perlu lagi bersusah payah mencari keperluan si kecil atau mendapatkan info keibubapaan, sebab semuanya ada dalam Motherhood Parenting SuperApp! Dengan satu aplikasi, segala urusan berkaitan kehamilan, penjagaan bayi, dan perkembangan anak boleh diakses dengan mudah, cepat, dan selamat.
Apa yang Mama boleh dapat?
- Shopping mudah – Pelbagai produk keperluan Mama & anak dalam satu tempat
- Info & tips parenting – Artikel berguna untuk membantu perjalanan keibubapaan
- Promosi eksklusif – Nikmati tawaran istimewa dan harga lebih jimat
Semua ini boleh diakses di hujung jari! Tak kira di mana Mama berada, Motherhood Parenting SuperApp akan jadi teman setia yang membantu memudahkan perjalanan keibubapaan.
Muat turun sekarang dan rasai pengalaman membeli-belah serta mendapatkan info parenting dalam satu aplikasi yang direka khas untuk Mama Papa.
Mama boleh dapatkan produk-produk di atas di Motherhood.com.my dengan memuat turun aplikasi Motherhood SuperApp yang penuh dengan informasi kehamilan, keibubapaan, resepi dan banyak…!
Apa hadiah yang sesuai untuk belikan kepada bakal Mama? Klik di SINI.