KelabMama

Elak Koyakan Teruk Semasa Bersalin

koyakan bersalin

Image from Adobe Stock

Selalu Mama Siti dengar, ramai yang takut nak bersalin sebab takut ‘Miss V’ terkoyak teruk la apa la kan. Ada juga yang Mama Siti dengar orang cakap, kalau time nak meneran tu jangan angkat punggung takut terkoyak sampai belakang. Dah kalau sakit contractions tu, mana sedar dah angkat punggung ke tak kan? Mama Siti ada solusi untuk elak koyakan teruk semasa bersalin, jom tengok!

Kajian menunjukkan 9 daripada 10 wanita yang bersalin akan mengalami koyakan semasa bersalin sama ada melalui episiotomy (doktor potong bahagian perineum) atau terkoyak semasa kita meneran.

Namun ada juga golongan yang mengalami koyakan teruk semasa bersalin hinggakan koyakkan tu sampai tahap 3 atau lagi teruk ke tahap 4. Mereka adalah:

Bagaimana kita boleh elak koyakan teruk semasa bersalin?

Menurut satu perkongsian oleh Dr Muhammad Izzat, melalui akaun Twitternya, masalah ini boleh dielakkan dengan membuat urutan perineum atau perineal massage.

Doktor dari unit Obs&Gyn ini menyatakan bagi wanita yang pertama kali bersalin, urutan perineum sangat berkesan untuk elak koyakan teruk semasa bersalin. Selalunya urutan ini akan dibuat masa mama semua mengandung 35 minggu ke atas. Kiranya time tu dah nak dekat due date lah kan.

Cara lakukan Perineal Massage

Caranya mudah dan tak makan masa yang lama pun.

‘Apa caranya Mama Siti? Saya dah mengandung 34 minggu ni, boleh la saya nak cuba’

Okay, cara-caranya adalah:

Mama disarankan untuk jadikan urutan perineum ini sebagai rutin harian. Kalau mama seriau atau ngilu nak buat sendiri, boleh mintak tolong papa urutkan. Kalau selalu buat urutan ini, mama takkan koyak teruk insyaAllah.

Bagi mama yang tak ada minyak zaitun ke minyak badam kat rumah tu, minyak masak pun boleh. Jangan minyak petrol dah la- hahahahaha.

Memang terbukti lah urutan ini membantu elak koyakan teruk semasa bersalin! Mama Siti ada baca satu ‘tweet‘ dari seorang mama yang dah banyak kali bersalin, Yantie Hamid.

Saya amalkan urutan ni apabila kandungan masuk 36w. Alhamdulillah hampir kesemua kelahiran, saya hanya alami luka kecil dan tidak perlu jahitan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Muhammad Izzat & Yantie Hamid

BACA LAGI KEBAIKAN BAYI HISAP JARI

Pesan Mama Siti

Mama-mama yang tengah mengandung tu, boleh la cuba kan. Mana tahu boleh membantu. Mama Siti yakin lepas habis PKPB ni ramai mama yang akan disahkan mengandung lagi, betul tak? Haa, boleh lah amalkan nanti. Belum cuba belum tahu hasilnya. Satu lagi Mama Siti nak ingatkan, teruskan patuh dengan SOP PKPB, #kitajagakita!