KelabMama

Sedapnya Ikan Kembung! Resepi Ikan Bakar Serai Menggunakan Air Fryer

Haaa, tiba masanya untuk penggemar ikan bakar hadir untuk resepi ini! Kali ini, Mama Siti akan kongsikan resepi ikan bakar serai menggunakan Air Fryer sahaja. Resepi ini akan menggunakan ikan kembung. Tetapi menjadi tiada masalah kalau Mama nak gunakan ikan selar. Guna ikan apa-apa pun boleh! Rasa pun lebih kurang je, asalkan sambal tu sedap.

Sebelum itu, mari kita lihat apa dia khasiat ikan kembung dan kenapa ikan bakar ni mudah sahaja untuk dimasak dengan menggunakan Air Fryer?

Khasiat Ikan Kembung

Kredit gambar: Wikipedia

Ikan merupakan sumber protein yang terjangkau dan ada banyak jenisnya, salah satunya ikan kembung. Selain dagingnya yang lembut, ikan kembung juga kaya dengan pelbagai nutrisi untuk badan, seperti:

Sekarang Mama pun dah tahu apa vitamin dan mineral dalam ikan kembung kan? Mari kita lihat pula apa manfaat Mama akan dapat kalau makan ikan kembung ni?

Namun, kalau Mama menggoreng ikan ini, ia akan meningkatkan kandungan lemak dan mungkin juga menghilangkan asid amino yang terkandung di dalamnya.

Tahap asid amino yang betul adalah penting untuk perkembangan dan kekuatan otot.

Kredit gambar: Cookpad

Peringatan buat Mama supaya berhati-hati semasa memilih ikan. Kalau boleh, pilihlah ikan yang segar, yang tidak berbau, dan rasanya tidak lembik ataupun berair. Ikan yang fresh dapat menaikkan selera kita! Justeru, lagi sedap untuk kita dan ahli keluarga kita makan!

Terdapat juga sambal dalam resepi ini. Sambal adalah bahan yang penting untuk menyedapkan ikan bakar kita. Letak sedikit belacan, confirm sedap!

Tunggu apa lagi Mama, mari kita keluarkan ikan, dan bahan-bahan lain dan mula memasak!

Untuk mencuba resepi lain boleh lihat di sini.

Resepi Ikan Bakar Serai Menggunakan Air Fryer

Bahan Memasak

Terdapat dua bahan yang penting, Mama Siti sudah bahagikan dua ini supaya Mama tak pening nanti!

Bahan-Bahan A

Bahan-Bahan B (Sambal)

Cara Memasak

  1. Pertama sekali, kisar semua bahan A kecuali ikan dan minyak zaitun. Kemudian, gaul sebati.
  2. Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  3. Selepas itu, sapukan atau ratakan bahan kisar pada ikan dan masukkan ke dalam Air Fryer.
  4. Sapukan minyak zaitun dan masak selama 15 minit.
  5. Kemudian, terbalikkan ikan dan masakkan lagi 10 minit. Keluarkan.
  6. Masukkan semua bahan B kecuali gula, garam dan jus limau ke dalam Air Fryer. Selepas itu, masak selama 10 minit dan keluarkan.
  7. Kisarkan bahan B dan gaul sebati.
  8. Akhir sekali, hidangan sambal bersama ikan bakar.

Selamat mencuba!