KelabMama

“Alamak, macam makin kusam je kulit tu.” Ikuti 15 Tips Penjagaan Muka Yang Semua Wanita Wajib Cuba Ini

Mengamalkan tips penjagaan muka yang betul, lengkap serta sempurna mampu membuat kulit wajah Mama menjadi berseri-seri, lembut, bersih dan bebas dari jerawat dan kulit berminyak. Siapa tak nak kulit yang glowing kan?

Penggunaan produk penjagaan wajah yang tepat juga turut memberi peranan dalam memastikan kulit sentiasa bersih, cerah dan lembut.

Bila dah jadi mak-mak ni, mestilah kurang masa untuk menjaga kulit wajah atau diri sendiri kan? Jangan macam tu Mama!

Cuba cari masa dan amalkan beberapa tips penjagaan muka setiap hari untuk mendapatkan kulit yang kekal cantik dan berseri. Selamat mencuba!

Tips Penjagaan Muka Agar Kekal Berseri

#1. Teknik Double-Cleansing

Ni tips yang paling penting!

Bersihkan wajah Mama secara menyeluruh sebelum tidur. Bergantung kepada jenis kulit, teknik ini menggunakan dua jenis pembersih wajah yang berbeza.

Pertama, pembersih berasaskan minyak untuk menyingkirkan solekan, sebum dan juga sunscreen dekat muka tu. Kedua, pencui muka yang berasaskan air untuk membersihkan sisa kotoran.

Bila muka dah bersih, barulah lagi mudah untuk produk lain menyerap ke dalam muka.

#2. Tidur Yang Mencukupi

Kredit gambar : www.liputan6.com

‘Beauty Sleep’ amat penting untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri. Walaupun sibuk, pastikan Mama tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari bagi mengelakkan kulit anda tampak sembab, kusam dan juga tidak bermaya.

#3. Menggunakan Sarung Bantal Satin

Kredit gambar : meramuda.com

Cuci sarung bantal Mama dengan kerap kerana ia menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman yang mendorong pertumbuhan jerawat dan juga kegatalan pada kulit muka.

Penggunaan sarung bantal satin juga sangat digalakkan kerana ia dapat menghalang jerawat, mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan garis-garis halus.

#4. Air Kosong

Kredit gambar : www.majalahsains.com

Mesti Mama dah banyak dengar nasihat atau tip ni kan? Tapi betul Mama.

Minum air kosong yang mencukupi akan memberi kesan positif pada kulit wajah. Ia mengelak kulit daripada hidrasi.

Lagi bagus kalau elakkan terus minuman bergula dan hanya minum air kosong yang bermineral sahaja.

#5. Baca Kandungan Bahan

Kredit gambar : www.da-frame.com

Semasa Mama memilih produk penjagaan wajah, baca label ramuan atau formulasinya terlebih dahulu.

Pilih pembersih organik ataupun yang diformulasikan dengan ekstrak botanikal. Hindari pembersih yang mengandungi alkohol, paraben, pewangi tiruan, pewarna tiruan, sodium lauryl sulfate, phthalates, minyak mineral, dan formaldehyde.

#6. Penjagaan Rambut

Kredit gambar : www.hijabista.com.my

Pilih produk penjagaan rambut seperti syampu, perapi dan penggayaan rambut terbaik dapat mengelakkan daripada masalah kulit seperti jerawat.

Produk penjagaan rambut yang diformulasikan dengan minyak, menyebabkan liang pori dikawasan wajah, leher dan juga garis rambut tersumbat.

#7. Asas Penjagaan Wajah

Kredit gambar : www.ciklilyputih.com

Tak perlu banyak produk pun kalau nak maintain kulit muka yang berseri dan sihat. Mama mestilah sekurang-kurangnya menggunakan pembersih, pelembap dan juga pelindung matahari setiap hari.

Kalau ada nak tambah pun, Mama boleh tambahkan serum atau krim untuk penuaan bagi mengurangkan garis halus dan tanda-tanda penuaan di wajah Mama.

