KelabMama

Rahsia ‘Superfoods’ Untuk Elakkan Kanser Ovari & Kesihatan Dalaman Wanita

Diet yang seimbang adalah antara perkara yang paling penting untuk penghidap penyakit kanser terutamanya kanser ovari. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, keperluan pemakanan bagi pesakit kanser akan meningkat semasa sakit dan sewaktu menerima rawatan.

Untuk pengetahuan Mama, pesakit kanser memerlukan pemakanan tinggi kalori dan juga protein bagi memastikan kesihatan mereka pada tahap yang optimum bagi siap sediakan mereka dengan proses merawat kanser. Memang mereka akan rasa lemah dan juga tidak bertenaga disebabkan rawatan yang diberikan. Mereka juga high risk untuk mendapat jangkitan kuman.

Dibawah adalah beberapa makanan yang hebat dan dapat cegah kanser serta bantu memulih kesihatan dalaman wanita!

Jom kita tengok satu per satu.

6 Makanan Hebat Untuk Mencegah Kanser

#1 Bawang Putih

Jika Mama tak tahu kebaikan bawang putih ni untuk kanser, meh sini Mama Siti bagitahu! Banyak kebaikan jika kita makan bawang putih ni tau. Vitamin, nutrien dan juga elemen-elemen yang menyihatkan badan.

Kaya dengan vitamin B dan C, bawang putih mempunyai sulfur yang terbukti dapat mencegah kanser. Namun, satu downside makan bawang putih ni, mulut akan berbau nanti. So, hati-hati ya Mama! bawang putih mempunyai pelbagai bahan fitokimia yang terbukti dapat melawan kanser ketika diuji di makmal.

Jika Mama perlukan resepi yang menggunakan bawang putih dan menyihatkan, boleh klik di sini.

#2 Kekacang

Kekacang mempunyai fiber yang bagus untuk kesihatan Mama! Bagi pesakit kanser, kacang dapat membantu dengan memberi fiber dalam jumlah tinggi dan baik untuk sistem pencernaan Mama. Tambahan pula, serat ini juga dapat membantu perut Mama untuk mengekalkan bakteria yang baik dalam perut kita.

Untuk pengetahuan Mama, kekacang juga dapat membantu kita maintain berat badan, mengurangkan kolesterol dan tahap gula dalam darah kerana sifat kacang yang rendah lemak.

#3 Sayuran Hijau

Berulang kali Mama Siti ingatkan, sayur hijau ni mempunyai pelbagai manfaat tau! Campur salad dan kekacang, dapat melengkapkan menu Mama. Menu yang kaya dengan serat, vitamin, mineral dan juga fitokimia boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser yang ada.

Dengan itu, ia memudahkan Mama untuk mengelakkan daripada penyakit lain seperti sakit jantung dan juga kencing manis! Sebab itu la kena ada balanced diet Mama!

#4 Bawang Merah

Secara amnya, memang bawang merah merupakan salah satu bahan utama dalam masakan harian kita. Tetapi adakah Mama tahu tentang khasiat yang diberi? Ia mempunyai sifat anti kanser tau! Bawang merah mengandungi bahan antioksidan bernama quercetin yang memberi pelbagai manfaat pada badan kita.

Keistimewaan bawang ini adalah ia mampu melawan kanser dengan mengurangkan inflamasi dalam badan kita. Selain bawang merah, bawang kuning juga dapat melawan kanser hati serta kanser kolon. Jom makan bawang!

#5 Anggur

Mama tahu tak anggur ni special sangat sampai ia dianggap sebagai buah yang mencegah kanser. Buah anggur pun ada macam-macam jenis. Selain rasanya sedap, ia juga mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai resveratrol, yang boleh menghalang pembentukan kanser ovari, payudara, hati, perut dan juga sistem limfatik.

Dimana terletaknya resveratrol ini? Ia berada di dalam kulit anggur tau Mama! Jadi, sebab tu anggur sangat disyorkan untuk makan sekali dengan kulitnya ya! Bukan apa, untuk kesihatan dalaman wanita dan keseluruhannya juga.

#6 Sayur Bunga

Sayur bunga ni macam mana pulak? Haa, sayur bunga ini terdiri daripada sayur brokoli, kobis, kobis bunga dan kobis cina. Sayur-sayuran ini mempunyai pelbagai nutrien dan vitamin yang dapat mencegah kanser. Mama perlu makan sayur-sayuran ini dengan konsisten, barulah Mama akan mendapat hasil yang Mama expect untuk kesihatan wanita Mama.

Selain itu, sayuran ini juga boleh mengurangkan inflamasi yang boleh membantu untuk mengelakkan kanser dan juga penyakit lain seperti penyakit jantung tau!

Lepas tengok semua makanan ni, hebatkan superfoods ni? Ingat Mama, bukan sahaja diet yang seimbang dan pemakanan yang bagus, makan ubat dan juga consume vitamins dapat menolong sembuhkan luaran dan dalaman Mama!

Ingat pesan Mama Siti, dengan usaha dan tawakkal, insyaAllah Mama akan sembuh dan juga cergas sepanjang hayat. Selamat mencuba~