KelabMama

Mengenali PCOS: Pakar Jelaskan Mengapa Kondisi Ini Boleh Meninggalkan Trauma Pada Wanita

PCOS adalah masalah hormon yang boleh terjadi pada wanita dalam usia mengandung. Ianya bukan masalah hormon biasa yang sekadar Mama hanya akan tiba-tiba “Mood Swing”. Tapi akan ada masalah untuk hamil juga tau!

Dr Wan Syahirah Yang Mohsin, Pakar OBGYN & Kesuburan di Alpha IVF & Women’s Specialists

Tapi apa sebenarnya PCOS? Mungkin ramai daripada kalangan Mama yang masih tak tahu pasal kondisi ni. Papa pun kena tahu tau! Jangan lepas tangan semua kat Mama sahaja.

Mama Siti kalini bernasib baik dapat adakan sesi soal jawab dengan seorang doktor dan juga pempengaruh di TikTok yang sangat hebat!

Dr Wan Syahirah Yang Mohsin, Pakar OBGYN & Kesuburan di Alpha IVF & Women’s Specialists, yang terletak di Kota Damansara, Selangor.

Beliau juga merupakan seorang pempengaruh dalam topik kesuburan dan kesihatan wanita secara umum di medis sosial khususnya di TikTok: dr.wansyahirahobgyn

Teruskan membaca untuk ketahui mutiara yang Dr. Wan Syahirah akan kongsikan EKSKLUSIF di Kelab Mama!

Pakar Menjawab: Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

 1. Apakah yang dimaksudkan dengan masalah PCOS?

PCOS, “Polycystic Ovarian Syndrome” adalah keadaan berkait dengan ketidakseimbangan hormon wanita. Ovari (kilang telur) wanita menghasilkan lebih banyak hormon androgen (hormon lelaki). Ini sering menyebabkan gangguan perkembangan telur dan ovulasi (pengeluaran telur) pada setiap kitaran haid wanita.

2. Perbezaan antara “cyst” dan PCOS

PCOS

PCOS adalah keadaan di mana ovari wanita mempunyai banyak “cyst” kecil tersusun di permukaan ovari. Susunan cyst ini kelihatan seperti rantai mutiara. Keadaan ini berkait dengan gangguan ovulasi dan mengganggu kesuburan wanita. 

Cyst

“Cyst pula adalah kantung berisi cecair. Ada terdapat beberapa jenis “cyst”, sama ada “cyst”berkait dengan kitaran haid atau “cyst”yang mempunyai penyakit.

Cyst yang berkait dengan kitaran haid itu disebabkan oleh proses ovulasi yang menghasilkan selaput telur. Cyst sebegini akan mengecut secara semulajadi pada penghujung setiap kitaran haid tanpa memerlukan sebarang rawatan. 

Cyst berpenyakit pula ada beberapa jenis dan memerlukan pemantauan secara berkala. Cyst sebegini selalunya akan sentiasa ada dan ada kalanya semakin membesar sehingga memerlukan rawatan lanjut.

Ada sesetengah keadaan cyst juga boleh mempengaruhi kesuburan serta mengurangkan rizab telur wanita khasnya masalah “endometriosis”. Kebanyakan cyst bukan berkait dengan barah tetapi ada juga segelintir keadaan yang berkait dengan barah ovari  khasnya bagi wanita yang telah lanjut usia. 

3. Penyebab utama penyakit ini

Penyebab PCOS tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia mungkin berkait dengan faktor genetik.

4. Simptom seseorang menghidap PCOS

 Terdapat beberapa gejala yang mungkin berkait dengan PCOS termasuk:

Oleh yang demikian, sekiranya disyaki mempunyai masalah PCOS, dinasihatkan untuk mendapat konsultasi serta pemeriksaan oleh Doktor Pakar Sakit Puan. 

 5. Adakah penghidap PCOS berpeluang untuk hamil?

Ya, wanita mempunyai PCOS berpeluang untuk hamil. Walau bagaimanapun, disebabkan gangguan ovulasi, kebanyakan mereka memerlukan rawatan kesuburan untuk perkembangan telur dan meningkatkan peluang ovulasi sewaktu kitaran haid.

