KelabMama

Trend Makanan TikTok Terkini: WaterTok

bahaya trend watertok

Trend makanan WaterTok menjadi fenomena yang menarik di media sosial, tetapi kebanyakan trend makanan akan ada beberapa kesan keburukan yang perlu diambil kira.

Sebelum ni Mama Siti sendiri pun teruja nak cuba WaterTok ni, tapi lepas tahu kesan watertok ni terus tak jadi nak cuba.

Oh ye, sebenarnya WaterTok ni famous dekat luar negara, kalau dekat Malaysia ni Mama Siti tak pasti pula menjadi trending atau tak dekat sini.

Apa itu WaterTok?

Kredit Gambar: HealthNews

Bagi Mama yang belum tahu apa itu trend WaterTok ni, ia adalah salah satu content air kosong yang kita letakkan sedikit pemanis dalamnya. Trend ini dilakukan untuk menarik minat kita minum air kosong. Ye la, kalau minum air kosong je mana sedapkan.

Trend ini jugak termasuk pelbagai jenis minuman seperti minuman berperisa atau cocktail ala-ala, yang sering kali di record dengan teknik penyediaannya yang menarik dan kreatif. Kemudian, pengguna akan berkongsi rakaman video mereka mencuba minuman ini dan menunjukkan reaksi mereka.

Bahaya Trend WaterTok

@abbeyskitchen

Is WATERTOK aka water of the day a healthy tiktok trend? As with everything, it depends. I dont see any harm with enjoying arrificially flavoured/ coloured/sweetened water in moderation but i dont believe we should be relying on these water enhancers for all of our hydration. This is no different than getting all your water from diet soda. Relying too heavily on sweetened beverages (even without sugar) makes it harder to appreciate the inherent sweetness in natural foods. #watertok #wateroftheday #bluewater #hydrate #hydration #flavoredwater

♬ original sound – Abbey Sharp

1. Kandungan Gula yang Tinggi

Resepi WaterTok ni banyak melibatkan penggunaan gula tambahan, sirap, atau minuman manis. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti, penyakit kencing manis, dan masalah kardiovaskular.

Penting untuk kita mengawal pengambilan gula dan memilih pilihan yang lebih sihat.

2. Berat Badan Bertambah

Pemanis dalam air sering mengandungi gula tambahan yang tinggi. Selain tu, beberapa minuman WaterTok mungkin mempunyai kandungan kalori yang tinggi, terutamanya jika minuman tersebut mengandungi krim, susu berlemak, atau bahan-bahan berkalori tinggi lain.

Jadi, apabila kita consume secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan berat badan, terutamanya jika tak diimbangi dengan aktiviti senaman yang mencukupi.

3. Penggunaan Pewarna Makanan

Kredit Gambar: Allrecipes

Untuk membuatkan air nampak lebih menarik, ada beberapa pencipta content TikTok ini mungkin menggunakan bahan-bahan kimia atau pewarna tambahan yang mungkin tidak selamat untuk digunakan dalam jumlah yang besar.

Ini boleh membahayakan kesihatan kalau tak diawasi dan dikawal.

4. Pengambilan Minuman Berlebihan

Populariti WaterTok boleh merangsang pengambilan minuman berlebihan, terutamanya dalam kalangan remaja dan orang muda. Pengambilan minuman yang berlebihan boleh menyebabkan masalah pencernaan, termasuk gastrik.

5. Alergi pada Bahan Pemanis

Ada beberapa resepi WaterTok ni melibatkan penggunaan bahan-bahan yang mungkin menyebabkan alergi atau intoleransi pada individu tertentu.

Dalam serbuk pemanis yang digunakan ada pelbagai perisa, jadi boleh menyebabkan alergi kepada mereka yang tak alert pada bahan yang digunakan. Contohnya, penggunaan produk tenusu dalam minuman boleh menjadi masalah bagi mereka yang intoleran laktosa.

6. Mengalami Masalah Gigi

Gula dalam minuman boleh menjejaskan kesihatan gigi secara langsung dengan menyebabkan pembentukan plak dan kerosakan gigi. Ini boleh menyebabkan karies gigi.

Bukan tu je, boleh jugak stain pada gigi disebabkan terlalu kerap mengambil minuman berwarna ini.

Walaupun trend WaterTok ni kelihatan menarik dan kreatif tetapi penting untuk Mama menjaga kesihatan dan kesedaran tentang risiko yang terkandung dalam minuman ini.

Tak ada salahnya kalau Mama nak mencuba trend makanan yang menarik di media sosial, tetapi penting untuk Mama perlu selidik dulu adakah bahan yang digunakan bagus atau tidak untuk kesihatan sebelum nak mencubanya.


Nak tahu apa itu beza zero sugar dan cut sugar dalam diet Mama Papa? Klik di SINI.