KelabMama

Tak Tahan Sakit Pinggang, Mama Hamil Boleh Cuba 3 Teknik Regangan Ini

“Aduh! Sakitnya pinggang waktu mengandung ni! Apa yang boleh tolong kurangkan sakit ini eh?”

Mama Siti faham sangat, angkat barang runcit pun dah letih, apatah lagi memikul seorang lagi manusia yang melekat dalam badan kita. Jom kita tengok dulu kenapa kita boleh sakit pinggang berpanjangan ketika hamil tak kira usia!

Sebab Sakit Pinggang Ketika Hamil

Macam-macam faktor yang menyebabkan sakit pinggang ini berlaku ketika hamil. Antaranya adalah perubahan hormon. Menurut Chirozone Family Chiropractic, DC Joo Yi Ong, hormon relaxin sebenarnya membantu mengendurkan otot dan ligamen untuk membolehkan ia mengembang semasa bersalin, sebab itulah ia boleh menyebabkan sakit belakang.

3 Teknik Regangan Untuk Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

1. Guna Bola Senaman

Regangan pertama yang boleh lakukan adalaha dapatkan bola senaman dan lakukan putaran pelvis. Mama boleh lakukan sama ada melawan arah jam atau mengikut jam, untuk 20 kali setiap satu set.

Tetapi dengan melakukan ini, pastikan bahagian atas badan Mama harus tegak dan tidak condong ke hadapan atau jangan goyang pinggul Mama terlalu banyak ke tepi. Hanya pastikan tulang belakang tegak dan kemudian lakukan pergerakan yang lembut sahaja.

2. Gaya Kanak-kanak

Regangan kedua yang boleh Mama lakukan ialah regangan gaya kanak-kanak. Mula-mula, bagi ruang untuk perut Mama, buka kaki Mama sedikit lebar dan perlahan-lahan regangkan ke hadapan dengan cara ini.

Mama patut rasakan regangan lembut di bahagian bawah belakang Mama, tahan selama kira-kira 20 saat, dan Mama boleh melakukannya 3 hingga 5 kali.

3. Gaya Kucing Dan Unta

Regangan ketiga ialah regangan gaya kucing dan unta. Mula dengan berdiri merangkak dan perlahan-lahan angkat bahagian atas belakang Mama dengan cara ini. Mama akan merasakan regangan lembut pada tulang belakang Mam dan hembuskan nafas. Turunkan punggung bawah. Dengan ini, Mama rasakan regangan di seluruh tulang belakang juga.

Awas Mama! Jangan lengkungkan punggung bawah Mama terlalu banyak dengan melakukan ini kerana ia akan mencederakan belakang Mama.

Jadi, pastikan ia hanya pergerakan yang lembut dan Mama boleh melakukannya kira-kira 20 kali setiap hari. Jadi, jika Mama mengalami sakit belakang, pastikan Mama mencuba senaman ini untuk membantu melegakan sakit belakang!

Mudah sahajakan aktiviti regangan ini? Bila Mama sakit pinggang cubalah! Selamat beregang~


Dapatkan lebih banyak tips untuk kesihatan Mama di SINI!