Wanita obesiti yang mengalami pengurangan berat badan sekurang-kurangnya 5 peratus dari berat asal didapati akan dapat meningkatkan peluang ovulasi. Oleh itu, pesakit disarankan untuk menurunkan berat badan sebelum merancang untuk hamil

 6. Apakah kaedah yang boleh diamalkan bagi menggalakkan peluang hamil?

Perkara paling utama adalah mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang serta amalan gaya hidup yang sihat.

Tidak ada makanan tertentu yang terbaik bagi pesakit PCOS. Bagi mereka yang mengalami berat badan berlebihan, penurunan berat badan akan membantu kestabilan hormon wanita dan keadaan ini boleh meningkatkan peluang ovulasi. 

Jenis rawatan yang diberikan kepada pesakit bergantung kepada beberapa faktor, khasnya usia wanita serta faktor tambahan lain termasuk masalah sumbatan tiub fallopian, kualiti sperma dan sebagainya. 

Terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh diberikan bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk mengandung termasuk rawatan secara gabungan ubat-ubatan dan hubungan suami isteri, rawatan “Intrauterine Insemination” (IUI) dan juga rawatan “Invitro Fertilisation”(IVF).

Oleh yang demikian, pesakit yang mengalami PCOS disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi dari Doktor Pakar Kesuburan bagi mendapat rawatan yang optimum dalam meningkatkan peluang hamil. 

 7. Cara untuk menghindarkan simptom ini daripada terjadi kepada seseorang wanita?

Tidak ada cara untuk menghindarkan masalah PCOS. Ini kerana sehingga kini, penyebab PCOS masih tidak diketahui sepenuhnya. Oleh yang demikian, pesakit disarankan untuk mengekalkan berat badan ideal dan amalan gaya hidup sihat.

Ini juga merupakan salah satu cara untuk mengurangkan risiko ketebalan luar biasa pada dinding rahim serta risiko barah rahim dalam tempoh jangka masa panjang. 

8. Adakah simptom PCOS terjadi akibat faktor genetik?

Seperti yang dinyatakan diatas dalam soalan ke-3, PCOS mungkin juga berkaitan dengan faktor genetik. Walau bagaimanapun, fakta ini masih tidak dapat dipastikan kerana belum ada lagi bukti kajian perubatan yang kukuh.

9. Apakah antara rawatan yang tersedia untuk pesakit PCOS?

Rawatan yang diberikan bergantung kepada beberapa faktor khasnya usia dan juga gejala yang dialami oleh pesakit. Rawatan yang diberikan tidak boleh menyembuhkan masalah ini.

Walau bagaimanapun, rawatan yang diberikan boleh membantu mengawal dan merawat gejala atau masalah berkaitan PCOS, serta mengurangkan risiko komplikasi berkait masalah ini untuk jangka masa panjang. 

10. Adakah gaya pemakanan dan juga jenis suplemen tertentu yang disarankan bagi penghidap PCOS, serta mereka yang dalam proces ‘trying to conceive’ ?

Pesakit yang merancang untuk mengandung digalakkan untuk mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Tiada bukti dengan pemakanan makanan tertentu akan dapat merawat gejala atau masalah PCOS.

Walau bagaimanapun, pesakit PCOS disarankan untuk mengekalkan berat badan ideal dan mengambil suplemen folic acid bagi meningkatkan peluang hamil kandungan yang sihat. 

Ha! Macam mana? banyak kan Mama Papa dapat belajar. Bukan senang tau nak dapat orang hebat macam ni kongsikan ilmu secara percuma khas untuk Mama Papa tau! Hanya di Kelab Mama, Mama Siti akan sentiasa menyediakan perkongsian daripada pakar-pakar pelbagai topik!

Kalau taknak rugi, cepat ikuti IG & FB dan TikTok Kelab Mama, dan hidupkan notifikasi supaya tak terlepas pelbagai artikel-artikel bermanfaat dan menarik!


Untuk lebih banyak perkongsian pakar, Mama Papa boleh klik SINI.