KelabMama

Jenis dan Cara-cara Memilih Susu Ibu Mengandung Yang Disyorkan

Sebaik sahaja mengesahkan yang seorang wanita itu mengandung, menjadi fitrah untuk memberi yang terbaik untuk si bayi, termasuklah menjaga kesihatan dan pemakanan sihatnya. 

Susu adalah antara makanan yang lengkap dengan nutrien untuk memastikan kesihatan ibu mengandung dan bayi yang dikandungnya berada di tahap yang baik. Jadi, tidak hairanlah apabila kebanyakan doktor akan mengesyorkan ibu mengandung untuk mengambil susu setiap hari semasa hamil. 

Namun demikian, ibu semua kenalah berhati-hati agar tidak berlebihan dalam mengambil susu melebihi dari yang diperlukan kerani lemak di dalam susu boleh menyebabkan kenaikan berat badan berlebihan jika tidak dikawal. 

Susu boleh datang dari pelbagai sumber samada daripada haiwan atau tumbuhan. Pakar pemakanan bersetuju yang susu lembu adalah antara yang terbaik berbanding susu lain, namun, ibu hendaklah mengetahui apa yang terbaik untuk badan ibu sendiri kerana ia mungkin berbeza daripada orang lain.

Di ruangan kali ini, Mama Siti ingin berkongsi sedikit ilmu tentang jenis-jenis susu yang boleh para ibu ambil sepanjang kehamilan. 

Jenis-jenis Susu Ibu Mengandung Yang Boleh Diambil

1. Susu Lembu

Kredit Wikipedia

Kebanyakan pakar pemakanan akan mencadangkan susu lembu sebagai pilihan utama ibu yang mengandung. Susu lembu dilengkapi dengan nutrien yang diperlukan oleh ibu serta membantu perkembangan bayi yang dikandung.

Kalsium dan Vitamin D di dalam susu lembu diperlukan untuk membantu membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Susu lembu juga kaya dengan zat protein yang membantu perkembangan sel badan bayi. 

2. Susu Soya

Kredit MedicineNet

Bagi mereka yang alah pada laktosa di dalam susu lembu, atau pun vegetarian / vegan, susu soya boleh dijadikan susu alternatif kepada susu lembu.

Penghasilan susu daripada soya diperkukuhkan lagi dengan kandungan kalsium yang setara dengan susu lembu. Namun, badan anda mungkin tidak akan mendapat kalsium yang sama dengan apa yang dibekalkan di dalam susu lembu kerana soya itu sendiri secara alaminya akan menyerap sedikit kalsium yang ada.  

3. Susu Badam

Susu badam juga boleh dijadikan alternatif selain daripada susu soya. Walaupun ia mengandungi kurang nutrien asli dan lebih rendah kandungan lemak berbanding susu lembu, susu daripada kacang badam ini kaya dengan Vitamin E yang bertindak sebagai agen antioksida serta lemak asid omega-3 yang membantu untuk melegakan aliran darah dan mengekalkan kesihatan jantung.

4. Susu Kambing

Kredit Newsbyte

Secara umumnya, susu kambing lebih mudah untuk dihadam berbanding dengan susu lembu. Ini menjadi sebab utama ada ibu-ibu yang lebih gemar memilih untuk mengambil susu kambing. Ia dapat membantu meningkatkan sistem penghadaman.

Susu kambing juga mempunya khasiat kalsium yang dapat menggantikan kalsium yang hilang di dalam badan semasa proses kehamilan.   

5. Susu Oat

Kredit Allrecipes

Ada juga para ibu yang alah pada produk tenusu, soya dan kekacang. Untuk mereka yang tergolong di dalam kategori ini, alternatif pilihan untuk mengambil suplemen susu semasa mengandung ialah susu daripada oat.

Susu oat mengandungi kurang protein berbanding susu lembu, tetapi ia mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi untuk memberi tenaga untuk para ibu mengandung. Susu oat juga mempunyai khasiat zat besi, vitamin B dan zat mineral yang lain yang baik untuk badan. 

Cara-cara Memilih Susu yang Terbaik untuk Ibu Mengandung

Walaupun susu antara sumber diet yang digalakkan pengambilannya, ibu-ibu haruslah mengetahui bagaimanakan cara-cara yang perlu ibu-ibu ambil kira apa yang terbaik buat ibu dan bayi yang dikandung. 

Sebelum membuat keputusan untuk memilih jenis susu yang bersesuaian untuk ibu dan bayi yang dikandung,  pastikan perkara-perkara berikut dijadikan panduan dalam membuat pilihan:

#1 Fokuskan pada jumlah kalori yang diambil.

Pastikan ibu mendapat jumlah kalori yang mencukupi dan tidak berlebihan ataupun berkurangan. Jika anda seorang yang tidak gemar minum susu, cuba alternatif dengan mengambil susu dalam pemakanan harian seperti bijirin sarapan. 

