KelabMama

10 Resepi Sotong Yang Mudah Lagi Sedap!

Semenjak PKP tempoh hari, mesti dah banyak resepi yang Mama cuba, kan? Antara menu mudah dan sedap disediakan untuk ahli keluarga ialah masakan yang berasaskan sotong. Ada pelbagai resepi sotong yang mama boleh cuba.

Resepi sotong goreng, stim, bakar semuanya menyelerakan. Cara penyediaannya juga mudah dan bahannya juga mudah didapati. Sotong juga cepat masak jadi tak adalah perlukan masa yang lama untuk menyediakannya.

Hari ini Mama Siti nak share 10 resepi sotong yang mudah untuk dimasak. Confirm semua yang rasa resepi sotong air tangan mama ni pasti menjilat jari! 

#1 Resepi Sotong Goreng Kunyit Simple 

Kredit Tiffinbiru

Bahan-bahan:

Masakan untuk hidangan 2 orang

Cara penyediaan:

  1. Perapkan sotong dengan kunyit dan garam lebih kurang 10 hingga 15 minit. 
  2. Panaskan minyak, dalam anggaran 2 sudu besar.
  3. Goreng sotong yang diperap tadi. Kacaukan sebentar. 
  4. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan lain (bawang, halia, cili) satu-persatu.
  5. Gaul supaya rata dan sebati dan kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Tips tambahan: Kalau nak ‘kick’ lagi, boleh tambahkan cili padi bagi penaik selera.

#2 Resepi Sotong Celup Tepung Viral

Kredit Rasa.My

Bahan-bahan:

Masakan untuk hidangan 2 orang

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan sotong dan toskan. 
  2. Gaulkan semua bahan-bahan kering di dalam satu mangkuk besar hingga sebati.
  3. Pecahkan telur yang dicuci terdahulu di dalam mangkuk yang lain. 
  4. Masukkan sotong di dalam telur yang dipecahkan tadi. Golek-golekkan ia agar adunan telur meresap ke dalam sotong.
  5. Biarkan seketika, kemudian masukkan ia ke dalam adunan tepung pula hingga sebati.
  6. Panaskan minyak, dan bila semua sotong dah berbalut dengan tepung, bolehlah mula menggoreng. Gorengkan dalam masa 10 minit, kemudian, toskan minyaknya sedia untuk dihidangkan.

Tips tambahan: Goreng di dalam minyak yang agak banyak dan betul-betul panas sehingga sotong berwarna keemasan. Jangan digoreng terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan sotong menjadi liat dan keras.

#3 Ketupat Sotong a.k.a Sotong Sumbat Pulut

Kredit Kongsi Resepi

Bahan-bahan:

Masakan untuk hidangan 2 orang

Cara penyediaan:

  1. Rendam beras pulut dengan sedikit garam dalam masa 30minit. 
  2. Masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan dicuci bersih..
  3. Kemudian masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan tekankan sedikit. Untuk lebih kemas, cucuk dengan lidi.
  4. Susun dalam periuk bersama daun pandan. 
  5. Tuangkan santan, bawang merah, halba, halia dan sedikit garam. 
  6. Masak sehingga agak pecah minyak. Jangan lupa gaul semasa memasak
  7. Siap untuk dihidangkan. Sendukkan ketupat sotong bersama sedikit kuah di dalam pinggan. 

Tips tambahan: Jangan sumbat terlalu padat, nanti pulut lambat masak.  

#4 Sambal Sotong Kaw-kaw

Kredit FB Senangnya Masak

Bahan-bahan:

Masakan untuk hidangan 2 orang

Cara penyediaan:

  1. Goreng sotong yang dah dibersihkan tanpa minyak separuh masak untuk keluarkan air sotong. Angkat dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dan masukkan bawang yang sudah dikisar. Tumis hingga naik bau dan kekuningan. 
  3. Kemudin, masukkan pula cili kisar. Masak hingga pecah minyak dan garing dengan api kecil.
  4. Bila dah pecah minyak, masukkan gula perang bersama asam keping. Biarkan sambal tumis bertukar warna menjadi merah tua. 
  5. Sesuaikan rasa bersama garam dan serbuk perasa.
  6. Masukkan sotong yang sudah ditoskan tadi. Gaul sekejap dalam sambal yang sedang dimasak lebih kurang 3-5 minit sahaja. Jangan terlalu lama nanti sotong lembik. 
  7. Tutup api dan siap untuk dihidang

Tips tambahan: Kalau nak tambah petai untuk penaik rasa, boleh masukkan bersama dengan sotong. 

#5 Tomyam Sotong Original

Kredit Cookpad

Bahan-bahan:

Masakan untuk hidangan 2 orang

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air, bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia & serai. Rebuskan sehingga mendidih.
  2. Bila air sudah sudah mendidih masukkan pes tomyam.
  3. Kemudian, masukkan pula sotong, daun limau purut dan sayur-sayuran batang seperti celery, jagung kecil dan lobak. Biarkan dalam lebih kurang 5 minit. Sotong kalau masak lama nanti liat.
  4. Masukkan pula bunga kobis & tomato. 
  5. Masukkan pula sos ikan supaya lagi bangkit rasa aroma tomyam. Biarkan masak lebih kurang 3 @ 4 minit.
  6. Jangan lupa letakkan garam dalam tomyam.
  7. Nak pedas kaw kaw, ketuk cili api masukkan dalam tomyam. 
  8. Perahkan limau nipis untuk bagi rasa masam. Berapa banyak limau pun bergantung pada selera masing-masing.