#8. Pelindung Matahari

Pelindung matahari atau ‘sunscreen’ melindungi kulit kita daripada sinaran UV yang berbahaya dan cahaya biru atau lebih dikenali sebagai blue light yang dipancarkan oleh peranti seperti telefon bimbit dan juga komputer riba.

Pentingnya pemakaian sunscreen SETIAP HARI walaupun hanya berada di dalam rumah adalah untuk mengelakkan kesan penuaan dan pigmentasi pada wajah. Susah tau kalau nak merawat pigmentasi kalau dah ada nanti.

Selalunya pigmentasi hanya akan ketara apabila kita mencapai umur 50 tahun dan ke atas. Jadi, Mama yang masih muda, belum terlambat untuk menggunakan suncreen setiap hari pada waktu siang.

#9. Toner

Walaupun ramai yang masih menganggap penggunaan toner tak penting, tetapi, sebenarnya, toner banyak membantu dalam menyegarkan wajah, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta menjadikan liang pori-pori kelihatan lebih kecil.

Toner juga berfungsi membantu wajah menyerap penggunaan produk penjagaan wajah yang lain dengan lebih baik dan memaksimakan keberkesanannya.

#10. Singkirkan Kulit Mati

Kredit gambar : realfood.co.id

Proses eksfoliasi sangat penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang terdapat di wajah. Proses eksfoliasi dilakukan tiga kali seminggu.

Pilih scrub muka yang bersesuaian dengan jenis kulit Mama bagi mengelakkan kesan iritasi dan juga kekeringan. Jangan pilih yang kasar sangat tau!

#11. Elakkan Menyentuh Muka

Tabiat ini sebenarnya boleh membuatkan wajah Mama lebih berisiko kepada jerawat, parut, dan tanda-tanda penuaan kerana terdapat bakteria dan kuman di tangan sekiranya tidak dicuci terlebih dahulu.

Kalau ada jerawat pun, tolong jangan picit! Takut tinggalkan kesan yang tidak kita mahukan.

#12. Moisturiser

Sentiasakan oleskan moisturiser pada wajah untuk mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit. Lagi perkara yang ramai salah faham adalah, moisturiser ni hanya untuk mereka yang mempunyai kulit kering sahaja.

Salah tau Mama! Kulit berminyak, kulit berjerawat, mahupun kulit normal sekali pun, kekalkan kelembapan dengan menggunakan moisturiser yang betul.

Barulah kulit lebih sihat – yang berminyak lebih kurang minyaknya, yang kering menjadi lebih lembab dan barrier kulit pun menjadi lebih baik bagi kulit sensitif.

#13. Krim Malam

Krim malam merupakan sapuan terbaik sebelum untuk melembapkan muka dan mengurangkan kedutan, selain mengatasi bintik hitam pada wajah.

#14. Masker Muka

Topeng muka yang diperbuat daripada bahan semulajadi, seperti epal, limau, lobak merah, kentang dan alpukat sebagai contohnya, dapat membekalkan vitamin dan mineral kepada kulit.

Mama boleh DIY sendiri face mask ini atau nak lebih senang, amalkan pemakaian sheet mask setiap hari sebelum tidur dan lihat kesan positifnya pada wajah Mama.

#15. Pelembab bibir

Tak lengkap kalau hanya kulit muka cantik menawan, bibir Mama juga perlu tampil segar dan lembab. Sapukan pelembab bibir sebelum tidur bagi mengatasi masalah bibir kering, merekah atau menggelupas.

Alternatif lain, Mama juga boleh menggunakan minyak zaitun atau mentega pada bibir untuk memastikan proses pembaikan semula jadi bibir berkesan.

Diharap tips yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada Mama dalam menjaga kesihatan dan keserian wajah.


Ikuti pelbagai tips penjagaan muka dan petua kecantikan yang lain khas untuk Mama DI SINI.