KelabMama

Semua Sedap! Tapi, Awas Mama Hamil. 6 Makanan Wajib Elak Ketika Hari Raya

Time ni lah Mama hamil kena betul-betul amalkan gaya hidup dan corak pemakanan yang sihat. Bukan untuk kesihatan Mama je tetapi kesihatan baby dalam kandungan jugak.

Corak pemakanan ni perlu dipantau supaya tidak ada risiko bahaya kepada Mama dan jugak baby. Time raya ni lah banyak juadah yang menarik perhatian Mama kan?

Lagi-lagi kalau Mama memang mengidam nak makan makanan tersebut kan. Mama boleh makan tapi kena berhati-hati, dan ambil dalam portion yang sedikit untuk hilangkan rasa terliur je tau.

Pengambilan makanan yang tak baik akan menganggu jugak perkembangan baby. Jadi, Mama kena sentiasa berhati-hati ye.

Makanan yang Mama Hamil Wajib Elak Ketika Raya

1. Minuman Berkafein

Kredit Gambar: Tajria

Kalau Mama nak minum minuman berkafein ni boleh je tapi kena pastikan Mama minum tak lebih dari 200 mg okay seperti yang disarankan oleh NHS Choices. Oh ya minum berkafein ni bukan kopi je tapi minuman jenis tenaga dan bercoklat jugak adalah salah satu darinya.

Jadi, Mama perlu berhati-hati untuk mengambilnya sebab boleh jadi minuman yang Mama minum mengandungi kafein yang tinggi.

Minuman berkafein ni boleh menganggu tumbesaran baby dan menyebabkan berat badan baby tak normal time lahir nanti. Bukan baby je Mama pun akan ada komplikasi jugak seperti merosakkan kandungan kalsium dalam tulang.

Kalau Mama nak tahu kafein ni bahaya sebab ianya bertindak dan pantas merebak masuk ke dalam plasenta tau. Jadi, ia akan datangkan pelbagai risiko yang buruk kepada baby dalam kandungan lagi.

Mama Siti bukan nak takutkan Mama tapi baby yang lahir dengan berat badan tak normal berisiko kepada kematian semasa dalam proses kelahiran.

Selain tu, baby jugak boleh menghidap penyakit kronik seperti diabetes dan jantung bila mereka dewasa nanti. Kalau tuan rumah hidangkan air coklat tu Mama minum sikit je tau!

2. Mama Hamil Elakkan Minuman Berkarbonat

Kredit Gambar: MASKULIN

Kalau rumah yang Mama pergi ziarah hidangkan air berkarbonat ni Mama Siti tak sarankan Mama minum. Mama hamil perlu kurangkan atau elakkan je terus minum air berkarbonat.

Minuman berkarbonat mengandungi gula, pewarna dan perasa tambahan yang kurang baik untuk kesihatan Mama dan baby. Bukan tu je, sesetengah minuman bikarbonat juga mengandungi kafein dan ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan baby menjadi pramatang.

Jadi, kalau tuan rumah hidangkan air berkarbonat, Mama minta izin untuk minum air masak sahaja. Atau lebih baik, Mama bawa sendiri air kosong ke mana sahaja Mama pergi.

3. Biskut Raya

Kredit Gambar: Makan Lokal

Mama-mama yang ada diabetes time hamil ni harap dapat menahan diri ye daripada godaan biskut raya ya.

Mama kena ingat walaupun biskut raya tu saiznya kecil sahaja, tetapi kandungan gula dan lemak tepunya boleh menyebabkan berat badan Mama naik dan membawa kepada masalah jantung.

Mama yang tak ada diabetes pula boleh makan tapi harus berpada ye. Mama Siti faham biskut raya ni time raya sahajalah boleh makan macam-macam jenis tapi Mama kena jaga kesihatan Mama dan baby jugak ye.

4. Makanan Manis, Berkalori Tinggi dan Tinggi MSG

Makanan yang mengandungi kadar gula, MSG dan kalori tinggi tak elok untuk dimakan dalam menu harian terutamanya Mama hamil. Risikonya Mama mungkin akan terkena darah tinggi, diabetes dan lain-lain penyakit.

Diabetes semasa hamil ni ada risiko untuk komplikasi time melahirkan anak nanti jadi tak boleh nak dipandang rendah tau! Jadi Mama kena ambil dalam kuantiti yang sedikit je.

Mama Siti faham siapa je tak terliur kalau tuan rumah hidangkan dessert, kerepek dan maruku time raya mestilah nak makan kan.

Tak salah kalau nak makan tapi ambik lah sekadar nak rasa je, jangan sampai Mama makan siap bertambah pulak. Ni untuk memastikan perkembangan baby normal dan jugak kesihatan Mama supaya kedua-dua dalam keadaan sihat.

5. Kekacang

Kekacang ni boleh dimakan tetapi kuantitinya perlu dikawal bagi Mama hamil yang ada alahan.

Walaupun kekacang kaya dengan sumber protein tapi macam Mama Siti mention, Mama hamil yang ada alahan dan sejarah penyakit G6PD untuk elak daripada makan kekacang.

Ia juga adalah untuk elakkan baby daripada terkena alahan yang sama. Penyakit yang mungkin akan dihidapi oleh baby ialah penyakit alahan, asma dan lain-lain penyakit.

6. Mama Hamil Kurangkan Makan Organ Dalaman

Siapa yang tak suka makan dengan organ dalaman kan. Lagi-lagi kalau organ dalaman tu dimasak menu favourite kan Mama.

Actually organ dalaman ni ada vitamin A dan organ dalaman seperti hati baik untuk tambah darah tetapi tak boleh makan kerap kali oleh Mama hamil tau.

Risiko yang tak elok dalam makan organ dalam ni seperti hati ayam yang akan menyebabkan kecacatan kepada baby iaitu wajah, kepala dan jantung. Ada jugak masalah toksik hati yang teruk pada baby.

Sebab tu, Mama hamil tak digalakkan makan organ dalaman lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu tau.

Kredit Gambar: orangmuo

Jadi, Mama kena ingat dalam seronok beraya tu tengok macam-macam juadah dihidangkan kena lah berhati-hati dan sentiasa menjaga pemakanan. Pemakanan yang baik ni akan tentukan gaya hidup Mama sama ada sihat atau tak kepada Mama dan kandungan.

Untuk pastikan baby dilahirkan dengan sempurna dan sihat, Mama perlu makan makanan yang berkhasiat jadi baby akan mendapat manfaat daripadanya.


Macam mana Mama nak hilangkan sakit pinggang ketika hamil? Klik di SINI.