KelabMama

Tips Berpuasa Untuk Mama Hamil

Alhamdulillah, kita semua diberi izin untuk berpuasa sekali lagi di bulan yang mulia ini. Buat ibu mengandung yang nak berpuasa boleh tapi kena ada tips berpuasa untuk ibu mengandung yang mama boleh amalkan. Untuk pengetahuan mama, mengandung atau yang sedang breastfeed anak diberi kelonggaran untuk tak diwajibkan berpuasa tau sebab kalau puasa boleh jejaskan kesihatan ibu dan bayi. Kalau mama yang mengandung masih nak berpuasa boleh tapi kena hati-hati ya terutamanya pasal tahap kesihatan diri dan juga bayi.

Ada perkara yang perlu dielakkan dan ada yang perlu dibataskan masa mama tengah puasa dan mengandung ni. Jadi, Mama Siti nak sharekan satu perkongsian dari rakan Facebook kita iaitu Dr Muhammad Izzat. Jom kita ikuti tips berpuasa untuk ibu mengandung yang berpuasa di bulan Ramadan ni supaya kekal sihat dan bertenaga.

ISTIMEWANYA HAMIL DALAM BULAN RAMADAN

“Bertuahnya puan saat ini,” kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang sedang diperiksanya.

“Kenapa doktor?” balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.

“Sekarang Ramadan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ni. Kesempatan yang amat baik nak didik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptaNya. Puan sangat lah bertuah!,” jelas doktor.

Jadi, tak hairanlah kalau yang tengah mengandung atau menyusukan bayi, mama-mama tetap nak juga berpuasa di bulan Ramadan.

Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadan untuk membanyakkan ibadah seperti baca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam Lailatulqadar dimana ia lebih baik daripada seribu bulan.

Banyak alasan diberikan sekalipun mereka diberikan rukhsah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan. Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak perlu berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah menggantikan (Qada’) puasanya kelak.

Rata-rata alasan yang diberikan mama-mama, masih kuat dan berupaya untuk melaksanakan tuntutan berpuasa. Ada juga yang nyatakan mereka tak nak gantikan puasa pada waktu lain, sebab tak ada kawan nak puasa berpuasa sama-sama. Pendek kata, mereka nak ambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.

Namun, ada juga yang masih degil untuk tetap nak puasa dan nekad untuk tak berbuka sekalipun dah tunjukkan simptom hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.

Mereka menangguhkan masa untuk berbuka “Tunggulah setengah jam lagi.” Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka. Sepatutnya perkara ni tak berlaku sebab mama-mama perlu mengambil kira keadaan bayi juga, bila gejala-gejala kekurangan gula berlaku timbul pula mudarat pada bayi.

TIPS BERPUASA UNTUK MAMA HAMIL KEKAL SIHAT

Mama-mama yang paksa diri untuk terus berpuasa tanpa fikirkan keadaan diri tu sebenarnya tengah bahayakan janin sendiri. Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhan baby. Kasihankan lah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tak bermakna kalau baby kita tak sihat.

Di sini Mama Siti nak kongsi tips-tips mudah bagi ibu mengandung untuk mengekalkan kesihatan yang baik semasa hamil dan berpuasa.

Kalau mama-mama puasa, tentu sekali tak boleh makan sekerap biasa tapi mama-mama masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, indigestion, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.

INI CARA YANG BAIK UNTUK MAMA HAMIL BERBUKA PUASA

Tiada pelan makanan khas yang perlu mama-mama ikut, tapi boleh cuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera

MAKANAN YANG BAIK UNTUK MAMA HAMIL KETIKA BERSAHUR

Apakah perlu makan sahur jika nak puasa semasa hamil?

Bersahur sangat penting kalau nak puasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur sebab ia dapat bekalkan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang diperlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga dapat kurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa berpuasa?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan selepas berbuka, berehat seketika kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.

Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tapi pastikan bangun dan makan masa sahur. Minum air yang cukup selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk elakkan terkena dehidrasi.

Kepada ibu mengandung yang difikirkan sihat dan boleh berpuasa oleh doktor, selamat berpuasa. Yang tak boleh tu, atau dalam erti kata lain berpuasa boleh memudaratkan, jangan degil nak puasa juga.

Sumber: Dr Muhammad Izzat

Baca Juga: JENIS-JENIS ALAHAN YANG SERING DIALAMI IBU MENGANDUNG

Pesan Mama Siti

Buat mama-mama semua, kalau orang judge kita sebab kita tak puasa. Pedulikan orang tu, yang penting kita dan baby sihat. Puasa kita boleh ganti tapi nyawa baby tak ada yang boleh ganti ya. Ingat, jaga diri dan baby!