KelabMama

Badan ‘Flat Battery’ Setiap Hari? Ini Booster Semula Jadi Pilihan Mama!

produk mamasitibykelabmama

Dengan penuh rasa cinta dan keterujaan, Mama Siti tak sabar nak perkenalkan produk-produk Mama Siti yang memang khas untuk Mama-mama hebat di luar sana!

Mama tahu betapa sibuknya kehidupan seorang Mama, antara bekerja, uruskan rumah tangga, jaga anak-anak dan semua ini perlukan tenaga yang luar biasa!

Tapi jangan risau, Mama. Mama Siti ada jawapan agar Mama kekal sihat, bertenaga, dan paling penting bahagia setiap hari, tanpa pening kepala!

Mama Siti bukan sekadar jenama. Ia adalah tanda kasih sayang daripada seorang Mama untuk semua Mama yang sentiasa berusaha memberi yang terbaik buat keluarga tercinta. 

Mama Siti ingin menjadi teman setia Mama dalam setiap langkah kehidupan, dengan produk-produk yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan harian Mama, terutamanya bagi Mama yang mencari cara mudah dan sihat untuk menjalani kehidupan yang lebih seimbang.

Daripada Sunnah Snack yang manis semula jadi, penuh dengan tenaga dan kebaikan, hingga yang rangup dan penuh khasiat, serta Sunnah Sips minuman sunnah yang menyegarkan dan menenangkan, semuanya dicipta khas untuk memberi manfaat yang luar biasa bagi setiap Mama. 

Setiap satu produk Mama Siti dihasilkan dengan penuh kasih sayang dan ketelitian agar Mama tidak perlu lagi memilih antara kesihatan dan kemudahan. 

Mama Siti bawakan ketiga-tiga produk ini dengan rasa yang sedap, manfaat yang berganda, dan keselesaan dalam setiap hirupan dan gigitan!

Mama Siti sangat teruja untuk memperkenalkan Sunnah Sips minuman penuh kebaikan yang Mama Siti yakin Mama pasti suka! 

Dengan bahan semula jadi yang berasaskan sunnah, Sunnah Sips bukan hanya memberi ketenangan, tetapi juga membantu memberi tenaga dan keseimbangan dalam hidup Mama. 

Mesti Mama tertanya-tanya kan apa sebenarnya Sunnah Sips ni? Dan flavour apa yang Mama Siti sediakan untuk semua Mama hebat kat luar sana? Ha, jangan risau jom kita tengok sama-sama! 

Mana tahu, lepas ni Mama terus jatuh cinta dari tegukan pertama. Dengan rasa yang bukan je sedap, tapi penuh khasiat semula jadi dan amalan sunnah, Sunnah Sips memang dicipta khas untuk bantu Mama rasa lebih tenang, bertenaga dan sayang diri sendiri setiap hari.

3 Pilihan Flavour Sunnah Sips untuk Mama Cuba

1. Ginger Cube (Teh Halia)

Teh halia adalah pilihan klasik yang tak pernah lapuk dek zaman. Perisa ini sangat membantu untuk melancarkan penghadaman dan melegakan rasa loya, terutamanya untuk Mama yang sedang mengandung dan mengalami morning sickness.

Kalau Mama tengah cari sesuatu yang boleh bantu redakan rasa loya, perut sebu atau rasa macam angin penuh satu badan, Teh Halia Mama Siti ni memang jawapannya!

Halia ni kan memang dah lama terkenal sebagai bahan semula jadi yang power untuk penghadaman dari zaman nenek moyang kita lagi dah guna.

Setiap hirupan teh halia ni bukan je bantu lancarkan sistem penghadaman Mama, tapi boleh juga bagi rasa lega semula jadi dari loya, terutamanya masa awal kehamilan. 

Lepas tu, halia ni ada sifat anti-radang tau Mama, bagus sangat untuk tubuh yang selalu rasa tak selesa. 

Bila minum panas-panas waktu pagi atau sebelum tidur, fuhh rasa tenang satu badan, perut pun kurang rasa kembung dan tak selesa tu.

Jadi kalau Mama tengah struggle dengan rasa tak sedap badan, atau cuma nak mulakan hari dengan minuman sunnah yang menyegarkan dan menenangkan, Teh Halia MamaSiti ni memang pilihan yang terbaik. 

Sedap, hangat, dan penuh kasih sayang macam pelukan dalam cawan!

2. Rose Cube (Teh Mawar)

Kadang-kadang yang Mama perlukan cuma satu teguk ketenangan. Lepas seharian bekerja,  urus anak, dan rumah Mama pun layak dapat me time yang tenang dan damai. Teh Mawar dari Sunnah Sips ni memang sesuai sangat untuk saat-saat macam tu. 

Aroma lembut bunga mawar dia tu, fuhh bila hirup je, rasa macam dunia sekejap pause. Tenang, rasa teh pun ringan je, tak manis melampau cukup untuk buat Mama rasa lebih ‘lega’ dari dalam. 

