KelabMama

Cepat Kurus! 7 Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan Dalaman Lelaki dan Wanita

Apakah chia seed, biji selasih dan habbatus sauda ialah bijian yang sama? Sebenarnya ketiga-tiga bijian itu berbeza, dan khasiat chia seed dan bijian tersebut juga berbeza.

Chia seed sesuai dimakan oleh semua peringkat umur. Bermula dari bayi berumur satu tahun hinggalah ke usia warga emas boleh mengambil chia seed dalam diet seharian mereka. 

Ia mempunyai tujuh khasiat kepada kesihatan wanita dan lelaki termasuklah untuk yang ingin menurunkan berat badan, kepada ibu mengandung, pada rambut, dan sebagai makanan tambahan.

7 Kebaikan Chia Seed Kepada Kesihatan

#1 Bantu Cepat Kurus

Kredit gambar: Dream.co.id

Orang perempuan memang pantang kalau dengar perkataan ‘kurus’. Bukan kita tak tahu, tak semua orang melalui proses kurus dengan mudah. 

Tahukah Mama? Chia seed boleh menurunkan berat badan kerana ia membuatkan kita rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan ketagihan gula. 

Ianya diperolehi daripada kesan zink dalam chia seed yang membantu menghasilkan hormon leptin yang mengawal selera makan. 

Nota: Gula berlebihan dalam badan meningkatkan pengambilan tenaga sekaligus mendorong kenaikan berat badan.   

#2 Kuatkan Tulang

Kredit gambar: pintas.com

Salah satu zat yang ada dalam chia seed ialah magnesium dan fosforus. Kedua-dua nutrien ini penting dalam pembentukan tulang yang sihat. 

Seiring berlalu usia, kepadatan tulang pun semakin berkurangan. Oleh kerana itulah, golongan warga emas lebih berisiko patah tulang walaupun disebabkan hentakan ringan. 

Bagi warga emas, jangan ragu lagi minum chia seed ya. Bila tulang kuat, osteoporosis dapat dicegah. 

#3 Khasiat Chia Seed Pada Sistem Imun

Kredit gambar: Freepik

Sebenarnya radikal bebas lah punca terjadinya penyakit selesema, batuk dan demam kepada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. 

Kombinasi vitamin C, antioksida dan Omega-3 dalam chia seed bertindak melindungi kita dari kuman dan bakteria. 

Semakin kuat sistem imunisasi melindungi tubuh badan, semakin kurang kita dijangkiti penyakit. 

#4 Mudah Fokus

Kredit gambar: Freepik

Sebagai seorang penulis, Mama Siti sendiri tercabar dengan corak kehidupan di zaman ini. Manakan tidak, fokus mudah terganggu disebabkan media sosial yang semakin mudah diakses. 

Chia seed boleh meningkatkan tumpuan dan kadar memori seseorang melalui pembinaan sel membran yang aktif. 

Kesannya, sel-sel otak semakin berhubung dan kita akan lebih mudah fokus. 

#5 Khasiat Chia Seed Pada Ibu Menyusu

Kredit gambar: Parents

Susu ibu ialah yang terbaik buat bayi berbanding susu formula. Oleh itu, sebagai ibu, Mama mesti nak sedaya upaya berikan kebaikan semula jadi kepada bayi kesayangan kan? 

Amalkan minum chia seed kerana ada protein dan Omega-3 yang menggalakkan penghasilan susu badan. Dalam masa yang sama pastikan Mama minum air putih sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. 

#6 Melancarkan Sistem Pencernaan

Kredit gambar: Google

Lapisan luar chia seed terhasil daripada polisakarida bukan kanji (NSP) iaitu sejenis lendir larut air. Manakala di bahagian dalamnya pula terkandung banyak sumber serat. 

Serat melancarkan pergerakan makanan di dalam usus manusia. Apabila lapisan luar telah terurai, lapisan dalam iaitu serat akan menjalankan fungsinya mengatasi masalah sembelit. 

Nota: Polisakarida bukan kanji (NSP) menyebabkan chia seed menyerap air dan mengembang seperti gel. 

#7 Khasiat Chia Seed Sebagai Superfood

Kredit gambar: megakulim.com.my

Dalam 10g chia seed menyamai khasiat seperti;

Jadi tak hairanlah kalau ia termasuklah dalam kategori superfood yang boleh menurunkan risiko penyakit kronik melalui bekalan nutrisi penting kepada tubuh badan. 

Kredit gambar: VegNews

Ingat ya Mama! Chia seed, biji selasih dan habbatus sauda ialah tiga bijian yang berbeza dengan khasiat yang berlainan. 

Chia seed sesuai diambil untuk semua golongan usia. Semoga kita semua mendapat kebaikan melalui amalan minum chia seed secara rutin. 


Mama juga boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan info kesihatan menarik yang lain di SINI!