KelabMama

“Yeay, me-time!” Bagaimana Travel Solo Boleh Memberi Manfaat Kepada Para Ibu?

ibu bercuti travel solo

Mama Siti percaya mesti ada dalam kalangan ibu-ibu di sini yang suka pergi travel kan? Iyalah, peluang untuk melihat tempat baharu dan menarik tentunya memberi kepuasan bagi sesetengah wanita.

Malah, boleh dikatakan mereka yang gemar dengan aktiviti travel solo ini dah biasa lakukan perkara itu sejak zaman Mama single lagi.

Bagaimanapun, mungkin ada sebahagian wanitayang terpaksa mengorbankan minat mereka ini selepas berkahwin dan bergelar ibu. Mungkin menganggap aktiviti ini dah tak sesuai untuk diteruskan lagi.

Eh, nanti dulu Mama! Sebelum buang jauh-jauh minat ini, apa kata teruskan baca entry yang Mama Siti bakal kongsikan mengenai manfaat travel solo untuk Mama sekalian.

Namun, harus ingat Mama kena dapatkan permision husband dulu dan make sure Mama pun confident untuk travel solo tanpa bawa suami dan anak-anak.

Ini antara kelebihan kalau Mama dapat greenlight untuk buat aktiviti kegemaran yang satu ini:

1. Me-time

Bila berpeluang travel solo ni, benda pertama yang Mama akan dapat mestilah me-time kan? Inilah saatnya Mama nak healing tanpa risaukan hal rumahtangga.

Me-time untuk para ibu ini penting tau supaya Mama dapat vibes baharu selepas berpenat-lelah menjaga keperluan family.

Mama akan rasa semangat dan lebih ceria selepas ‘berehat’ sekejap daripada tugas rumahtangga termasuklah kerja di office.

Hanya hayati suasana menarik di tempat travel yang Mama pergi, dekati budaya mereka, cipta pengalaman baharu dan lakukan pelbagai perkara baharu.

Ia juga memberikan keseronokan sebab Mama rasa tak susah kalau nak singgah ke mana sahaja sebab tak payah ambil kira tempat itu kid-friendly, atau semua ahli keluarga dah dapat cukup rehat sepanjang beberapa hari percutian ini dan sebagainya. Mama boleh atur itinerary sendiri and try everything you want!

2. Jumpa Kawan Baharu

Biasanya kaki travel ini, mereka suka cari rakan baharu bagi tujuan bertukar pendapat atau sharing any info about travel activity. So, bila Mama pergi travel secara solo tentulah dapat chance untuk cipta kawan baharu! Lagi menarik kalau kawan tu adalah tourist yang pastinya mempunyai lebih banyak perkara untuk dikongsi.

Seronokkan dapat kenal kawan baharu yang kita jumpa lebih-lebih lagi kenal ketika melakukan hobi pula. Lagilah banyak info menarik untuk kaki travel boleh diceritakan. Tetapi awas, kelebihan ini valid untuk kawan sama gender jerr Mama!

3. Lebih Terbuka Minda Lihat Budaya Baharu

Travel solo juga pastinya memberikan peluang untuk Mama melihat budaya baharu di kawasan yang dijejaki. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan.

Dengan aktiviti bercuti seorang diri, pasti tak sukar kalau Mama nak tengok budaya rare yang ditemui ketika travel.

Sebagai contoh, jika Mama travel ke Sarawak, mesti banyak sangat budaya menarik yang Mama dapat lihat di sana kan? Dan bestnya travel solo adalah Mama tak rasa susah nak tengok lebih dekat pelbagai aktiviti itu.

Tak perlu dah rasa susah-susah nak fikir anak sesuai ke tonton budaya ini atau jika ada perkara pelik dalam budaya mereka, Mama cuma perlu berani jika nak dekati.

4. Berpeluang Cuba Perkara Baharu

Selain melihat pelbagai seni budaya di negeri orang, travel solo juga memberi peluang untuk Mama mencuba pelbagai aktiviti. Bermula daripada yang biasa hingga ke extreme semuanya Mama boleh try!

5. Latih Mama Jadi Berani

Berani yang Mama Siti maksudkan di sini adalah keupayaan menjadikan Mama yakin untuk menghadapi cabaran dan situasi apabila travel bersendirian.

Mama boleh handle cara nak dapatkan public transport, mencari makanan halal jika ke luar negara ataupun cara nak deal dengan penduduk setempat. Semua ini adalah situasi baharu dan pastinya berbeza bagi setiap negara.

Mama belajar bagaimana nak gunakan public transport di sana. Sedangkan di Malaysia pun kita kena belajar cara naik LRT, macam mana nak tengok jadual perjalanan train, atau payment method disediakan jika nak guna service itu.

Samalah juga keadaan itu bila di luar negara. Sebab itu bagi Mama Siti, bila Mama confident nak travel solo, pasti ia boleh memberikan Mama keberanian untuk menghadapi situasi baharu di negara orang.

6. Lebih Menghargai Nilai Kekeluargaan

Perasan tak bila Mama ambil masa untuk berjauhan dengan family sebentar, mulalah timbul rasa rindu pada suami dan anak-anak kan?

Bagi Mama Siti, ini perkara positif bila Mama dah pergi travel solo dan dapat me-time yang secukupnya. Mesti rasa tak sabar nak balik dan peluk anak-anak dan suami bukan?

Jadi, bagi Mama Siti, antara manfaat travel solo tanpa ahli keluarga adalah ia dapat memberi peluang untuk Mama lebih menghargai nilai kekeluargaan selepas setiap staycation Mama. Tak gitu?


Kesihatan mental Mama pun penting tau. Baca tips untuk lebih me-time di SINI.