KelabMama

Tak Suka Taugeh? Cuba Resipi Ni, Confirm Terus Jatuh Hati!

resipi taugeh

Ramai yang tak berapa gemar makan taugeh sebab rasa atau teksturnya yang agak berbeza. Ada yang kata berbau, ada juga yang kata rasa taugeh yang pelik.

Tapi sebenarnya, taugeh ni kaya dengan khasiat seperti tinggi vitamin, rendah kalori, dan bagus untuk kesihatan dalaman. Kalau pandai masak dengan cara yang betul, taugeh boleh jadi menu simple tapi sedap sampai boleh buat orang yang tak suka pun jatuh hati.

Resipi Masak Taugeh untuk Mama Cuba

1. Taugeh Masak Lemak Putih Bersama Tauhu

Bahan-bahan

Cara Penyedian:

  1. Mula-mula, tumbuk kasar bawang merah bersama ikan bilis.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk. Tambahkan secawan air dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan cili merah dan tambahkan lagi sedikit air.
  4. Kacau rata, kemudian masukkan santan. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak sehingga kembali mendidih.
  5. Seterusnya, masukkan garam dan perasa secukupnya. Kacau lagi hingga sebati.
  6. Kemudian masukkan tauhu, biarkan mendidih seketika sebelum menambah taugeh.
  7. Masak sebentar saja, kemudian boleh matikan api. Siap untuk dihidangkan.

Resipi: RempahSekawan

2. Kerabu Taugeh Daun Selom

Kredit Gambar: YouTube Secukup Rasa

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula, celur taugeh sekejap, kemudian angkat dan masukkan ke dalam air sejuk supaya kekal rangup.
  2. Selepas itu, rebus kerang hingga masak. Ketepikan.
  3. Seterusnya, sangai beras sehingga keperangan, kemudian tumbuk halus. Tumbuk juga cili merah bersama udang kering secara berasingan.
  4. Satukan semua bahan dalam mangkuk besar, masukkan daun selom, taugeh, bawang merah, isi kerang, bahan tumbuk, kerisik, santan, garam, gula dan perahan limau.
  5. Akhir sekali, gaul rata hingga sebati. Siap untuk dihidangkan.

Resipi: KakYan

Haa, senang kan? Kadang-kadang kita rasa tak suka sesuatu bahan, tapi bila kena gaya resipi, terus berubah jadi kegemaran. Lepas ni, jangan cepat-cepat tolak taugeh ya. Mana tahu, resipi ni boleh jadi menu wajib dalam masakan harian Mama.

Selamat mencuba Mama!


Mama tengah fikir menu apa untuk masak malam nanti? Jom tengok resipi-resipi di SINI.