KelabMama

Resepi Pati Kurma – Membekalkan Tenaga Dari Sahur Hingga Berbuka

respi pati kurma

Makanan yang pertama semasa kita berbuka sudah semestinya buah kurmakan. Dengan makan buah kurma juga boleh memberikan tenaga sepanjang seharian berpuasa.

Buah kurma ini bukan sahaja mempunyai banyak khasiat kepada kita, malah, ia merupakan salah satu makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Mama semua tahu tak selain daripada kita makan kurma begitu sahaja, kita juga boleh membuat pati kurma sendiri di rumah. Ini sama sahaja dengan air kurma yang Mama beli di kedai.

Kalau nak lagi sedap, Mama boleh tambah madu dan biarkan sahaja di dalam peti sejuk semalaman. Sahur nanti boleh la minum bersama keluarga tersayang.

Jom kita tengok macam mana Puan Nadiah Latfi buat air pati kurma ini:

Resepi Pati Kurma

Bahan-Bahan

Cara-Cara Membuat Pati Kurma

1. Buang biji kurma dan bersihkan.

Kredit gambar: HarianPost

2. Kukuskan selama 20 minit.

Kredit gambar: Facebook Nadiah Latif

3. Kisar sehingga kesemua kurma hancur.

Kredit gambar: HarianPost

4. Simpan dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk.

Kredit gambar: Facebook Nadiah Latif

5. Campurkan dua sudu pati kurma dengan susu dan kacau sehingga sebati. Susu tu tak kisah ya jenama apa pun.

Ini tambahan sahaja. Kalau Mama nak letak badam atau kismis pun boleh.

Dah pun siap untuk diminum air pati kurma Mama ni! Senang je kan nak buat resepi pati kurma ini?

Kredit gambar: IndoZone

Fakta Menarik Tentang Kurma

Mama juga boleh letakkan buah-buahan yang lain seperti berries, pisang, epal dan lain-lain. Lagipun kalau Mama terlambat bangun sahur, inilah resepi penyelamat buat Mama semua. 5 minit je dah siap!


Mama Papa mahu tahu tips makan bernutrisi lagi? Klik DI SINI.