KelabMama

Resepi Untuk Menambah Susu Ibu Walaupun Berpuasa

Bila sebut tentang berpuasa, pastinya golongan breastfeeding mom antara yang paling bimbang dengan pelaksanaan ibadah itu.

Mana tidaknya. Kalau difikirkan, Mama perlu berlapar untuk tempoh berbelas jam, mesti tertanya-tanya adakah susu badan masih mencukupi?

“Alah, kalau dah tak ada susu badan, topup je dengan formula.”

Mungkin ini pendapat sesetengah individu.

Namun ada sebab utama mengapa seseorang ibu itu terpaksa menggadaikan ibadah puasanya apabila susu badan beliau drop dan tak tidak dapat menyusukan si kecil lagi.

Jangan bimbang Mama. Memetik laporan Harian Metro menemubual Pegawai Sains Pemakanan dan juga Kanselor Laktasi, Adibah Zakaria berkata, kualiti susu ibu tidak terjejas meskipun ketika berpuasa.

Ini berdasarkan kajian antara pemakanan ibu dan juga susu adalah membabitkan kuantiti susu jika si ibu tadi mengalami kekurangan zat lebih dari tiga bulan ke atas.

“Dah tu, kenapa ada Mama yang mengalami susu berkurangan walaupun aktif feeding?” Banyak faktor boleh dikaitkan dengan penurunan kuantiti susu seorang wanita antaranya tekanan, kurang makanan bernutrisi hormon dan sebagainya.

Namun jika sebab berpuasa, ia tak menganggu penghasilan susu ibu tu sendiri. Bagaimanapun, tak semestinya ini menjadi faktor untuk Mama tak usaha menjaga kuantiti susu.

Seperti Mama Siti katakan tadi, antara yang mempengaruhi kuantiti susu ibu itu sendiri juga termasuklah pengambilan makanan tidak berkhasiat.

Justeru, adalah penting dalam memastikan makan yang Mama ambil mampu merangsang lebih banyak lagi pengeluaran susu dan sekaligus susu yang lebih berkualiti untuk si kecil.

Ha, mesti tertanya-tanya, apa makanan dan resepi sesuai untuk menambah susu ibu kan? Jom lihat beberapa resepi yang Mama Siti cadangkan untuk breastfeeding mom di luar sana!

Cadangan Resepi Untuk Menambah Susu Ibu

1. Oat

Memetik portal Hello Doktor, oatmil diketahui sebagai antara jenis makanan yang boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Malah, ia juga boleh menyebabkan susu yang dihasilkan lebih berkualiti. Oatmil memberikan beberapa nutrien penting kepada ibu menyusu dan juga bayi. Antaranya ialah seperti zink, serat, zat besi dan juga magnesium.

Disebabkan kandungan zat besi yang tinggi dalam oatmil, tidak hairanlah ia menjadi pilihan popular dalam kalangan Mama yang sedang menyusukan bayi.

Rasa boring nikmati oatmil cara biasa? Jom tengok cadangan resepi dikongsikan oleh Puan Rozita Ogy untuk menghasilkan oat lactation cookies:

Bahan-bahan:

Cara pembuatan:

  1. Panaskan oven suhu 180°C.
  2. Pukul butter, gula halus & gula perang. Masukkan telur satu per satu. Masukkan esen vanilla. Adun sebati.
  3. Masukkan flaxseed & chia seed. Gaulkan sebati.
  4. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung jagung, garam halus & baking powder.
  5. Campurkan adunan tepung ke dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit.
  6. Last sekali campurkan oat & chocolate chip ke dalam adunan. Gaul rata.
  7. Scoop adunan 1 sudu besar letakkan atas baking sheet, tekan bagi bentuk rata. Jarakkan sedikit kerana cookies akan sedikit kembang.
  8. Bakar api atas bawah suhu 180°C selama 15 minit. Apabila sudah masak, sejukkan dahulu ke suhu bilik, dan simpan dalam bekas.

2. Kurma

Berdasarkan perkongsian Hello Doktor lagi, kurma adalah sejenis buah yang berfungsi sebagai galactagogue atau penggalak susu untuk ibu hamil.

Buah kurma bertindak meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu dan ia telah disokong melalui kajian yang menunjukkan terdapat peningkatan dari segi kuantiti susu yang dihasilkan.

Ini kerana kurma mengandungi nutrien tryptophan yang mana merupakan salah satu daripada 10 asid amino penting diperlukan oleh badan bagi pembinaan protein.

