KelabMama

Tips Yang Mama Harus Tahu Mengenai Saat-saat Jujur Kehamilan: Mengidam!

Satu perkara yang hebat apabila sedang hamil adalah bakal ibu boleh menggunakan ‘mantera’ hebat iaitu, “Saya makan untuk dua orang!”

Dua keping kek keju. Dua keping brownies. Dua senduk ais krim mangga.

Hebat tak? Lagipun, kebanyakan wanita mengimpikan untuk makan seberapa banyak makanan kegemaran mereka tanpa penambahan berat badan. Apa lagi, semasa hamil ni, Mama pasti dinasihatkan untuk menambah berat badan!

Selepas itu, datanglah mengidam. Apa sahaja yang Mama mahukan, Mama perlu dapatkan dan mengidam sebenarnya membantu menyeimbangkan semua rasa penat, letih dan lain-lain yang mungkin Mama rasa semasa kehamilan termasuk mual pada waktu pagi, tergesa-gesa dan kerap ke tandas serta sembelit.

Sumber: Pexels

Dan pada masa inilah, makanan yang ‘diidamkan’ datang untuk menjadi penyelamat dan penenang sepanjang kehamilan Mama.

Tapi, nanti dulu Mama!

Makan banyak ketika mengandung adalah perkara biasa, tetapi makan terlalu banyak boleh mengakibatkan masalah jika Mama berada dalam kategori berisiko ke arah penambahan berat badan secara berlebihan.

Kebaikan dan Keburukan Mengidam

Kebanyakan keinginan (mengidam) adalah bersifat peribadi, tidak berbahaya, malah ada masanya apa yang diidamkan itu kelakar sebenarnya.

Dianggarkan 50-90% wanita hamil mengalami mengidam dan makanan yang sering dijadikan pilihan adalah makanan manis, seperti ais krim, coklat, dan produk tenusu, seperti keju dan yogurt. Mama mungkin pernah tiba-tiba mengidam kuih talam atau sagu gula Melaka pada tengah malam kan – ingat senang ke nak cari makanan-makanan ni waktu macam tu?

Sumber: Pexels

Mengidam semasa hamil boleh disebabkan oleh beberapa faktor yang terdiri daripada hormon, peningkatan deria bau dan rasa, dan kekurangan nutrisi. Mengidam biasanya bermula semasa trimester pertama dan memuncak pada trimester kedua tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa semasa kehamilan.

Apabila Mama mendapat apa yang Mama idamkan, ia akan menjadi sangat mudah untuk Mama makan secara berlebihan. Tetapi Mama harus tahu; amalan pemakanan yang tidak sihat yang merangkumi makanan tinggi lemak dan gula boleh menyebabkan penambahan berat badan yang berlebihan, kencing manis semasa kehamilan, atau masalah lain yang boleh berlarutan selepas bersalin.

Betul Mama. Wanita hamil mungkin akan makan dengan terlalu banyak semasa mengandung.

Mengapa Perlu Mengekalkan Berat Badan yang Optimum

Sambil Mama bergembira kerana dapat apa yang Mama idamkan, Mama harus berhati-hati dan tahu apa yang Mama masukkan ke dalam badan kerana pengambilan gula yang tinggi semasa hamil terbukti secara klinikal dikaitkan dengan GDM.

Apa itu GDM?

GDM adalah Gestational diabetes mellitus (kencing manis semasa kehamilan). Ia adalah keadaan dimana hormon menghalang badan daripada menggunakan insulin dengan berkesan. Glukosa terkumpul di dalam darah dan bukannya diserap oleh sel-sel badan. Ia sama seperti menghidap diabetes, tetapi ia mungkin hilang selepas kehamilan. Walaupun begitu, ia boleh menyebabkan Mama berisiko menghidap diabetes pada masa yang akan datang.

GDM memberi kesan kepada ibu hamil dengan meningkatkan risiko paras gula darah tinggi dan tekanan darah tinggi, yang dalam kebanyakan kes juga boleh membawa komplikasi semasa kehamilan. Ketika ini, kadar GDM di Malaysia adalah 22.5%.

Sumber: Pexels

Pengambilan gula yang berlebihan juga akan menyebabkan penambahan berat badan yang berlebihan. Walaupun Mama perlu menambahkan berat badan, tetapi terdapat cadangan penambahan berat badan mengikut usia kehamilan Mama dan berat badan Mama sebelum hamil.

Penambahan berat badan secara berlebihan semasa hamil juga boleh menyebabkan GDM! Itulah sebabnya penting untuk mengurangkan pengambilan gula berlebihan dan mengamalkan diet glycaemic index (GI) rendah untuk mengelakkan GDM.

