KESAKITAN
Mereka yang melahirkan secara normal, kesakitan dialami semasa melahirkan. lepas tu merdeka! Namun berbeza secara pembedahan caesarean ialah kesakitan yang anda terpaksa alami selepas pembedahan. Anda akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan. Anda akan diberi ubat penahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika. Apa yang paling kita takut ialah jahitan terbuka. Jika pakai plaster. Nampak macam kulit tu tercantum dengan gam sahaja.
DARAH BEKU
Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Sebab tu jika dibekalkan dengan ubat untuk cairkan darah selepas keluar wad, jangan culas untuk suntik peha anda sendiri.Tanda-tanda masalah ini termasuk:
- Batuk
- Sesak nafas
- kesakitan atau bengkak pada bahagian betis.
Hubungi doktor anda sekiranya anda mendapat tanda-tanda tersebut selepas pembedahan caesarean. Doktor mungkin akan memberi anda ubat untuk mencairkan darah dan stoking getah sokongan untuk memperbaiki peredaran darah pada kaki anda. Anda juga digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean. Biasanya doktor suruh kita baring tanpa bantal sehingga bius kita habis. Ini juga bagi menjaga kebaikan tulang belakang. Lepas tu memang nurse suruh bangun dan jalan. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.
LEKATAN
Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami lekatan, dan jumlah ini meningkat kepada 83 peratus selepas tiga pembedahan caesarean. Lekatan boleh jadi menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman. Dalam sesetengah kes, ini boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia menekan tiub falopia atau menyekatnya.
PEMBIUSAN
Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan am (general anaesthetic), yang membuatkan anda tidur. Sebaliknya, anda akan diberi suntikan epidural yang akan mengebaskan perut anda. Epidural lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am. Sebolehnya doktor prefer cara epidural ni. Sebab kita dibedah dalam sedar. Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko. Selepas menerima suntikan epidural, sesetengah wanita mengalami:
- Sakit kepala yang teruk. Masalah ini melibatkan kira-kira satu peratus wanita.
- Kerosakan saraf. Ini jarang berlaku dan jika ia berlaku, ia hanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu sahaja. Besar pengorbanan isteri !
JANGKITAN
Sebelum dibedah, anda akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan. Walau bagaimanapun, kira-kira lapan peratus daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Terdapat tiga jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:
- Jangkitan Pada Bahagian Luka.
- Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.
Ii. Jangkitan Pada Lapisan Uterus (Rahim).
- Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya anda menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan.
- Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam.
Iii. Jangkitan Salur Kencing.
- Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau cat heter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.
RISIKO CAESAREAN KEPADA BAYI
Kemungkinan besar, bayi anda berada dalam keadaan sihat, semasa dan selepas pembedahan. Sesetengah bayi mengalami masalah pernafasan selepas dilahirkan. Walaupun masalah pernafasan selepas caesarean biasanya tidak serius, kadang-kala bayi tersebut perlukan penjagaan khas untuk membantu mereka pulih. Kira-kira 35 dalam setiap 1,000 bayi mengalami masalah pernafasan selepas caesarean, berbanding lima dalam 1,000 bayi yang dilahirkan secara normal. Masalah pernafasan lebih banyak berlaku kepada:
- Bayi pramatang yang dilahirkan melalui caesarean
- Bayi yang dilahirkan melalui caesarean yang dijalankan sebelum proses kelahiran bermula.
Ada juga bayi yang terluka sedikit akibat terkena pisau bedah. Kira-kira dua peratus bayi mengalami luka kecil semasa pembedahan caesarean.
ADAKAH CAESAREAN AKAN MEMBERI KESAN TERHADAP KEHAMILAN SETERUSNYA?
- Kemungkinannya memang ada. Anak pertama dilahirkan secara pembedahan, tidak semestinya peluang anda melahirkan secara normal tiada. Anda masih ada peluang melahirkan secara normal. Pangalaman jiha, anak pertama lambat, anak kedua songsang dan anak ketiga automatic ceaser.
- Sekali anda menjalani caesarean, anda lebih berkemungkinan melahirkan melalui caesarean dalam kehamilan akan datang.
- Pembedahan caesarean juga meningkatkan sedikit risiko mengalami plasenta previa (plasenta terletak rendah) dalam kehamilan yang akan datang.
- Terdapat juga risiko kecil parut pada uterus anda terbuka dalam kehamilan atau kelahiran selepas ini, tetapi ini jarang berlaku. Doktor memanggilnya koyakan uterin (uterine rupture).
- Koyakan uterin sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada 0.4 peratus wanita yang pernah menjalani pembedahan caesarean mengalaminya.
INFO PENTING!
- Anda mungkin pernah mendengar cerita-cerita yang menakutkan mengenai kemurungan selepas bersalin dan masalah untuk menyusu badan selepas pembedahan caesarean. Jangan biarkan cerita-cerita ini mengganggu fikiran anda. Anda kena kuat mentaL dan fizikal. Walaupun kemurungan awal selepas bersalin lebih banyak berlaku kepada wanita yang menjalani pembedahan caesarean berbanding wanita yang bersalin secara normal, menjelang bulan kedua, kadarnya agak sama.
- Jika anda mahu memberi bayi susu badan, penting bagi anda mendapat pertolongan dari awal lagi. Wanita yang menjalani pembedahan caesarean kurang berkemungkinan untuk mula menyusu badan berbanding wanita yang bersalin secara normal. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda bermula, peluang untuk anda berjaya sama sahaja dengan wanita yang bersalin normal. Mintalah jururawat perbidanan atau kaunselor penyusuan badan untuk membantu anda dan bayi memulakannya secepat mungkin. Teknik yang betul untuk penyusuan amat penting. Jangan ambil mudah terutamanya bagi ibu muda. Kalau salah teknik, puting anda akan luka. Dan pada masa itu, jika tak kuat motivasi. Anda pasti akan berhenti mengusukan.
Sumber: Internet