KelabMama

Resepi Popular Untuk Makan Tengah Hari! Resepi Kurma Ayam Pekat

Kredit gambar: Facebook Umie Watie

Kurma ayam dapat dinikmati bersama nasi briyani, nasi minyak dan juga nasi lauk yang kita selalu makan tengah hari tu. Mama pernah terfikir tak bila nak buat dekat rumah sahaja? Bila kita masak di rumah, kita boleh gunakan bahan-bahan yang fresh and letak sayur dan ayam sebanyak mana yang Mama nak!

Bukan itu sahaja, kita boleh adjust lauk ini mengikut citarasa kita juga. Makan dengan nasi tomato juga sedap tau, Mama! Mana lah tahu Mama tengah fikir menu-menu untuk dibuat pada hari raya nanti kan. Kurma ayam boleh jadi special dish Mama.

Che Nom pun ada buat resepi ini ya, Mama! Tips daripada Che Nom, letakkan santan sikit demi sedikit supaya tidak terlebih santan, ia akan jadi tidak sedap kalau terlalu berlemak. Sebagai penggemar masak kurma, kita mesti sukakan rasa rempahnya daripada santan. Boleh pakai 1 kotak kecil santan tu sahaja, itu pun sudah memadai.

Semoga tips dan cara memasak resepi kurma ayam ini bermanfaat buat Mama ataupun Papa yang sedang berjinak-jinak unutk memasak. Esok pun anak Mama confirm suruh masak lagi!

Ok, selamat mencuba~

Resepi Kurma Ayam Pekat

Kredit gambar: Facebook Umie Watie

Bahan-Bahan

Cara Memasak

  1. Tumiskan bahan tumisan yang dikisar sampai naik bau. Bila dah garing masukkan serbuk Kurma. Letakkan1 ½ paket kecil.
  2. Kisarkan semua bahan rahsia tadi. Masukkan dalam bahan tumisan yang dah pecah minyak tadi.
  3. Biarkan bahan tadi pecah minyak barulah masukkan ayam ½ ekor. Kacau-kacau semua bahan biar sebati dan mesra
  4. Bila semua bahan dah mesra, masukkan air.
  5. Masukkan juga pes asam jawa. Kita nak kuah kita masam-masam manja saja tau.
  6. Masukkan kentang. Masukkan lobak. Ikut suka ya nak masukkan boleh, tak nak pun takpe.
  7. Bila semua bahan dah empuk elok. Masukkan santan ¼ cawan.
  8. Masukkan cili hijau, bawang merah dan tomato.
  9. Perasakan dengan garam dan gula. Ikut selera lah ya. Kemudian, siap untuk dihidang.

Kredit: Facebook Umie Watie


Ayuh cuba resepi ayam percik Kelantan ni pula! Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain seperti yang dikongsikan DI SINI.