KelabMama

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Tak Meletup, Senang Je Nak Buat!

resepi sotong goreng tepung

Kredit gambar: story.motherhood.com.my

Sedapnya sotong goreng tepung! Selalu makan di gerai di tepian pantai kan? Kalau di sepanjang pantai di Terengganu dan Kelantan, memang popular lah dengan sotong goreng tepung atau sotong celup tepung ni.

Terfikir juga kan, macam mana mereka buat, sotong boleh tersalut dengan elok tepungnya. Tak mudah tanggal. Tak meletup-letup pula nampak mereka goreng.

Kali ini, Mama Siti nak kongsikan cara dan tips untuk buat sotong goreng tepung yang tak mudah meletup dan sedap daripada perkongsian Rafiza Idayu ini.

Jom cuba!

Resepi Sotong Goreng Tepung

Kredit gambar: sedapfood.com/resepi-sedap-dan-mudah-sotong-goreng-tepung-rangup/

Resepi oleh: The Vocket

Bahan-bahan

Cara Memasak

1. Tapis sotong yang telah dibersihkan di dalam penapis dan masukkan seulas bawang putih cincang.

Kredit gambar: www.thevocket.com

2. Tambahkan cuka untuk keluarkan air sotong yang berlebihan, serbuk lada putih dan garam. Gaulkan rata dan biarkan selama beberapa minit.

Kredit gambar: www.thevocket.com
Kredit gambar: www.thevocket.com

3. Dalam mangkuk kecil, pukul telur dan campurkan tepung jagung dan tepung serbaguna dalam pinggan lebar.

Kredit gambar: www.thevocket.com

4. Kemudian, celupkan sotong tadi ke dalam telur yang telah dipukul dan terus salut dengan campuran tepung. Salut pada kesemua bahagian sotong ya.

Kredit gambar: www.thevocket.com
Kredit gambar: www.thevocket.com

5. Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas dan gorengkan sotong yang telah dicelup telur dan tepung ini.

Kredit gambar: www.thevocket.com

6. Bila warna sotong goreng tepung keperangan, balik-balikkan dan angkat, toskan minyaknya.

Kredit gambar: www.thevocket.com

7. Sedia untuk dihidang!

Tips Sotong Goreng Tepung

  1. Jika ada cuka buah-buahan seperti cuka epal, bolehlah guna ia berbanding cuka makan biasa. Itu adalah pilihaan yang lebih sihat untuk Mama sekeluarga.
  2. Pukul telur asalkan sebati je ya antara kuning dan putih telur. Kita tak nak telur jadi ringan dan kurang melekat pada sotong nanti.
  3. Pastikan sotong dicelup ke dalam telur dan disaluti dengan tepung sepenuhnya. Ini yang akan mengelakkan sotong daripada meletup apabila digoreng nanti.
  4. Jangan goreng lama-lama ya. Liat nanti!

Buat lauk untuk dimakan bersama nasi ataupun snek untuk minum petang, memang syok mengunyah sotong goreng tepung ni. Dicicah pula dengan sos kegemaran, selamat mencuba Mama!

Jangan lupa juga untuk cuba resipi sambal sotong yang mudah ini.