KelabMama

Rupa-rupanya Ini Cara SmartMama Sediakan Makanan Semasa Ramadan & Persekolahan Anak-anak

wanita menghidangkan makanan semasa Ramadan

Mama Siti masih ingat bagaimana kelam-kabutnya Mama Siti dan mak-mak lain tahun lalu apabila hari pertama sekolah jatuh pada hari yang sama dengan hari pertama Ramadan bagi umat Islam. 

Kebanyakan rakan-rakan ibu yang Mama Siti kenal, semua beritahu mereka pening fikirkan makanan untuk disediakan semasa sahur dan berbuka, disamping menyediakan barang keperluan anak-anak. 

Itu tak termasuk menu waktu siang untuk anak kecil yang masih belum berpuasa. Rungsing dibuatnya! Tahun ni pun lebih kurang, cumanya beza sehari je nak dibandingkan dengan tahun lepas. 

Berdasarkan pengalaman lalu, Mama Siti telah dikongsikan satu tip yang sangat membantu dan menjadikan kita SmartMama sehingga ke hari ini – dan pastinya berguna buat Mama semua terutamanya sepanjang Ramadan nanti. 

Dan ia adalah dengan stock up produk Ayam Brand

di dapur Mama! Mama pasti pernah dengar jenama Ayam Brand ini bukan? Tipu kalau tak pernah! 
Kredit gambar: Facebook @Ayam Brand Malaysia

Mudah dan Sesuai Disediakan Semasa Sahur, Berbuka Puasa, dan Bila-bila Masa 

Disebabkan rangkaian produk Ayam Brand ni banyak, ia sangat sesuai untuk disediakan semasa sahur, sarapan pagi, dan juga berbuka. 

Sebagai contoh, bagi yang biasa sarapan pagi ala Inggeris, Mama boleh sediakan Kacang Panggang Dalam Sos Tomato bersama roti, sosej, tomato, dan scrambled eggs walaupun pada waktu sahur. 

Kacang Panggang Dalam Sos Tomato kaya dengan serat dan makanan rendah lemak. Sos tomato yang digunakan pula mengandungi likopena, antioksidan terkuat yang membantu sel menangani penuaan & mengurangkan tekanan darah.

Kredit gambar: Facebook @Ayam Brand Malaysia

Jadi, ia sesuai dijadikan hidangan semasa sahur mahupun sebagai bekal sarapan pagi untuk anak kecil yang tidak berpuasa. Sangat mudah untuk disediakan dan berkhasiat! 

“Eh, tak boleh. Kena sahur nasi juga!” 

Psst: Samalah kita. Mama Siti pun kalau tak sahur nasi bersama lauk kegemaran, rasa tak lengkap. 

Bagi ‘perut’ yang lebih menggemarkan makanan berat semasa sahur, Mama juga boleh sediakan menu lauk dengan menggunakan Pes Masakan Ayam Brand BAHARU!

Kredit gambar: Facebook @Ayam Brand Malaysia

Banyak tau lauk yang Mama boleh sediakan dengan Pes Masakan Ayam Brand BAHARU ini seperti Pes Kurma, Pes Kari Ikan, Pes Masak Merah, dan Pes Masak Lemak Cili Padi. Selain itu, Ayam Brand juga ada Pes Rendang, Pes Sambal Tumis, Pes Kari Ayam dan Pes Asam Pedas.

Dengan adanya Pes Masakan Ayam Brand ini di rumah, Mama hanya perlu sediakan sedikit bahan-bahan asas untuk menumis (atau mengikut citarasa Mama), kemudian hanya buka plastik pes masakan, tuang, kacau-kacau sikit, dan hidangkan!

Sama juga untuk berbuka puasa. Buat mak-mak yang sibuk dengan kerja dan urusan harian, Mama hanya perlu sediakan stok pes masakan ini di rumah. Waktu memasak pun dapat dikurangkan dan Mama boleh fokus kepada ibadah seterusnya sepanjang Ramadan. 

Senang cakap, banyak step memasak Mama boleh skip dengan adanya Pes Masakan Ayam Brand BAHARU ini. 

Kenapa Pilih Ayam Brand?

Ayam Brand telah menghasilkan pelbagai rangkaian produk yang menepati citarasa rakyat Malaysia – dari sarapan pagi bersama Kacang Panggang, tuna dan sardin dalam tin, sehinggalah Pes Masakan Ayam Brand – yang memudahkan mak-mak di Malaysia. Produk Santan Ayam Brand juga sesuai untuk setiap hidangan keluarga, kerana ia tidak terlalu memekatkan dan tidak terlalu cair.

Ini secara tidak langsung menjadikan kami seorang SmartMama yang mampu mengemudi urusan rumah tangga dengan lebih cekap dan tangkas; terutamanya dari segi penyediaan makanan.

Setiap produk yang digunakan hanya dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti dan disediakan secara semula jadi. Tak ada bahan pengawet, tanpa tambahan MSG, dan tanpa lemak trans tambahan. Jadi, Mama tak perlu risau untuk hidangkan produk  Ayam Brand buat seisi keluarga. 

Yang penting, Mama juga boleh melatih diri untuk mengurangkan pembaziran kerana setiap produk Ayam Brand telah dipek mudah tanpa perlunya bahan tambahan. Ayam Brand percaya bahawa keseluruhan sesuatu produk harus digunakan sebaik mungkin untuk mengehadkan sisa untuk dibuang.

Membazir tu kan amalan syaitan! Maka, gunakan peluang ini untuk menjadi seorang SmartMama dan bertekad untuk membasmi pembaziran bermula Ramadan dan istiqamah untuk bulan-bulan seterusnya.