Kadang-kadang, Mama rasa nak manjakan diri dengan sesuatu yang mudah dan berkhasiat, contohnya minuman bird nest atau sarang burung walit yang sudah lama dikenali sebagai rahsia kecantikan dan kesihatan.
Tapi bila masa terhad, terutama waktu mengandung atau dalam pantang, nak buat self-care pun rasa susah, apatah lagi nak masak makanan berkhasiat. Tenaga pun dah separuh jalan. Mama fokus lebih pada jaga bayi sampai diri sendiri pun terlupa nak ambil perhatian.
Tapi, cuba bayangkan Mama duduk rileks sambil pegang segelas bird nest sejuk yang sedap dan menyegarkan. Seteguk je, terus rasa lembut kat tekak, dan bukan setakat sedap, sarang burung walit ni memang terkenal sejak dulu sebagai rahsia kecantikan dan kesihatan.
Dengan bird nest ready-to-drink daripada Nest Trend, Mama boleh menikmati khasiatnya bila-bila masa, di mana saja. Jadi, sama ada Mama tengah rehat selepas menyusu ke, nak me time sekejap ke, bird nest ni pilihan terbaik untuk Mama jaga dari luar dan dalam.
Lagi best, masa berpantang nanti, ia boleh jadi booster supaya Mama cepat sihat dan cergas semula.
Superfood yang Wajib Ada dalam Setiap Kehamilan
Waktu mengandung, badan Mama bekerja lebih kuat daripada biasa untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Sebab tu, tak pelik kalau Mama cepat letih, kulit jadi kusam, atau imun badan turun naik terutama masa trimester pertama.
Tapi jangan risau, bird nest dari Nest Trend boleh bantu Mama rasa lebih bertenaga dan sihat! Bird nest ni kaya dengan protein, kolagen, dan asid sialik gabungan hebat untuk kuatkan sistem imun dan beri tenaga tambahan bila badan rasa lesu.
Paling best, sarang burung walit ni bersifat semulajadi dan mudah dihadam. Jadi, tak payah risau pasal perut masuk angin atau rasa bloated.
Lagi satu kelebihan Nest Trend bird nest datang dalam botol kecil yang siap untuk diminum, tak perlu nak masak atau rendam dulu. Mudah sangat, especially bila Mama tengah loya tinggal buka penutup, minum sikit-sikit, confirm rasa lega.
Rasanya pun lembut dan tak hanyir memang sesuai untuk Mama yang sensitif masa hamil. Pendek kata, bird nest dari Nest Trend ni memang kawan baik Mama sepanjang kehamilan.
Game Changer dalam Fasa Mama Berpantang
Masa berpantang ni, badan Mama tengah dalam fasa reset dan perlukan nutrisi yang cukup untuk pulih sepenuhnya. Salah satu pilihan bijak yang boleh bantu proses pemulihan ni adalah bird nest.
Bird nest terkenal dengan khasiatnya yang menyokong penyembuhan luka bersalin, tak kiralah bersalin normal atau melalui pembedahan. Kandungan kolagen semula jadi dalam sarang burung walit pun bantu kulit Mama jadi lebih anjal, cerah dan berseri walaupun tanpa skincare mahal.
Ramai juga Mama yang perasan penghasilan susu badan lebih meriah bila amalkan sarang burung walit secara konsisten. Bonus besar untuk Mama yang menyusu, kan?
Kalau Mama rasa stress, letih atau kurang tidur sebab berjaga malam jaga bayi, bird nest boleh bantu tenangkan sistem saraf dan stabilkan emosi.
Dalam dunia serba sibuk ni, self-care tak semestinya kena pergi spa duduk sekejap, minum bird nest Nest Trend yang sejuk dan sedap pun dah cukup untuk recharge tenaga dan semangat Mama.
Mudah, Cepat & Selamat: Bird Nest untuk Mama Moden
Zaman sekarang, semua benda kena cepat. Tapi cepat tak bermakna kena kompromi dengan kualiti. Bird nest dalam bentuk ready-to-drink sekarang sangat mudah tak perlu rebus, tak perlu masak. Buka penutup dan minum terus je.
Mama boleh simpan dalam peti sejuk dan nikmati lepas bangun pagi, atau bila tengah penat jaga anak. Nak bawa ke tempat kerja? Boleh je! Masukkan dalam beg tangan dan bila ada masa lapang, tinggal minum je.
Packaging pun comel dan senang nak selit dalam rutin harian Mama yang sibuk. Tak ada alasan lagi untuk tak jaga diri, kan?
Walaupun sarang burung walit sangat berkhasiat, Mama yang ada alahan, asthma, atau sistem imun sensitif digalakkan dapatkan nasihat doktor dulu, terutama semasa mengandung, untuk keselamatan Mama dan bayi.
Mama, jangan pandang ringan keperluan diri sendiri. Dengan sarang burung walit yang mudah dan penuh khasiat, Mama boleh manjakan badan dari dalam tanpa susah payah.
Bayangkan setiap tegukan membantu pulihkan tenaga, cerahkan kulit, dan kuatkan kesihatan dalaman semua dalam satu minuman yang sedap dan menyegarkan.
Cuba hari ini, dan biar bird nest jadi rahsia kecil Mama untuk kekal cergas, berseri, dan terus bertenaga hadapi hari-hari penuh cabaran. Mama layak rasa yang terbaik, jadi jangan tunggu lagi!
Nak tahu lebih banyak tentang khasiat dan keistimewaan Bird Nest Nest Trend, Mama boleh layari laman nesttrend.com.my untuk maklumat lanjut.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ketahui tips pemakanan dan kecantikan yang lain di SINI.