KelabMama

Resepi Martabak Homemade Ala Bazar Ramadan

Resepi Martabak Homemade Ala Bazar Ramadan

Salah satu makanan yang Mama Papa beli kalau pergi bazar Ramadan mestilah martabak kan, rasa tak lengkap kalau tak makan martabak semasa bulan puasa ni.

Mama Siti dengar-dengar harga martabak pun dah makin mahal dari tahun lepas. Itu baru harga belum lagi kalau Mama Papa beli filling yang sikit atau kulit yang kurang masak.

Jadi, untuk elakkan Mama Papa kena scam, Mama Siti ada sediakan resepi martabak untuk Mama cuba buat dekat rumah, lepas ni tak perlu beli dah, nak makan je boleh order dengan Mama.

4 Resepi Martabak Mama Boleh Cuba

1. Martabak Daging

Kredit Gambar: YouTube Channel El Mundo Eats

Bahan untuk doh

Bahan untuk inti martabak

Bahan salutan inti

Cara penyedian doh:

  1. Mama masukkan tepung dalam besen
  2. Kemudian, masukkan marjerin satu sudu, Mama cubit-cubitkan marjerin pada tepung.
  3. Masukkan susu pekat pula, gaul rata.
  4. Akhir sekali, Mama masukkan air garam tadi.
  5. Bahan dah sebati, Mama uli sampai doh menjadi lembut dan tak melekat pada tangan Mama.
  6. Biarkan sekejap, anggaran 10 minit, selepas 10 minit Mama buat doh kecik-kecik dan perapkan dalam besen selama berapa jam.
  7. Mama wrap dan sapu marjerin.

Cara penyedian inti:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta bawang puting.
  2. Masukkan serbuk kari dan kacau sekejap.
  3. Mama tambahkan sedikit air dan kacau rata.
  4. Masukkan daging dan gaul sehingga sebati.
  5. Mama masukkan kentang , gaul dan biarkan sekejap sehingga air daging keluar.
  6. Perasakan dengan garam, gula, lada sulah dan lada hitam.
  7. Gaul sekajp dan Mama tutup api.

Cara penyedian salutan inti:

Cara penyedian martabak:

  1. Mama canaikan doh yang Mama perap tadi.
  2. Masukkan inti daging dalam telur yang Mama pecah kan tadi.
  3. Mama tuang atas doh sebanyak mana inti yang Mama nak.
  4. Mama lipat kemas, hati-hati jangan lipatan Mama terkoyak.
  5. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  6. Mama masak martabak dengan api yang perlahan.

Kredit resepi: Port Resepi

2. Martabak Ayam

Kredit Gambar: Kuali

Bahan untuk doh

Bahan untuk jeruk bawang

Bahan untuk inti

Bahan untuk salutan inti

Cara penyedian doh:

  1. Mama masukkan air dan garam, kacau sehingga garam larut.
  2. Masukkan minyak masak, susu pekat manis, kacau sebati.
  3. Kemudian, masukkan tepung dan marjerin.
  4. Mama uli sehingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
  5. Mama biarkan doh selama 30 minit.
  6. Bila doh dah menjadi, Mama bahagikan adunan menjadi lapan bahagian.
  7. Tuangkan sedikit minyak dalam mangkuk.
  8. Bentukkan doh yang Mama bahagi tadi menjadi bebola.
  9. Letakkan doh uli dalam mangkuk yang Mama isi minyak.
  10. Mama biarkan selama dua jam atau semalaman.

Cara penyedian untuk jeruk bawang:

  1. masukkan bawang besar, air cuka, garam dan gula.
  2. Mama gaulkan sehingga rata semua bahan.
  3. Titis kan pewarna merah.
  4. Kacau rata.

Cara penyedian inti:

  1. Panaskan minyak secukupnya.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, tumiskan sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan serbuk kari, Mama tumis rata selama dua minit.
  4. Masukkan ayam cincang, masakkan sehingga daging ayam masak sepenuhnya.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Ketepikan dan biarkan sejuk.

Cara penyedian salutan inti:

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk dan tambahkan inti ayam Mama masak tadi.
  2. Gaul sehingga rata.