Malah, ia menggalakkan pengeluaran serotonin di mana hormon ini penting untuk membantu proses lactation iaitu penghasilan susu badan. Tidak cukup dengan itu, serotonin yang terhasil ini juga akan menyekat penghasilan Dopamine yang menyebabkan penghasilan susu badan terbantut.

Wah, hebat kan buah sunnah ni! Jadi, rugilah kalau Mama tak amalkan makan buah kurma lagi-lagi ketika berpuasa. Nak tahu resepi enak untuk buah kurma? Jom tengok cara menyediakan susu kurma, salah satu resepi menambah susu badan yang enak!

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Rendam kurma sehingga lembut (sekitar 10 minit).
  2. Blend kurma bersama susu pilihan. Terpulang sama ada mahu guna full cream, low fat dan sebagainya.
  3. Campurkan ais jika mahu dihidangkan cara milkshake atau hidang dalam gelas dan tuang untuk nikmati ketikan sejuk (step ni optional).

Untuk menambah rasa manis asli, Mama boleh tambah madu, buah pisang dan sebagainya mengikut kreativiti Mama.

3. Durian

Mama Siti yakin buah yang satu ni ramai tak tolak. Berita baiknya Mama, buah durian antara natural milkbooster untuk wanita menyusu.

“Wah betul ke ni?” Iya Mama. Meskipun tiada lagi bukti saintifik, namun kebanyakkan pengalaman orang sekeliling termasuk Mama Siti sendiri merasakan kuantiti susu akan bertambah lebih daripada kebiasaan tatkala selepas makan durian.

Bagaimanapun, durian antara buah yang mempunyai kandungan gula tinggi. Justeru, makan secara sederhana adalah penting ya Mama.

Jom lihat resepi menarik berasaskan buah durian!

Bahan-bahan:

Cara pembuatan:

  1. Masak santan sehingga mendidih.
  2. Masukkan isi durian.
  3. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  4. Sedikit garam dan gula (adjust sehingga menepati citarasa Mama. Digalakkan untuk dihidang secara kurang manis bagi menjaga kesihatan).

Bila dah siap bolehlah dimakan bersama roti, lempeng, pulut atau buah mangga. Tapi rasanya buah durian dimakan terus pun lagi enakkan!

4. Lobak

Setiap kali berpantang, mesti hidangan wajib seorang wanita itu antaranya adalah lobak putih kan? Kenapa agaknya yerr? Ini kerana lobak putih merupakan antara natural milkbooster.

Memetik laman web daripada Sirap Limau, lobak dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu badan yang banyak terutamanya lobak putih. Caranya ialah dengan diparut dan diperah airnya lalu diminum. Rasanya memang kurang enak tetapi hasilnya mungkin memberangsangkan.

Sementara lobak merah pula boleh dimasak sebagai juadah makan tengahari atau malam. Juga boleh dimakan mentah memandangkan rasanya lebih enak berbanding lobak putih.

Cadangan hidangan untuk sup lobak.

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk atau hiris nipis bawang merah dan bawang putih.
  2. Tumiskan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan secawan kecil air.
  4. Kemudian masukkan lobak putih dan lobak merah.
  5. Perasakan sedikit garam.
  6. Masak sehingga lobak agak lembut untuk dimakan.

5. Sayuran Hijau

Kebanyakan buah-buahan dan sayuran sememangnya boleh membantu penghasilan lebih banyak susu ibu.

Ini termasuklah sayuran yang berdaun hijau. Antara jenis sayuran yang sangat baik sebagai makanan ibu menyusu ialah seperti bayam, parsli, kubis, salad dan juga pak choy.

Di sini Mama Siti kongsikan resepi mudah iaitu sayur goreng sos tiram.

Bahan-bahan:

Cara masakan:

  1. Tumbuk atau hiris nipis bawang merah dan bawang putih.
  2. Tumiskan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan 3 sudu air.
  4. Masukkan 1 sudu besar sos tiram.
  5. Kemudian masukkan sayuran yang diinginkan.
  6. Perasakan sedikit garam.
  7. Masak sehingga sayur agak lembut untuk dimakan.

Bagi yang ingin berpuasa, boleh. Tetapi, jangan memaksa diri ya. Anda cuba puasa dahulu dan sekiranya tidak boleh sampai waktu berbuka, Mama boleh berbuka seperti biasa.

Atau untuk yang ingin teruskan berpuasa, bolehlah cuba antara resepi menambah susu ibu di atas semasa sahur dan berbuka. Mama juga boleh cuba minum air nabeez semasa sahur untuk memberi tenaga sepanjang berpuasa.


Untuk mengetahui pelbagai lagi info dan tips tentang penyusuan, Mama boleh klik di SINI!