KelabMama

Perlu Ke Jadi Vegan? Rahsia Kesihatan Tukar Diet Ke Vegan Sepenuhnya

Apa sebenarnya Vegan? Dalam kata mudah, Vegan ataupun Veganisme ialah amalan menahan diri daripada menggunakan apa-apa produk haiwan, terutamanya dalam diet seharian Mama. Seseorang yang ikut diet atau praktis tidak menggunakan produk haiwan dikenali sebagai Vegan.

Diet Vegan adalah berdasarkan tumbuhan seperti sayur-sayuran, bijirin, kacang dan buah-buahan. Mereka memang tidak sentuh produk haiwan seperti produk tenusu (susu, keju, yogurt, mentega) dan juga telur.

Vegan VS Vegetarian

Kita tahu sekarang Vegan hanya berasaskan tumbuhan seperti semua daging dan produk haiwan (daging, ayam, ikan, makanan laut, tenusu dan telur).

Macam mana pula dengan diet Vegetarian? Diet Vegetarian tidak termasuk daging, ayam, ikan dan makanan laut dalam diet seharian mereka. Cuma terdapat beberapa pelbagai diet vegetarian yang sama ada Mama makan atau kecualikan telur, tenusu dan juga ikan. Para vegetarian juga masih boleh makan produk haiwan seperti susu, telur, keju, mentega dan lain-lain.

Jadi, perlu ke Mama jadi Vegan? Apa manfaat melakukan diet Vegan ni untuk kesihatan Mama sekeluarga? Jom sambung baca!

Kenapa Mama Perlu Jadi Vegan?

#1 Bantu Dalam Penurunan Berat Badan

Salah satu cara untuk bantu menurunkan berat badan adalah menukar diet kepada yang lebih sihat. Benar, ia mungkin tiada jaminan untuk turunkan berat badan tetapi pilihan yang lebih sihat dapat bantu badan Mama menjadi lebih sihat mental dan juga fizikal.

Jadi, tidak menjadi masalah untuk Mama dan keluarga cuba kerana badan kita perlu khasiat yang cukup untuk teruskan rutin harian kita.

#2 Boleh Lindungi Daripada Kanser Tertentu

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada semua kanser boleh dicegah dengan salah satu caranya adalah penukaran diet. Dengan tambahkan sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan, kajian mengatakan ia dapat kurangkan risiko 15% lebih rendah untuk mendapat kanser.

Menurut Institut Kanser Kebangsaan, dengan mengamalkan diet Vegan ia dapat mencegah beberapa jenis kanser, termasuk

#3 Boleh Menurunkan Paras Gula Dalam Darah & Meningkatkan Fungsi Buah Pinggang

Kalau Mama nak tahu, mengamalkan diet Vegan juga boleh memanfaatkan diabetes jenis 2 dan penurunan fungsi buah pinggang.

Kajian melaporkan, going Vegan akan menyebabkan paras gula dalam darah lebih rendah dan sensitiviti insulin yang lebih tinggi. Ini dapat kurangkan risiko untuk menghidap diabetes jenis 2. Tapi kalau Mama bukan pengamal pun, kalau kurang ambil daging dan produk tenusu boleh kurangkan risiko diabetes jenis 2.

Haa, macam mana Mama? Boleh ke cabar diri going Vegan sempena Bulan Vegan Sedunia ni? Tapi Mama mesti ingat, menjadi Vegan sepenuhnya juga tidak bermaksud Mama tak akan naik berat.

Makan apa pun dalam kuantiti yang banyak akan memudaratkan kesihatan. Lebih baik kita bersederhana! Menjadi Vegan juga tidak menjamin kesihatan yang baik secara automatik semuanya kena konsisten.

Harap bermanfaat untuk semua pembaca KelabMama! Selamat mencuba~


Untuk dapatkan resepi Vegan yang menarik, klik di SINI.