Cara Mengawal Idaman

Mengidam adalah perkara biasa, tetapi bakal ibu mungkin berasa tertekan untuk mengawal keinginan mereka dan masih teruskan amalan pemakanan yang sama selepas mengetahui tentang penambahan berat badan yang berlebihan dan GDM.

Jika mereka benar-benar makan apa yang mereka idamkan, mereka mungkin berasa bersalah atau cuba untuk “menebusnya” kembali dengan makan terlalu sedikit. Mama, pemikiran jenis ini sebenarnya sangat tidak sihat kerana ia boleh membawa kepada mentaliti all-or-nothing, yang kemudian membuatkan bakal ibu makan secara berlebihan. Sama seperti diet kilat yang dimulakan secara tiba-tiba, yang sebenarnya jarang berkesan.

Jika Mama cenderung untuk teruskan diet pada skala ekstrem (untuk badan Mama), Mama boleh cuba untuk mempunyai hubungan yang baik dengan makanan.

Sumber: Pexels

Mama tidak perlu menyeksa diri sendiri dengan menjalani diet khas, namun, Mama boleh mempertimbangkan pilihan yang lebih baik kerana ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin Mama. Makan pelbagai jenis makanan setiap hari untuk mendapatkan semua nutrien ke dalam badan Mama.

Sama seperti membina rumah, Mama tidak boleh menggunakan simen sahaja untuk membinanya. Ia pasti akan nampak pelik.

Sama juga seperti gula, dimana ia membantu memberikan Mama tenaga yang diperlukan, tetapi Mama tidak boleh mengambil terlalu banyak tanpa menjangkakan kesan yang negatif.

Setiap kali Mama mengidam makanan manis, tanya diri sendiri:

  1. Bilakah kali terakhir saya makan, dan apa yang saya makan?
  2. Adakah saya mempunyai tanda-tanda fizikal lapar? Contohnya, “Adakah perut saya berbunyi?”, “Adakah saya menggigil?” atau “Adakah saya hanya tertekan atau bosan?”
  3. Apabila Mama menjawab soalan ini dengan jujur, ia akan membantu Mama membuat pilihan makanan yang betul.
  4. Adakah saya minum air yang mencukupi hari ini? Kerana otak kita kadang-kadang boleh mengelirukan dehidrasi dengan keperluan untuk mendapatkan makanan manis.
Sumber: Pexels

Jika Mama merasakan diet Mama mengandungi gula yang tinggi, pertimbangkan alternatif yang lebih sihat seperti buah-buahan, coklat gelap atau yogurt.

Bakal ibu juga dinasihatkan untuk mengambil makanan dengan nilai GI yang rendah. Glycaemic index (GI) yang dinyatakan di atas adalah sistem penarafan untuk makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia menunjukkan betapa cepat setiap makanan mempengaruhi paras gula (glukosa) dalam darah Mama apabila dimakan.

Penarafan GI dibahagikan kepada rendah (55 dan ke bawah), sederhana (56 hingga 69) dan tinggi (70 dan ke atas). Peraturan biasa ialah, semakin rendah indeks, semakin kurang ia mempengaruhi paras gula dalam darah Mama.

Beberapa makanan dengan nilai GI rendah adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan lentil. Semua ini harus dimakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Satu lagi contoh pilihan makanan adalah susu pra-natal rendah GI.

Sumber: Anmum Materna

Anmum Materna adalah satu-satunya susu pra-natal di pasaran tanpa gula tambahan** berbanding dengan susu pra-natal lain yang ada di pasaran. Ia juga telah diuji secara klinikal dengan nilai GI yang rendah iaitu 23 untuk perisa biasa dan 26 untuk perisa coklat.

Memperkenalkan Anmum Materna

Sumber: Anmum Materna

Sekiranya Mama tercari-cari susu untuk ibu mengandung, cubalah Anmum Materna! Dua gelas sehari membantu menyokong 100% kalsium dan asid folik yang diperlukan semasa hamil. Ia mengandungi nutrien-nutrien penting seperti MFGM Gangliosida, DHA, zat besi, prebiotik dan probiotik. Adalah penting untuk menyokong 8 aspek penting kehamilan.

Mama Siti telah kongsikan di atas tentang bagaimana Anmum Materna rendah GI dan tidak mengandungi gula tambahan**, tetapi adakah Mama tahu bahawa Anmum Materna juga rendah lemak? Kalau Mama tak percaya, rasai sendiri kebaikan 3-dalam-1 Anmum Materna. Dapatkan sampel percuma di sini atau beli pek percubaan 350g di sini!

Sumber: Anmum Materna

** Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah Piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX merangka garis panduan piawaian makanan antarabangsa dan kod amalan yang selaras. Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu ditakrifkan sebagai bahan pemanis. Untuk Anmum MATERNA Biasa sahaja. Anmum MATERNA perisa coklat adalah kurang manis.

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.