KelabMama

Pemakanan Optimum untuk Bayi Baru Lahir: Susu Ibu vs. Susu Formula

Minuman susu telah diumpamakan sebagai menu wajib untuk pemakanan bayi baru lahir. Sebaik berada di dunia ini, susu merupakan sumber pertama si kecil sebelum memulakan pemakanan pejal pada usia enam bulan.

Tak kiralah sama ada susu ibu atau susu formula, hanya dua jenis ini je harus menjadi minuman awal bayi semasa tahun pertama kehidupan mereka.

Susu lembu dan alternatif lain tidak boleh diberikan sehinggalah si manja berusia satu tahun yerr Mama!

Agaknya, Mama tertanya-tanya tak mengapa susu perlu menjadi sumber utama untuk seorang bayi? Bagaimana dengan kes ibu yang memberikan anak sumber minuman selain daripada susu?

Okey, untuk memahami lebih lanjut, Ketua Bahagian Dietetik dan Perkhidmatan Makanan, Pusat Perubatan Bukit Tinggi (BTMC), Ms Huda Aiman ​​Mohamad Shahir yang ditemu bual KelabMama sebelum ini menjelaskan, saiz perut bayi agak kecil semasa awal kelahiran menyebabkan pemberian minuman yang tidak mengandungi banyak nutrisi dilarang sama sekali.

Ia termasuklah air kosong kerana dalam secawan air tidak mempunyai khasiat cukup yang diperlukan seorang bayi.

Ujar beliau, saiz perut si manja hanya menampung satu hingga dua sudu teh minuman atau bersamaan lima ke 10 mililiter (ml). Ini sekaligus menyebabkan perut bayi cepat kosong.

Itulah sebabnya bayi Mama memerlukan banyak penyusuan dalam tempoh 24 jam (minum sedikit tapi kerap). Jadi, sumber terbaik yang diperlukan seorang bayi untuk membesar dengan sihat adalah melalui pemberian minuman susu yang pastinya kaya dengan nutrien.

Bagi kes bayi yang diberikan air kosong, risiko terhadap masalah tumbesarannya boleh berlaku berikutan sumber minuman yang tidak berzat menyebabkan ketiadaan vitamin, mineral, lemak dan kalori yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Manakala, minuman asing mempunyai potensi tinggi dalam menganggu sistem pencernaan si manja. Akibatnya bayi boleh terkena diarrhea, sembelit atau risiko keracunan makanan juga.

Aduhai, kesian, bukan! Justeru, untuk mengelakkan masalah kesihatan yang buruk, Mama cuma boleh bekalkan susu ibu atau susu formula bayi jerr pada usia kosong hingga enam bulan.

#Khasiat Susu Ibu

Jika ditanya apakah menu terbaik untuk si manja yang baru lahir? Pasti jawapan tanpa ragu adalah susu ibu. Ya Mama, susu ibu sememangnya terbukti makanan terbaik di dunia untuk bayi anda.

Kajian juga mendapati tiada mana-mana susu di pasaran mampu menandingi khasiat susu ibu.

Antara khasiat terbaik dalam susu ibu yang harus Mama jadikan ia sebagai makanan pertama bayi:

1. Mudah dihadam

Penghadaman yang baik sangat penting untuk bayi baru lahir. Kerana diperingkat awal, Mama akan lihat bayi mudah berhadapan gangguan untuk buang air besar.

Walhal pembuangan najis ketika baru lahir perlu sentiasa kerap (namun pastikan bukan cirit-birit).

Tapi tahukah Mama, dengan pemberian susu badan, jika bayi Mama tak poo poo dalam tempoh hampir seminggu pun takde masalah. Ini disebabkan kualiti susu yang hebat menyebabkan hampir tiada langsung risiko sampingan ke atas bayi.

Berbanding susu formula, Mama perlu pantau pembuangan air besar untuk setiap hari. Jika sampai tiga hari tak buang air, Mama perlu rujuk anak kepada doktor.

2. Always fresh!

Tak perlu risau dengan tahap kebersihan susu badan kerana ia sentiasa segar dari tubuh. Mama tak perlu gunakan air panas atau air suam untuk bancuh susu, nak sterile peralatan botol, semua ni tak perlu.

Bila bayi merengek, hanya susukan mereka di pangkuan Mama. Ada sebahagian tips mengatakan perlu cuci nipple Mama terlebih dahulu.

Namun doktor mengatakan itu tak perlu kerana jika terus diminum kemudian diulang untuk tempoh dua ke tiga jam nanti pun takde masalah. Ia sememangnya selamat untuk terus diminum.

Malah, pemberian susu badan secara direct dapat mengelakkan risiko bayi terkena pencemaran yang berada di sekeliling kita.

3. Khasiat yang baik mengikut kesesuaian usia bayi

Ni antara yang paling best bila beri susu badan. Mama tak payah nak tukar-tukar jenis susu mengikut kesesuaian usia bayi.

Berbanding susu formula, Mama kena alert tahap umur bagi setiap jenisnya. Satu tin susu biasanya khas untuk usia 0-6 bulan, 6-12 bulan, 1-3 tahun dan 4-6 tahun.

Dan bukan mudah nak tukar susu. Meskipun beli daripada jenama yang sama, namun bila terpaksa tukar tahap usia, ada jek kes susu tadi tak sesuai pula. Kena cuba brand lain.

Sebab tu kalau susu badan, Mama tak payah risau. Feeding jerr tanpa perlu tukar pola makanan dek kerana nak ikut kesesuaian usia bayi. Tak perlu pun Mama.

