KelabMama

6 SNEK BERKHASIAT UNTUK IBU HAMIL

Ketika mengandung, ibu-ibu harus menjaga pemakanan harian. Diet yang seimbang yang penuh dengan nutrisi sangat membantu dalam mengekalkan kesihatan si ibu dan kandungan. Tapi, kita hanyalah manusia biasa. Ada masa, mulut ni rasa nak menguyah je. Rindu dekat snek-snek seperti rempeyek, kerepek dan keropok-keropok. Tapi, semua tu sangat tak sesuai untuk ibu yang mengandung. Cuba tukar pilihan dengan ambil snek-snek dibawah ini yang lebih berkhasiat dan mengenyangkan.

6 SNEK BERKHASIAT UNTUK  IBU HAMIL

  1. Buah Tin

Buah tin kaya dengan Vitamin B6 yang mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk ibu dan kandungan – asid folat, protein, serat, kalsium dan mineral. Pengambilan buah tin dapat membantu Mama yang sering mengalami ‘morning sickness’. Amalkan setiap pagi dan inshaallah, kurang rasa nak mual dan muntah-muntah.

2. Kacang Pistachio

Walaupun kacang ini mahal, tapi kacang ‘cerdik’ ini kaya dengan pelbagai nutrisi. Kacang ini sangat bagus untuk diamalkan sejak awal kehamilan lagi. Jika Mama mengamalkan kacang ini sebagai snek harian, ia dapat membantu dalam tumbesaran janin yang sihat dan membantu anak menjadi lebih cerdas dan bijak.

3. Kurma

Selain merupakan makanan Sunnah, kurma yang kaya dengan glukosa semula jadi, sangat baik untuk tubuh badan kita. Selain dapat memberikan tenaga kepada ibu mengandung, kurma juga bagus dalam perkembangan sel-sel otak anak kita. Malah, pengambilan kurma yang bersesuaian dapat membantu mengurangkan sakit kontraksi semasa bersalin nanti!

4. Kismis

Kebaikan dan khasiat buah kismis memang tidak dapat dinafikan lagi. Kalsium yang terdapat dalam kismis dapat membantu pembentukan tulang bayi dan juga menambahkan kesihatan kepada mata bayi kita.

5. Buah Aprikot

Buah aprikot yang rasanya masam manis dapat membantu dalam menghilangkan rasa pahit mulut ibu mengandung. Selain itu, aprikot sangat kaya dengan zat besi, vitamin A, C, E, dan kalsium dapat memberi nutrisi yang terbaik pada ibu mengandung. Buah aprikot juga dapat mencegah anemia tau!

6. Kacang Gajus

Kacang kegemaran semua orang ini sangat kaya dengan ‘Polyunsaturated Fat’ dan omega 3 yang penting untuk pembentukan otak bayi kita. Ia juga merupakan sumber asid folic yang terbaik untuk bayi, selain membantu dalam membersihkan usus ibu yang mengandung.

Ibu mengandung pun boleh makan snek tau. Tapi, snek yang berkhasiat macam di atas ni je tau Mama!