Bukan saja sedap diminum waktu santai, tapi sebenarnya bagus juga untuk bantu seimbangkan hormon Mama, kurangkan stres dan rasa cemas yang selalu datang bila kita terlalu penat emosi dan fizikal.

Nak tahu best part? Teh Mawar ni bukan je bantu tenangkan minda, tapi juga bantu Mama jadi lebih stabil dari segi emosi. 

Kiranya, teh rose ni macam kawan baik yang selalu ada bila Mama perlukan pelukan lembut untuk hati dan jiwa. 

Jadi Mama, bila rasa serabut tu datang, tarik nafas buat secawan Teh Mawar Mama Siti. 

Hirup perlahan-lahan. Nikmati suasana tu. Sebab Mama berhak untuk rasa tenang, setiap hari.

3. Red Date Cube (Teh Kurma Merah) 

Kalau nak tahu, yang ni memang favourite ramai Mama terutamanya yang tengah menyusu. 

Dengan rasa manis semula jadi dari kurma merah, setiap hirupan Teh Kurma Merah dari Sunnah Sips ni bukan je sedap tapi power betul untuk boost tenaga dan bantu sokong penghasilan susu badan Mama. 

Tak payah risau dah badan rasa lembik atau letih melampau teh ni memang penyelamat harian Mama! 

Kurma merah ni sebenarnya bukan bahan biasa-biasa. Dalam perubatan tradisional Cina dan juga dalam budaya masyarakat Arab, kurma merah memang terkenal sebagai bahan pemulih tenaga yang sangat bagus terutama untuk wanita lepas bersalin. 

Kandungan zat besi, vitamin dan antioksidan dia pun tinggi, jadi sangat sesuai untuk bantu pulihkan tenaga dalaman Mama dan pastikan Mama kekal sihat dan cergas.

Teh ni bukan sekadar sedap tapi dia macam pelukan hangat dari dalam. Bantu Mama rasa lebih kuat, lebih tenang, dan lebih bersedia hadap hari-hari mencabar sebagai seorang Mama. 

Kalau Mama mencari teh minuman yang rasa sedap, beri tenaga, dan bantu kesihatan lepas bersalin inilah dia. Teh Kurma Merah Sunnah Sips, hirup dan rasa bezanya sendiri.

Minuman ini memang favourite ramai Mama, terutama yang menyusu. Dengan rasa manis semula jadi dari kurma merah, ia dapat membantu tingkatkan tenaga dan menyokong penghasilan susu Mama secara semula jadi.

Bagaimana untuk Dapatkan Sunnah Sips?  

Kalau Mama dah jatuh hati dengan minuman penuh kasih sayang ni alhamdulillah! Untuk dapatkan Sunnah Sips, senang je! Mama tak perlu pening kepala, Mama boleh terus order melalui:

Website: Mama Siti Official Page
TikTok Shop: TikTok Shop Mama Siti

Dan! Mama jangan lupa follow Mama Siti untuk lebih banyak info, tips kesihatan dan promosi menarik:

Instagram: mamasitibykelabmama
Facebook: Mama Siti by KelabMama
TikTok: mamasitibykelabmama

Tak kira di mana Mama berasa, Sunnah Sips akan sampai terus ke pintu rumah Mama. Mudah, cepat dan penuh kasih sayang sebab Mama memang layak dapat yang terbaik, setiap hari! 

Kenapa Mama Perlu Memilih Sunnah Sips?

  1. 100% Halal & Selamat
    Dirumus khas untuk Mama mengandung dan menyusu – tanpa bahan pengawet, pewarna atau bahan kimia yang meragukan.
  1. Bahan Semula Jadi & Tradisional
    Gabungan bahan herba sunnah dan buah semulajadi, disediakan secara moden tapi mengekalkan nilai khasiat aslinya.
  1. Rasa Sedap, Segar & Mudah Dinikmati
    Tak perlu rebus atau bancuh. Mama boleh terus minum bila-bila masa, di mana saja. Praktikal untuk Mama yang sentiasa on-the-go!
  1. Rendah Gula, Tinggi Khasiat
    Tak perlu risau tentang kandungan gula, Sunnah Sips menggunakan pemanis semulajadi dari buah dan bahan sunnah yang rendah kalori.

Dengan Sunnah Sips, Mama bukan sahaja dapat rasa yang menyegarkan, tapi juga amalkan gaya hidup sunnah dalam cara yang mudah dan moden. Sesuai untuk Mama yang nak jaga kesihatan, tambah tenaga dan kekal tenang sepanjang hari.

Jom, Mama! Rasai sendiri keistimewaan produk-produk Mama Siti dan nikmati hidup yang lebih sihat, bahagia, dan penuh kasih sayang!

Apa lagi yang menarik di KelabMama? Klik di SINI.