Bila cakap pasal kafein, kebanyakan Mama terus terbayang secawan kopi panas pagi-pagi. Tapi sebenarnya, kafein ni berada dalam banyak lagi makanan dan minuman harian yang Mama mungkin tak sedar langsung. Ada yang Mama minum sebab nak segarkan diri, ada yang Mama makan sebab nak hilangkan craving, ada pula yang memang dah jadi rutin sejak sebelum mengandung.
Tapi bila dah berbadan dua, badan Mama banyak berubah dan cara badan memproses caffeine pun tak sama macam dulu. Caffeine ambil masa lebih lama untuk keluar dari sistem badan Mama, dan ia juga boleh tembus ke placenta, sampai kepada baby.
Jadi penting untuk Mama tahu, bukan kopi je yang ada caffeine . Banyak lagi sumber caffeine yang diam-diam boleh buat Mama terlebih ambil tanpa sedar.
1. Teh (Teh Tarik, Teh O, Teh Hijau, Teh Berperisa)
Ramai yang ingat teh ni “ringan” dan “lebih selamat” daripada kopi. Padahal, secawan teh tarik yang manis berlemak tu pun boleh mengandungi 30–50mg kafein. Lagi pekat, lagi tinggi kafeinnya.
Teh hijau pula walaupun sering dikaitkan dengan kesihatan, tetap ada kafein. Kadang-kadang kandungannya hampir sama macam teh biasa. Ramai Mama yang selalu order teh hijau sejuk sebagai pilihan “lebih sihat” pun sebenarnya tak sedar kafeinnya masih ada dan boleh terkumpul kalau minum beberapa kali sehari.
Teh berperisa seperti teh lemon, teh bunga matahari, ataupun teh dalam botol siap minum juga ada kafein semula jadi kerana asasnya tetap dari daun teh. Jadi walaupun rasa manis dan tak pahit, kafeinnya tetap ada.
Kenapa teh perlu dikawal? Kafein dalam teh boleh menyebabkan Mama cepat dehydrated, pening, atau susah tidur. Selain itu, teh juga mengurangkan penyerapan zat besi jika diminum dekat waktu makan, sedangkan zat besi sangat penting untuk elakkan anemia semasa hamil.
2. Coklat, Minuman Coklat & Makanan Berasaskan Coklat
Coklat memang makanan kegemaran ramai Mama mengandung—tak kisahlah coklat bar, coklat panas, kek coklat, aiskrim coklat semuanya ada kafein sebab coklat diperbuat daripada koko, dan koko secara semula jadi mengandungi kafein.
Semakin gelap coklat tu (dark chocolate), semakin tinggi kandungan kafeinnya.
- Satu bar kecil dark chocolate boleh mengandungi sekitar 20–40mg kafein.
- Coklat susu pula lebih rendah kandungan kafien, tapi masih ada.
- Minuman coklat panas juga menyumbang sekitar 5–12mg secawan, bergantung pada jenama dan cara bancuhan.
Masalahnya, coklat ni makanan comfort. Bila Mama stress, mudah rasa nak makan lagi dan lagi. Bila ditambah pula dengan Milo, teh, atau kopi decaf—jumlah kafein harian boleh naik sampai melebihi limit tanpa disedari.
3. Minuman Tenaga (Energy Drinks)
Ini kategori yang paling perlu Mama elakkan terus. Kenapa? Kerana energy drinks mengandungi kafein sangat tinggi, biasanya antara 40–250mg setin, bersamaan satu atau dua cawan kopi pekat.
Selain itu, ia juga dipenuhi gula, taurine, dan bahan rangsangan lain yang tidak sesuai untuk Mama mengandung. Energy drinks boleh menyebabkan:
- degupan jantung meningkat,
- tekanan darah naik,
- dehidrasi,
- risiko kontraksi pra-matang,
- gangguan tidur teruk.
Walaupun Mama tak minum energy drink, ada sesetengah sport drink atau air gas tertentu menggunakan kafein sebagai bahan tambahan untuk beri kesan refreshing.
4. Soda atau Minuman Berkarbonat
Ramai Mama ingat minuman gas ni cuma tinggi gula. Tapi sebenarnya, banyak jenis soda—terutamanya yang berperisa cola—mempunyai 30–40mg kafein setin. Root beer, Dr. Pepper, atau minuman sparkling tertentu juga tambah kafein untuk naikkan rasa kick.
Masalah dengan soda ialah mudah diminum banyak. Kalau Mama minum dua tin sehari kerana haus atau craving, itu sudah boleh menyumbang sekitar 60–80mg kafein tanpa sedar. Itu belum campur teh atau coklat.
5. Ais Krim Perisa Kopi atau Mocha dan Dessert Lain
Bukan minuman je Mama, ais krim pun ada kafein! Terutama berperisa kopi, mocha, latte, atau tiramisu.
- Ais krim perisa kopi boleh mengandungi 30–45mg kafein.
- Ais krim coklat pula 3–10mg.
Dessert seperti brownies mocha, kek tiramisu, atau jelly kopi juga mengandungi kafein. Sesetengah Mama makan manis bila mual atau waktu malam, jadi dessert kecil pun boleh menyumbang pada jumlah kafein harian Mama.
Berapa Banyak Kafein Mama Boleh Ambil Sehari?
Mama boleh ambil kafein, tapi pengambilannya perlu kurang daripada 200mg sehari untuk Mama mengandung. Ini kira-kira bersamaan:
- 1 cawan kopi biasa ATAU
- 2–3 cawan teh ATAU
- campuran teh atau coklat
Yang penting, jumlah keseluruhan, bukan satu sumber sahaja! Kadang Mama minum teh tarik waktu pagi, kek waktu petang dan coklat susu panas time malam, bila campur-campur sudah melebihi 200mg.
Kafein ni memang best untuk bagi tenaga dan mood, tapi bila Mama tengah mengandung, badan Mama lebih sensitif dan baby pun menyerap apa yang Mama ambil.
Bila Mama kawal jumlah harian kepada 200mg atau kurang, itu dah cukup untuk pastikan Mama kekal bertenaga tetapi dalam masa sama baby Mama membesar secara sihat dan selamat.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Mama nak cuba resipi yang lain-lain untuk masak tengah hari nanti? Klik di SINI.