Tips tambahan: Kalau nak lagi meriah, bolehlah tambah udang dan ayam serta sayur cendawan.

BONUS: Resepi Sotong Butter Meletup (step by step)

#6 Resepi Sotong Bakar Portugis 

Kredit Aneka Selera

Bahan-bahan:

Masakan untuk hidangan 2 orang

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga kekuningan, kemudian angkat dan sejukkan. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sampai pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Padamkan api dan masukkan sotong dan gaul sampai sebati. 
  5. Kemudian masukkan sotong dan bahan tumisan ke dalam aluminium foil, balut dan bakar di dalam oven selama 15 minit. 
  6. Kemudian, koyakkan aluminium foil yang digunakan untuk balut sotong tadi, masukkan sayur bendi. 
  7. Masakkan sedikit, kemudian masukkan bawang putih yang disejukkan tadi dan taburkan hirisan daun limau purut. 

Tips tambahan: Kalau padankan sotong dengan air asam mesti kecur liur dibuatnya.

#7 Kari Sotong Mamak

Kredit FB Share Resepi

Bahan-bahan:

Masakan untuk hidangan 2 orang

Cara penyediaan:

  1. Tumiskan halba campur dan daun kari. 
  2. Masukkan rempah ikan, bawang besar dan asam keping. 
  3. Tunggu sehingga pecah minyak. 
  4. Kemudian, masukkan sedikit air, garam dan sotong. 
  5. Akhir sekali, masukkan cili merah dan bendi. 

Tip tambahan: Mama boleh gantikan sayur bendi dengan kentang dan tomato, atau masukkan semuanya. Makan dengan roti paratha, mmmm…

#8 Resepi Sotong Stim Ala Thai

Kredit Hirup A Blogger

Bahan-bahan:

Masakan untuk hidangan 2 orang

Cara penyediaan:

  1. Potong dan kukus sotong selama 7 minit, tanpa menambah air. 
  2. Keluarkan sotong yang sudah masak distim.
  3. Sediakan sos untuk stim sotong Thai. Panaskan 1 cawan air, masukkan kiub pati ayam dan gula di atas dapur. Tutup api apabila air sudah mendidih.
  4. Setelah air sudah suam, masukkan daun ketumbar, cili, bawang putih, asam limau dan kicap sotong.
  5. Tuangkan sos ke dalam sotong dan hidangkan.

Tips tambahan: Sos ikan pun boleh digunakan sebagai alternatif kepada kicap sotong.

#9 Resepi Sotong Masak Lemak Padang

Kredit: FB OResepi

Bahan-bahan:

Masakan untuk hidangan 2 orang

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga harum dan terbit minyak.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong, santan dan air. Kacau biar sebati.
  3. Renihkan dan sesekali dikacau supaya santan tidak pecah minyak
  4. Masukkan garam mengikut rasa.
  5. Sedia di hidangkan

Tips tambahan: Boleh juga masukkan kiub ikan bilis dan sedikit gula mengikut bagi naik rasa. 

#10 Nasi Goreng Sotong Mama Siti

Kredit eBaza

Bahan-bahan:

Masakan untuk hidangan 2 orang

Cara penyediaan:

  1. Kisar kasar cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong hingga airnya kering.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. 
  4. Kemudian, pecahkan telur dan kacau sebati.
  5. Tambahkan dengan sos tiram, kicap masin, serbuk cukup rasa dan garam. Kacau sebati.
  6. Masukkan nasi diikuti dengan sotong. Gaul hingga nasi dan sotong mesra dengan bahan-bahan kisar yang ditumis tadi dan bahan-bahan lain.

Tips tambahan: Nasi goreng sotong ini jadi lebih ‘kick’ kalau ada cili kicap potong dan telur dadar. 

Ha..amacam? Terliur tak tengok resepi-resepi sotong ni tadi? Resepi mudah je! Sotong ini memang banyak khasiatnya. Ianya tinggi dengan protein seperti kebanyak makanan laut yang lain serta mempunyai antioksida yang dapat membantu memerangi sel cancer dalam badan. Sotong juga kaya dengan vitamin dan mineral serta membantu menambahkan sel darah merah. 

Namun demikian, bagi mereka yang mempunyai masalah kolestrol ataupun ibu hamil tak digalakkan mengambil sotong berlebihan kerana kadar kolestrolnya yang agak tinggi. Atau bagi mereka yang alah dengan seafood kena lebih berhati-hati dalam pemakanan makanan laut yang diambil. Maka, beringatlah sentiasa ye Mama. 

Selamat mencuba!

BACA JUGA RESEPI PERAPAN AYAM UNTUK STOK 7 HARI

Pesanan Mama Siti

Dengan adanya resepi-resepi Sotong ni tadi semoga lepas ni berasap semula dapur mama dengan bau-bau yang enak dan menyelerakan. Masak ni mudah je sebenarnya cuma kena rajin mencuba dan kreatif. Manalah tahu lepas ni Mama boleh cipta resepi sotong yang baru pula kan?