KelabMama

Pedih Ulu Hati Asyik Menyerang Ketika Hamil? 6 Tips Untuk Mama Elakkan Ia Berlaku

Aduh, setiap kali lepas makan je, mesti rasa macam ada gas pedih di ulu hati berlumba-lumba nak keluar daripada kerongkong! Kenapa pulak ni? Tak selesanya seakan rasa nak muntah, tapi benda yang pedih dan pedas sampai rasa tekak macam tengah terbakar.

Ini mungkin antara situasi yang dialami ramai ibu hamil. Untuk pengetahuan Mama, itulah gejala pedih ulu hati.

Mungkin ramai antara Mama tak mengetahui simptom ini kerana belum berpengalaman mengalaminya ketika sebelum hamil.

Namun, perlu diketahui bahawa meskipun tidak pernah diserang pedih ulu hati, wanita berbadan dua, simptom ini antara gejala popular menyerang hampir kebanyakkan ibu mengandung.

“Tapi saya tak ada ambil makanan pedas, kenapa tekak rasa pedih yang teramat sangat?”

Menurut portal My Health, pedih ulu hati berlaku disebabkan asid perut mengganggu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter (LES) tidak tertutup.

Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan makanan berat.

Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD)

Bagaimanpun, dalam kes ibu hamil, laman web Hello Doktor menjelaskan, hormon progesteron akan menyebabkan otot LES ini cenderung untuk longgar dan makanan dan asid perut akan mempunyai peluang untuk naik semula ke bahagian esofagus, mengakibatkan rasa pedih ulu hati.

Di samping itu, rahim yang semakin membesar boleh menyebabkan perut menjadi penuh dan seterusnya menolak asid perut ke atas.

Penyebab Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Cara Melegakan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Meskipun ia adalah gejala normal, namun tentunya keadaan ini sangat tidak menyelesakan Mama bukan? Justeru, jom lihat beberapa tips yang Mama boleh praktikkan untuk menghilangkan pedih ulu hati selepas makan.

1. Mengawal pemakanan harian

Mengurangkan saiz hidangan dan meningkatkan ketumpatan makanan bukan sahaja kaedah yang disarankan untuk kurangkan berat badan, namun ia juga berkesan untuk membantu Mama yang mengalami pedih ulu hati.

Bahagikan hidangan Mama kepada pecahan yang lebih kecil, namun dimakan dengan kerap untuk memudahkan tubuh memproses makanan berkenaan.

Dengan memastikan diet yang sihat, Mama akan mengatasi pedih ulu hati dan sekaligus membantu Mama untuk mempunyai tabiat pemakanan yang sihat sepanjang kehamilan.

2. Kunyah gula-gula getah setelah hidangan yang besar, bantu atasi pedih ulu hati ketika hamil

Mengunyah gula-gula getah membantu untuk mengurangkan rembesan asid perut jadi jika Mama terasa seperti kepedihan ulu hati.

Kalau tak nak pemanis tiruan, pilih gula-gula getah yang tiada pemanis atau gula.

3. Cuba terapi urutan untuk rawat pedih ulu hati

Hamil juga satu kaedah kerjasama antara Mama dan Papa. Kalau rasa perlukan bantuan jangan malu untuk beritahu pasnagan Mama. Sebagai contoh masalah pedih ulu hati boleh dikurangkan kaedah urutan.

Cuma tambahkan tiga hingga empat titisan essential oils dengan lemon, buah oren dan halia pada satu sudu kecil minyak asas kemudian minta suami urutkan pada bahagian dada dan atas belakang.

4. Cuba rawatan semula jadi

Terdapat tiga jenis rawatan semula jadi dan petua yang digunakan untuk melegakan pedih ulu hati antaranya:

5. Jumpa doktor

Sekiranya kaedah di atas tidak berkesan, sila beri perhatian untuk berjumpa doktor ya Mama.

Rawatan bagi masalah pedih ulu hati ketika hamil adalah tidak berbahaya kepada bayi dalam kandungan, dan antara ubat yang bakal diberikan oleh doktor adalah proton-pump inhibitors (PPIs) atau H2 blockers.

Tips Mencegah Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

1. Kekal terhidrasi

Selain penting untuk kesihatan diri dan bayi, air membantu mencuci semua asid tambahan daripada makanan yang kekal di saluran penghadaman.

Selain itu, pengambilan air yang mencukupi juga akan membantu melancarkan penghadaman dan mengelakkan sembelit.

2. Makan sikit tapi kerap

Semasa hamil, perut kekurangan ruang untuk berkembang. Justeru, mengambil makanan dengan kuantiti sedikit namun kerap adalah kaedah terbaik.

Elakkan makan lewat petang, dan lebih memburukkan lagi adalah jangan berbaring selepas makan.

Ini kerana apabila Mama berbaring atau melakukan aktiviti yang memerlukan Mama membongkok selepas makan, Mama akan membuka laluan aliran, mewujudkan potensi asid membiak.

Oleh itu, pastikan Mama duduk atau lakukan sedikit pergerakan selepas makan.

3. Pakai pakaian yang longgar

Jangan tambahkan tekanan pada kawasan yang sudah kekejangan. Elakkan pakaian ketat dan pilih pakaian hamil lebih selesa bagi mengelakkan Mama berasa terbakar.

Selain itu, pakaian longgar tidak akan menyekat pinggang dan diafragma. Manakala pakaian ketat di sekeliling pinggang boleh mengganggu perut Mama sekaligus menyebabkan pedih ulu hati.

4. Elakkan makanan mencetuskan pedih ulu hati ketika hamil

Kenal pasti makanan yang mendorong kepada pedih ulu hati dan buangnya daripada diet Mama sepanjang tempoh hamil.

Meksipun tiada makanan yang dilarang secara umum, namun pencetus pedih ulu hati biasanya dikaitkan dengan makanan berasid seperti buah sitrus dan tomato, makanan berminyak atau goreng, makanan pedas, coklat, kopi dan minuman berkarbonat, serta alkohol.

5. Tidur sebaiknya

Untuk mengelakkan pedih ulu hati pada waktu malam, elakkan pengambilan apa-apa makanan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur.

Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dan letakkan sesuatu di bawah kaki. Jika Mama tidak tidur mengiring ke kiri, asid perut sukar bergerak untuk mencapai ke esofagus.

6. Pengambilan antacid

Sekiranya perlu lakukan perubahan gaya hidup jangan abaikannya! Antacid boleh menghilangkan gejala sakit jantung.

Antacid mengandungi kalsium atau magnesium disahkan selamat untuk diambil ketika hamil dalam usaha merawat pedih ulu hati.

Malah, kalsium tambahan dalam antacid seperti Tums adalah baik untuk ibu dan bayi.

Tetapi elakkan antacid yang mengandungi aluminium kerana ia boleh menyebabkan sembelit dan menjadi toksik pada dos tinggi.

Elakkan juga natrium bikarbonat (baking soda) kerana ia boleh menyebabkan pembengkakan.

Untuk lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, Mommy boleh sertai Motherhood New Mom Privilege. Mommy juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my.


Mama boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan info kehamilan yang lain di SINI!


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.