Susu ibu akan membekalkan nutrisi tersendiri beradasarkan usia anak yang minum tu. Contohnya Mama feeding anak berusia setahun lapan bulan, dan at the same time, Mama juga baru lepas bersalin anak kedua.

Tiada masalah untuk Mama susukan mereka.

Yang menakjubkan adalah nutrisi diserap oleh dua anak tadi juga berbeza mengikut kesesuaian tubuh masing-masing.

Means abang dapat khasiat diperlukan untuk usianya hampir dua tahun dan adik pun sama boleh menerima lebih banyak khasiat untuk tumbesaran seorang bayi meskipun kedua-dua mereka minum daripada susu yang sama. Ha, hebat bukan susu ibu?

4. Dijamin selamat

Bila beri anak formula, salah satu perkara penting Mama harus pantau adalah kesesuaian susu pada si kecil. Jika salah pilih boleh allergy, sembelit dan pelbagai lagi masalah kesihatan.

Namun, berbanding susu ibu, tiada keterbatasan untuk bayi minum. Terus jek bagi confirm sesuai dan selamat untuk mereka. Tak perlu Mama susah-susah nak cari sample susu, atau kadang-kala dah beli tapi tak serasi. Dah rugi.

5. Membantu kesihatan ibu

Di peringkat awal kelahiran, kecutan rahim ibu sangat penting bagi memastikan perjalan darah lancar, saiz tubuh kembali normal dan pelbagai lagi. Semua ini boleh dibantu dengan kaedah breastfeeding tau Mama.

Walaupun susu badan yang dipump sekalipun, namun dengan menghasilkan susu badan keluar daripada tubuh membantu membakar banyak kalori, mengecutkan rahim ibu yang lepas bersalin dan memberikan kesihatan untuk si ibu.

6. Bonding antara ibu dan anak

Ini pasti tak akan dapat disangkal. Walaupun memberikan susu badan adalah sangat meletihkan seorang ibu, namun trust me that you will miss the moment so much!

Walaupun Mama mengeluh penat, menangis kesakitan, serabut emosi dan pelbagai lagi, namun saat perlunya wean off, Mama juga orang yang akan sedih sebab sedar si anak tidak lagi memerlukan sumber nutrisi daripada Mama.

#Pemilihan Susu Formula

Meskipun susu ibu diiktiraf terbaik, namun tidak semua Mama berpeluang menyusukan si kecil tanpa sebarang masalah.

Tidak dinafikan ada sesetengah ibu yang dinasihati untuk memberikan bayi susu formula akibat beberapa halangan seperti penyakit atau kekangan terpaksa berada jauh daripada anak untuk tempoh lama dan sebagainya.

Bertenang Mama, jangan rasa down kalau tak dapat berikan susu badan. Hakikatnya, susu formula juga mempunyai manfaat terhadap bayi Mama.

Cuma, Mama perlu sedar bahawa pemberian susu formula perlu dikaji dengan mendalam. Ini pasti membuatkan Mama runsing bagaimana kaedah terbaik memilih susu formula yang tepat, bukan?

Jom tengok bagaimana kaedah terbaik dalam pemilihan susu formula yang sesuai dikongsikan oleh laman web Hello Doktor.

1. Kenali jenis-jenis susu formula untuk bayi

2. Pilih susu sesuai mengikut usia bayi

Mungkin masih ramai lagi Mama dan Papa yang tidak tahu bahawa terdapat penggolongan susu formula berdasarkan kepada usia dan kondisi sistem pencernaan si comel anda.

Jadi, ikutilah penggolongan ini berpandukan kepada label susu formula untuk mencari sumber susu formula yang paling bagus terutamanya jika mereka masih berusia bawah enam bulan.

3. Baca label dengan teliti

Membaca label susu formula dengan sangat teliti. Mama dan Papa perlu tahu maksud sebenar prebiotik, probiotik, DHA, AA dan pelbagai lagi istilah yang lain bagi mengetahui apakah sebenarnya ia dan apakah manfaatnya terhadap si comel anda.

Pelajari ini sedikit sebanyak terlebih dahulu untuk mengetahui susu formula paling bagus untuk si manja.

4. Cuba pek tester

Ya, memang agak sukar untuk ibu bapa menentukan susu formula paling sesuai bagi si kecil dalam satu atau dua kali percubaan sahaja.

Ini kerana mungkin ada susu formula yang tidak sesuai dan akan menyebabkan masalah lain kepada bayi seperti cirit-birit atau sembelit.

Atau, rasanya sahaja mungkin tidak disukai oleh si comel. Jadi, cuba sampel yang mungkin sudah dipakai oleh ibu bapa lain terlebih dahulu atau cari di internet laman web oleh beberapa jenama susu.

Kebiasaannya, mereka memang sedia membekalkan pek sample untuk dicuba.

5. Jangan berpandukan kepada harga sahaja

Mama tak perlu melihat kepada harga susu formula tersebut sahaja kerana mahal tidak semestinya bagus dan murah tidak semestinya tidak bagus.

Sesetengah susu formula untuk bayi mungkin mahal kerana jenamanya sudah terkemuka sahaja. Jadi, dapatkan panduan daripada doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk memilih susu formula terbaik untuk anak anda!


Mama juga boleh mendapatkan lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, dengan menyertai Motherhood New Mom Privilege

Mama berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my.

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan info tentang perkembangan dan kesihatan bayi anda di SINI.