Ambillah susu skimmed milk atau yang rendah lemak untuk mengurangkan pengambilan susu yang mempunya lemak tepu berlebihan. 

#2 Susu tanpa gula

Jika ibu memilih untuk mengambil susu yang berasal dari tumbuhan, pilihlah yang tanpa kandungan gula. Kebanyakan susu daripada tumbuhan mengandungi gula tambahan kerana ia tidak mengandungi gula semulajadi (laktosa) seperti susu daripada haiwan. Gula laktosa di dalam susu haiwan adalah gula semulajadi dan tidak berperisa. 

#3 Teliti kandungan tambahan atau fortified

Susu yang diperkukuhkan dengan kalsium selalunya mengandungi trikalsium fosfat atau kalsium karbonat di dalam label senarai kandungan. Ada juga susu yang diperkukuhkan dengan vitamin A dan vitamin D tambahan.

Proses ini disebut fortified. Susu asli tanpa pengukuhan zat tambahan terutamanya susu daripada tumbuhan mengandungi 40% kekurang zat berbanding susu lembu atau susu kambing.  

#4 Pilih yang tinggi kalsium dan vitamin D

Ibu yang mengandung sangat memerlukan kandungan kalsium dan vitamin D yang tinggi untuk badan. Pilihlah susu yang mengandungi kandungan kalsium dan vitamin D yang tinggi yang ada di pasaran.

Bandingkan pilihan-pilihan susu yang ada dan buatlah keputusan yang bijak untuk kesihatan badan ibu dan anak yang dikandung.

#5 Alternatif selain susu

Jika para ibu memang daripada kalangan yang memang tidak boleh ‘bertoleransi’ dengan susu atau alternatifnya, tambahkan di dalam diet dengan memakan ikan-ikan yang rendah kandungan merkurinya seperi ikan sardin dan salmo.

Daging, telur dan sayur-sayuran yang berdaun hijau pekat juga boleh dijadikan alternatif. 

5 Senarai susu yang baik untuk ibu mengandung

Jika ibu-ibu masih mencari-cari susu yang sesuai untuk ibu gunakan, berikut antara senarai berserta dengan link yang Mama Siti cadangkan untuk ibu-ibu mencuba:

1. Susu Enfamama A+ 

Enfamama A+ adalah susu yang sesuai untuk ibu mengandung dan juga menyusu badan. Ibu boleh memilih antara perisa biasa (vanila) atau cokelat mengikut selera ibu. Susu Enfama A+ ini diformulasikan dengan tambahan DHA & Choline yang memang diperlukan oleh ibu semasa mengandung dan menyusu badan. Dapatkan sample percuma untuk ibu cuba susu Enfama A+ ini di link berikut: sampel percuma Enfamama A+ 

2. Susu Anmum Materna  

Susu Anmum Materna ini antara susu yang rendah lemak dan mengandungi DR10 dan Inulin yang baik untuk sistem pencernaan dan penghadaman ibu mengandung. Sistem pencernaan yang baik penting bagi memastikan badan ibu dapat menyerap nutrien-nutrien yang diperlukan untuk ibu mengandung. 

3. Susu Kambing Wildan

Molekul lemak susu kambing lebih halus dan lebih mudah untuk dihadam berbanding susu lembu. Susu kambing Wildan ini adalah antara susu kambing yang mendapat pengiktarafan antarabangsa dan selamat untuk dimakan oleh ibu yang sedang hamil.  Susu ini lebih beralkali berbanding susu lembu yang kebanyakkannya berasid.  

4. Susu Soya Evermom

Bagi ibu-ibu hamil yang mempunyai alahan pada laktosa susu, alternatif yang boleh diambil ialah dengan mengambil susu soya. Susu Soya Evermom ini adalah susu soya premium yang berkualiti tinggi dan baik untuk ibu. Selain dari kandungan asli soya, ia juga mengandungi serbuk saffron, ekstrak kurma dan habbatussauda yang baik untuk kesihatan badan. Ia juga membantu menambahkan susu badan bagi menyiapkan badan ibu hamil untuk menyusu apabila tiba masanya. 

5. Susu Promama

Susu Promama dengan formulasi baru ini diperkaya dengan pelbagai nutrisi seperti DHA, Choline, Kalsium, Vitamin D dan Zat Besi. Ia tidak mempunyai tambahan gula Sukrosa dan kandungan lemak 84%  lebih rendah berbanding susu biasa. 

Dapatkan nasihat dari pakar pemakanan ibu tentang pengambilan susu untuk ibu bagi memastikan pengalaman mengandung ibu-ibu menjadi suatu yang sangat ibu hargai sampai bila-bila. Mama Siti doakan agar ibu dan bayi yang dikandung sentiasa sihat dan cergas seadanya.