Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memastikan anak-anak mendapat makanan yang berkhasiat, selamat dan seimbang. Anak-anak wajar didedahkan dengan tabiat pemakanan yang sihat selain perlu tahu bahawa setiap hari tubuh badan mereka memerlukan zat-zat makanan tertentu yang cukup untuk menjalani kehidupan yang sihat. Pada masa sama, mereka juga perlu dididik bahawa pengambilan gizi makanan yang tidak seimbang akan memberi kesan negatif dalam jangka masa pendek dan panjang terhadap diri mereka seperti kegemukan, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya.
Antara amalan terbaik ialah menggalakkan anak-anak membawa bekalan makanan dari rumah ketika ke sekolah. Melalui cara ini juga sebagai ibu bapa, kita dapat memastikan anak-anak mendapat khasiat secukupnya daripada pemakanan mereka kerana kita sendiri yang menyediakan makanan tersebut. Amalan membawa bekalan makanan bukan sekadar mampu mencegah anak-anak daripada kes keracunan makanan bahkan memupuk sikap jimat-cermat.
Oleh itu, miliki Stephen Joseph Classic Lunchbox untuk memudahkan anda pek menu makan tengah hari si manja ketika di sekolah dengan mudah. Di datangkan dalam pelbagai variasi warna dan corak, beg bekal makan yang comel ini mempunyai keluasan tempat letak bekas makan dan minum yang mencukupi dengan ciri-ciri pemegang botol air yang kuat agar tidak berubah tempat. Terdapat juga poket tambahan berzip, untuk anda meletakkan sudu dan garfu atau buku kegemaran si manja. Materialnya diperbuat daripada 100% polister, dan ia sangat mudah dibersihkan jika terkena kekotoran.


STEPHEN JOSEPH JENAMA DIPERCAYAI
Alexandra”Alix”Buckley merupakan Pengasas Stephen Joseph Inc. Sejak 1981, Stephen Joseph telah penuh dedikasi menghasilkan produk yang unik dan menarik
Mantra,
Kami fokus pada kemasan
Kami hasilkan produk berkualiti tinggi
Kami mahukan pelanggan berasa gembira
PILIHAN BEG BEKAL MAKANAN YANG MENARIK
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Boy Zoo)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Castle)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Transportation)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Owl)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Girl Horse)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Ballet)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Fox)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Girl Zoo)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Dino)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Cupcake)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Ladybug)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Monkey)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Butterfly)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Pirate)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Girl Farm)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Superhero)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Space-A)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Airplane)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Flower)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Unicorn)
Stephen Joseph Classic Lunchbox (Bird)
CIRI-CIRI
- Saiz: 7.5 inci x 10 inci x 3 inci
- Umur: 2+ Tahun
- 100% Polister
- Tertutup Sepenuhnya
- Rekaan Teliti
- Poket Tambahan Berzip
PANDUAN UNTUK ANAK BAWA BEKAL MAKAN KE SEKOLAH
- Hasilkan Bento
Bento adalah istilah Jepun yang merujuk kepada bekal makanan berupa nasi dan lauk pauk yang dibentuk secara kreatif dan diletakkan di dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa ke mana sahaja. Oeh itu, bagi menjadikan bekal anak sentiasa kelihatan enak, sediakan bekal anak menbgikut konsep bento ini. Sebagai contoh, bentukkan nasi goreng menjadi bentuk beruang atau sandwich berbentuk ayam. Pasti ia akan membangkitkan selera anak untuk menikmatinya.
- Saiz Hidangan Bersesuaian Dengan Umur Anak
Saiz hidangan juga amat penting dalam memastikan bekal kekal enak dimakan hingga ke petang. Anak-anak kecil tidak makan dengan terlalu banyak. Oleh itu,bekalkan mereka dengan jumlah makanan yangsecukupnya bagi mengelakkan makanan tidak habis dan juga pembaziran.
- Guna Bekas Makanan Yang Bersesuaian
Guna bekas makanan comel yang mempunyai ruang-ruang kecil. Ia amat berguna bagi mengasingkan nasi, lauk dan sayuran. Elakkan dari meletakkan lauk pauk sampingan secara terus ke atas nasi kerana ia akan menjadikan nasi menjadi kembang dan tidak sedap. Silap langkah, mungkin boleh menjadi basi.
- Elakkan Lauk Yang Terlalu Berkuah
Kanak-kanak memang lasak dan aktif. Jika anda membekalkan mereka dengan bekal makanan yang terlalu berkuah, potensi untuk bekal tersebut melimpah keluar adalah tinggi. Jika hal ini terjadi, selain dari mengotorkan pakaian serta beg bekal, makanan yang dibekalkan juga pasti kurang enak.
- Sedia Sajian Mudah Dimakan
Sediakan lauk pauk ringkas yang enak dinikmati walaupun telah dimasak dalam jangka masa yang lama. Sebagai contoh, telur dadar, sotong bersambal dan ayam goreng. Menu-menu ini atara yang masih enak dinikmati walaupun telah sejuk. Elakkan juga lauk pauk yang bersaiz besar dan bertulang bagi memudahkan si kecil menikmati bekalan mereka.
Untuk Pembelian & Maklumat Lanjut Hubungi:
Applecrumb & Fish
Telefon: +603 61436088
Emel: info@applecrumbyandfish.com
Website: www.applecrumbyandfish.com
Facebook: Applecrumby & Fish