KelabMama

Resepi Kuih Bakul Yang Mama Boleh Cuba Sempena Chinese New Year

resepi kuih bakul halal

Sedapnya dapat makan kuih bakul ni. Teksturnya yang kenyal tambah pula dengan rasa manis tu. Tapi jarang-jarang je boleh makan kuih bakul ni sebab susah nak cari yang halal.

Kalau Mama ada kawan yang chinese muslim boleh lah makan tanpa ragu-ragu. Tapi kan sebenarnya Mama boleh buat sendiri tau kuih bakul yang halal.

Senang je nak buat, bahan-bahan pun tak banyak guna nak buat kuih bakul ni. Jom tengok resepi kuih bakul yang Mama Siti kongsikan ni.

Dua Jenis Resepi Kuih Bakul yang Halal

Resepi 1: Kuih Bakul Biasa

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Mama masukkan gula pasir, gula merah dengan air ke dalam periuk. Kacau sehinga semua larut dan biarkan sejuk.
  2. Sementara tu, Mama masukkan tepung pulut dalam mangkuk.
  3. Tuangkan larutan gula tadi dan santan ke dalam tepung pulut. Mama kacau sehingga semua sebati.
  4. masukkan adunan tepung pulut yang sebati tadi ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
  5. Mama alaskan tin dengan daun pisang, Mama kena pastikan daun pisang melebihi bahagian atas tin supaya senang untuk Mama mengikatnya di sekeliling tin (daun pisang dikelepetkan ke bawah).
  6. Didihkan air ke dalam periuk kukusan dan kecikkan api.
  7. Mama tuangkan adunan ke dalam tin yang telah dialas tadi. Mama kukuskan selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus tu air mendidih.
  8. Penutup kukus Mama perlu bungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kasa/pembalut aluminium supaya wap air tak menitik atas kuih.
  9. Bila dah cukup masa, Mama angkat kuih dan sejukkan. Kuih bakul Mama siap untuk dihidang.

Resepi: rasa

Resepi 2: Kuih Bakul Kapit keledek Goreng

Kredit Gambar: YouTube Channel Chef Dave

Bahan-bahan

Bahan untuk salutan tepung

Cara Penyediaan:

  1. Mama satukan tepung gandum, tepung beras, garam dan serbuk kunyit. Mama gaul rata semua bahan.
  2. Masukkan telur dan air dalam adunan tepung sambil dikacau hingga mendapat adunan yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
  3. Kupas kulit keledek dan potong keledek. Lepas tu, Mama hiris pula kuih bakul.
  4. Panaskan mmintak masak dengan api kecik. Bila minyak dah betul-betul panas, Mama ambik sekeping keledek, letakkan kuih bakul di atasnya dan tutup lagi dengan keledek (kapitkan). Mama celupkan ke dalam adunan tepung salut kesemua bahagian.
  5. Goreng sehingga kekuningan. Siap untuk dinikmati bersama keluarga Mama.

Resepi: cookpad

Nota: Kuih bakul ni lebih baik untuk disimpan semalaman dalam peti sejuk dahulu supaya mudah dan kemas bila Mama potong nanti. Mama nak gantikan ubi keladi dengan ubi keledak pun boleh juga.

Menarik kan resepi kali ni, Mama jangan risau resepi kuih bakul halal tau. Boleh lah Mama hidang untuk family dan kawan-kawan yang datang nanti.


Mama nak cuba buat resepi ayam belanda? Klik di SINI.