KelabMama

Kompilasi Resepi Daging Yang Mama Boleh Cuba Daripada Daging Korban Raya Haji

resepi daging

Daging adalah satu protein yang senang untuk dimasak pelbagai menu buat seisi keluarga. Adakah Mama buntu nak masak apa raya ini? Daging korban berbekas dalam peti ni, nak masak apa eh? Jom tengok Mama Siti kongsikan kumpulkan resepi daging untuk Mama cuba daripada daging korban sempena Raya Aidiladha baru-baru ini.

Harap-harap dengan resepi ini, Mama dapat la idea nak masak apa setiap hari. Selamat mencuba!

Kompilasi Resepi Daging Untuk Korban Kali Ini

Resepi Nasi Daging

Kredit gambar: Instagram Mazliana Mazlan

Bahan-Bahan

Cara Memasak

  1. Mula saya rebus daging guna mode slow cook. Cari daging batang pinang tak jumpa. Kalau batang pinang, terus boleh tumis je sebab cepat lembut kan.
  2. Selesai slow cook daging 30 minit, ambil bebawang dah halia. Kisar kejap 1 minit.
  3. Dah siap kisar, masuk bawang holland, chop kejap 5 saat.
  4. Kemudian masuk minyak sapi, minyak sawit, 3 sekawan, rempah kurma dan daging. Tumis jap semua bahan ni 8 minit.
  5. Dah siap tumis, masukkan air, dan reneh kejap 5 minit.
  6. Masa tumis dan reneh tu, kita tinggal je.
  7. Kemudian masukkan beras, daun bawang, daun sup dan daun pudina, dan on rice cooker mode.

Kredit: Instagram Mazlina Mazlan

Resepi Kurma Daging

Kredit gambar: Facebook Azizah Daud

Bahan-Bahan

Bahan Menumis

Semua dimayang halus atau blend sahaja pakai turbo chopper.

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masuk 4 sekawan dan bahan yang mayang tadi hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masuk rempah kurma kacau sehingga naik minyak masuk batang dan akar daun ketumbar kacau lagi sehingga agak-agak pekat naik minyak.
  3. Kemudian masuk air rebusan daging tadi sedikit kacau bagi kering baru masuk daging dengan kuah selebihnya biar mendidih masuk air asam jawa garam gula secukup rasa, bila air dah pekat masuk santan dan ubi kentang.
  4. Bila ubi empuk dan kuah dah pekat masuk kerisik dan sayur sayuran karet tomato cili bawang besar.
  5. Biar mendidih pekat rasalah apa yang kurang tambah.
  6. Dah siap boleh tabur daun ketumbar dan makan dengan nasi putih, nasi minyak roti atau apa-apa yang kita suka.

Kredit: Facebook Azizah Daud

Resepi Daging Merah Ala Thai

Kredit gambar: Facebook Nurul Suhaida Azizan

Bahan-Bahan

Bahan A (Dipotong):
Bahan B:

Cara Memasak:

  1. Rebus daging dengan sos labu sampai lembut lepas tu potong nipis-nipis.
  2. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih, bawang Holland, cili padi sampai wangi lepas tu masuk daging kemudian masukkan bahan B gaul sampai rata biar 5 minit, akhir sekali masukkan capsicum gaul biar 5 minit dah siap.

Kredit: Facebook Khairun Nisa Ismail

Resepi Daging Dendeng

Kredit gambar: Facebook Nurul Suhaida Azizan

Bahan-Bahan:

Cara Memasak:

  1. Rebus daging hingga empuk.
  2. Hiris-hiris daging dan tumbuk bagi leper.
  3. Perapkan hirisan daging kicap bersama 2 ulas bawang putih 2 ulas yang ditumbuk, halia yang ditumbuk, biji ketumbar yang juga ditumbuk. Perap selama 10 minit atau lebih. Lagi lama lagi sedap.
  4. Goreng sehingga garing. Jangan risau kalau daging bertukar hitam. Angkat, dan toskan.
  5. Buat sambal lada (kisar kasar cili merah besar + cili api+ bawang merah).
  6. Tumis hingga garing dan letakkan daun limau purut.
  7. Perasakan gula garam.
  8. Campurkan daging yang digoreng tadi dan gaul rata.

Kredit: Facebook Nurul Suhaida Azizan

Resepi Lasagna Daging

Kredit gambar: Facebook Nolly Epin

Bahan-Bahan

Cara Memasak Inti

  1. Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air sampai cepat masak.
  3. Masukkan sos Prego dan sos cili. Kemudian kacau sebati.
  4. Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
  5. Siap dan ketepikan.

Bahan Dan Cara Buat Sos Putih

  1. 5 sudu besar mentega
  2. 3 sudu tepung gandum
  3. 500ml susu segar
  4. 2 keping keju

Cara Memasak

  1. Cairkan mentega.
  2. Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
  3. Masukkan susu & keju. Kacau sebati & keju cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.
  4. Lasagna/roti Gardernia.
  5. Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.
  6. Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dalam loyang.
  7. Susun selang seli.
  8. Lasagna, inti, sos putih. Buat berlapis. Lapisan atas sekali biar sos putih. Tabur dengan keju mozarela. Lagi banyak lagi sedap.
  9. Bakar pada suhu 150°C dalam 30-40 minit/sampai bahagian atas perang-perang.

Kredit: Facebook Nolly Epin