Cara penyedian martabak:

  1. Mama canaikan doh sehingga menjadi bulat dan nipis.
  2. Tambahkan 3-4 sudu inti atas doh.
  3. Mama lipat mkemas-kemas martabak Mama.
  4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  5. Masukkan martabak Mama tadi, Mama masak sehingga bertukar coklat keemasan setiap bahagian.

Kredit resepi: Qasey Honey

3. Murtabak Mini Kulit Popia

Mama jangan risau kalau tak sempat nak buah doh, Mama boleh gunakan kulit popia jugak tau untuk buat murtabak ni.

Bahan untuk martabak

Bahan untuk jeruk bawang

Bahan untuk gam:

Cara penyediaan inti:

  1. Panaskan minyak sedikit, kemudian tumiskan bawang putih dan halia yang Mama tumbuk tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Kemudian, Mama masukkan daging kisar, kacau sehingga daging masak.
  3. Sementara Mama tunggu daging masak, Mama bancuhkan rempah briyani dengan serbuk cili untuk dijadikan base.
  4. Masukkan base rempah dalam kuali, kacau dan tunggu sedikit kering.
  5. Bila dah kering sedikit, Mama masukkan sos tomato dan bahan perasa (garam, gula dan penyedap rasa), kacau rata.
  6. Akhir sekali, Mama masukkan bawang besar dan masak sekejap sehingga bawang menjadi sedikit layu.

Cara penyedian salutan inti:

  1. Masukkan tiga biji telur, kacau rata.
  2. Kemudian, Mama masukkan kobis pula.
  3. Gaul rata.

Cara penyedian martabak:

  1. Mama letakkan inti murtabak dibahagian tengah (depends Mama nak letak satu sudu atau dua sudu).
  2. Di bahagian tepi popia Mama sapu gandum yang bancuh tadi supaya kulit popia tak terbukak bila Mama goreng nanti.
  3. Ulang langkah yang sama sebanyak mana Mama nak goreng.

Cara penyedian untuk jeruk bawang:

  1. Masukkan bawang dalam mangkuk besar.
  2. Tambahkan air panas dan cuka (depends pada rasa Mama tau).
  3. Letakkan sedikit sirap ros.
  4. Masukkan gula pasir dan garam. Mama rasa dulu, kalau perlu tambah Mama tambahkan lagi.

Cara goreng murtabak:

  1. Mama panaskan pan dengan sedikit minyak, gunakan api sederhana atau perlahan je.
  2. Mama sapukan air sedikit pada belakang kulit popia untuk elakkan popia Mama cepat hangus.
  3. Bila dah keperangan Mama terbalikkan, ulang step yang sama.
  4. Murtabak dah siap untuk dihidang.

Nota: Kalau Mama nak buat buat murtabak frozen, Mama boleh masukkan kobis dan telur terus tau.

Kredit resepi: Jasmin Channel

4. Murtabak Maggi Cheese

Kredit Gambar: Pinterest Peeja MN

Bahan-bahan

Cara penyediaan:

  1. Mama rebuskan mi selama 2 minit.
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan ayam cincang, goreng dan ketepikan.
  4. Masukkan minyak dan bawang besar, goreng sehingga bawang sehingga garing.
  5. Tambahkan cili besar, kacau dan ketepikan.
  6. Pecahkan telur dan perencah dalam mangkuk, Mama pukul sehingga rata.
  7. Masukkan bahan goreng tadi, lobak merah, daun ketumbar dan mi yang Mama telah rebuskan.
  8. Kacau semua bahan, sehingga rata supaya semua bahan bersalut dengan telur.
  9. Panaskan minyak, Mama masukkan separuh mi tadi dalam kuali.
  10. Mama leparkan sedikit supaya dapat masak sekata.
  11. Bila bahagian bawah kekuningan, Mama boleh terbalikkan.
  12. Kemudian, Mama letakkan cheese dan tutup dengan penutup sekejap sehingga cheese cair.
  13. Dah siap, Mama dah boleh hidangkan murtabak maggi cheese untuk family.

Resepi: Buat Orang Lapo

Bestkan kalau buat martabak sendiri ni, nak letak filling banyak-banyak pun boleh. Mama Siti rasa bahan pun yang sedia ada dekat dapur Mama je kan? Caranya pun senang juga untuk Mama buat.

Selamat mencuba Mama!


Mama nak resepi lala masak kam heong? Klik di SINI.