KelabMama

Puasa Boleh Kurangkan Air Ketuban. Harus Berbuka Jika Memudaratkan

Baru-baru ini selebriti Hanis Zalikha ada berkongsi di instagramnya mengenai pengalamannya berpuasa ketika hamil. Pada hari kedua berpuasa itu tiba-tiba perutnya mengeras dan bayi dalam kandungan diam saja walaupun dia dan suaminya sudah cuba untuk kejutkan. Kemudian suami Hanis, Hairul Azreen terus menyuruhnya berbuka puasa kerana bimbang akan bayi dalam kandungan.

Tak nak respon

Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous.

Disuruh buka puasa

Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila. Aigo, Daddy dia pun kata “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”.

Kena peka

“some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan”


Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya!

Syukurlah sejurus selepas Hanis berbuka puasa, bayi dalam kandungannya terus aktif. Yelah hati ibu bapa mana yang tak risau kalau tiba-tiba bayi dalam kandungan diam je tak aktif. Apatah lagi bila dah masuk trimester ketiga ni. Bayi dalam kandungan bergerak sikit pun si ibu boleh rasa.

Ramai juga followers Hanis yang memberi pelbagai reaksi pada post tersebut. Termasuklah komen dari seorang netizen ini yang turut menarik perhatian ramai dengan kisah yang dikongsinya.

Selepas berbuka bayi masih tak bergerak

Pngalaman sy melahirkn bby yg dh meninggl di usia kndungn 38weeks.. D bulan ramadan.. Lg 5 ari lg nk raya.. Doc nk induce sy ari sabtu… Ari khamis bby dh x gerak dr pg.. Tp cma mngeras je… Sy ingt gerak dn mngeras adalah sama… Time tu sy puasa… Lps bbuka still bby x gerak… Terus g check kt hos.. Doc sah kn bby dh xde.. Sbb sy sendri pon x dgr bunyi degupn jntung bby… …pkol 1pg msuk labour room.. Pkol 9pg (jumaat) bidadari syurga sy d lhirkn… Dpt pelok jasad yg x bernyawa je… Sedihhh sgt…

Nampak kulit bayi macam merepuh

Allah permudahkn utk sy bersalin… X sampai stu ari… Tp biasalah bila melahirkn bby yg dh x bernyawa.. Hrpkn kudrat sy sorang… Mmg struggle jugk la.. Tenaga pon dh xde… Mkn mse bbuka tu pon sikit je.. Lps tu xmkn apa2 dh… Mmg dh xde selera.. Bby pon semngat jugk… 3.8kg..mmg ramai doc2 yg bntu sy… Xtaula doc pelatih ke apa ke.. Cma yg psti doc pakar shj d hadapan sy…bila bby dh kuar dn d bersihkn… Bru sy nmpk kulit bby mcm merepuh(mcm tersiat kulit mcm kna air panas tu) nurse ckp mngkin bby sy mninggl dh stu ari dlm perut.

Allahu..tak dapat nak bayangkan perasaan si ibu. Bayi yang dikandung 38 minggu hanya dapat dilihat dan didakap jasadnya yang tak bernyawa. Tak salah jika mama nak berpuasa ketika hamil tapi diharuskan berbuka sekiranya ia membahayakan kesihatan mama mahupun bayi dalam kandungan.

BACA JUGA :PESANAN DR PAKAR UNTUK MAMA HAMIL YANG INGIN BERPUASA

Tanda-tanda Mama Hamil Patut Berbuka dan Tak Perlu Berpuasa

1. Morning sickness yang teruk

2. Mama hamil yang ada diabetes

3. Demam, rasa sejuk, menggigil dan berpeluh

4. Masih dalam tempoh pengambilan ubat

5. Ibu menyusu (atau tak menyusu) yang masih berpantang

6. Kurangnya susu badan secara mendadak

7. Bayi dalam kandungan kurang bergerak atau kurang aktif

8. Tarikh due date dah dekat

Sumber : haniszalikha , raznidaaikha

Pesan Mama Siti

Bagi mama hamil yang nak berpuasa tu seeloknya fikirlah tentang kesihatan mama dan kandungan. Jangan sebab nak pulun berpuasa kandungan mama terjejas. Puasa boleh kita ganti tapi nyawa anak dalam kandungan tiada gantinya.