KelabMama

Hari-Hari Makan Nasi Je? Jom Try Makan Mi Pulak! Resepi Mi Wantan Rasa ‘Authentic’

Mama mesti dah bosan kan masak nasi je hari-hari? Apa kata kita cuba buat mi wantan pulak? Mudah untuk sediakan, dan siapa tak suka mi kicap kan?

Mama boleh juga buat wantan sendiri ataupun beli frozen je. Tapi sedap jugak kalau buat sendiri, Mama boleh letak apa-apa filling yang Mama nak. Tapi resepi ini menggunakan grillled chicken. Memang mantop!

Resepi dikongsi oleh Puan Nurha sempena pertandingan memasak dianjurkan Motherhood.com.my haritu di #MamaMasakMamaMenang, pasti tidak akan mengecewakan.

Jom tengok resepi di bawah!

Resepi Mi Wantan Kicap

Kredit gambar: Facebook Nurha Muhammad

Cara Masak Mi Wantan

Minyak Bawang Putih

  1. Cincang halus 1 labu bawang putih.
  2. Masukkan 1 cawan minyak ke dalam kuali & terus masukkan bawang putih tadi. Tumis hingga keperangan & naik bau.
  3. Sejukkan & simpan dalam bekas kedap udara/botol kaca.

Ayam

  1. Ayam perap dengan perapan yang disukai. Guna bahagian chicken chop @ dada.
  2. Perap dengan cajun seasoning, sos tiram, madu & sedikit minyak. Perap selama 1-2 jam. Lepas tu boleh la grill atas non-stick pan atau pemanggang ajaib.

Sup Fishball

  1. Didihkan air.
  2. Masukkan 1 kiub ayam & white pepper.
  3. Masukkan fishball & fishcake.
  4. Masukkan sedikit minyak bijan & minyak bawang putih.

Kuah Kicap Mushroom

  1. Tumis sedikit minyak bawang putih.
  2. Masukkan shiitake kering yang dah direndam hingga lembut. Potong 2 jika besar & buang batangnya.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis, kicap masin, gula dan biarkan mendidih. Sukatan agak-agak.
  4. Bila dah pekat masukkan sup fishball ikut banyak mana kuah kicap kita nak.

Mi Wantan

  1. Lerai-leraikan mi wantan.
  2. Didihkan air. Masukkan sedikit minyak untuk elakkan mi melekat.
  3. Masukkan mi wantan sedikit demi sedikit. Jangan masuk sekaligus. Kacau & celur dalam 1-2minit.
  4. Angkat dan masukkan ke dalam besen berisi air sejuk.
  5. Ulang langkah 3 & 4 sehingga habis.
  6. Lepas tu tos mi kemudian masukkkan ke dalam kuah kicap. Kacau sebati. Sedia dihidang bersama kicap cili & sawi celur.

Kredit: Facebook Nurha Muhammad

Khasiat Mushroom Shiitake

Banyak khasiat tau cendawan ni, jom kita tengok senarai ni! Shiitake mempunyai vitamin dan mineral:

Cendawan ni memang banyak khasiat dan juga pelbagai menu boleh gabungkan dengan cendawan ni. Mama boleh cuba beberapa resepi shiitake ni untuk masak menu sihat seperti:

Wow! Siapa sangka terdapat banyak khasiat dan juga resepi lain yang menggunakan cendawan shiitake ni. Senang je kan Mama? Boleh la cuba masak untuk cik suami dan anak-anak lepas ni. Selamat mencuba~


Untuk dapatkan lebih banyak resepi untuk dicuba, boleh klik SINI.