KelabMama

11 Petua Hilangkan Kencing Manis Ketika Mengandung – Buah Pun KENA Kurangkan Tau Mama!

petua hilangkan kencing manis ketika mengandung

Seorang ibu yang sedang mengandung tidak hanya bertanggungjawab kepada diri sendiri, tetapi kita juga mempunyai peranan dalam menjaga kesihatan anak dalam kandungan. Kesan kencing manis yang diabaikan ibu ketika hamil berisiko memberi kesan kepada bayi dalam kandungan dan juga apabila mereka sudah besar.

Menyedari kepentingan ibu, Mama Siti ingin berkongsi cara dan petua hilangkan kencing manis ketika mengandung atau juga dikenali sebagai gestational diabetes (GDM) ini. 

Risiko Kencing Manis Ibu Hamil dan Bayi

  1. Hipoglisemia – bayi Mama mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah.
  2. Bayi berisiko mendapat demam kuning atau jaundis yang berpanjangan. 
  3. Makrosomia.
  4. Kesan terhadap bayi pula, mereka mempunyai risiko tinggi menjadi obesiti dan berpenyakit kencing manis apabila dewasa.
  5. Membahayakan ibu hamil yang mungkin mengalami komplikasi jangkitan saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit.
  6. Ibu mengandung berisiko kepada penyakit preeklampsia (darah tinggi) dan tumpah darah.

Petua Hilangkan Kencing Manis Ketika Mengandung

#1 Tetapkan Waktu Makan

Kredit gambar: Freepik

Semakin kerap Mama makan, berkemungkinan juga semakin tinggi gula yang diambil. 

Justerus, Mama perlu disiplin makan dalam kuantiti yang kecil atau makan mengikut masa yang dicadangkan iaitu tiga kali sehari. 

Jika dalam selang masa itu, Mama rasa lapar, makanlah snek seperti buah-buahan dan kekacang. 

#2 Kanji Dalam Hidangan (Karbohidrat)

Kredit gambar: Freepik

Apa contoh-contoh kanji? 

Nasi, bijirin, roti dan mee. Kanji terdiri daripada molekul yang lebih kompleks yang perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum dicerna.

Ini bermakna ia memerlukan lebih banyak masa untuk dihadam dan diserap dalam badan. Gula dalam darah dapat dikawal kerana ia meningkat secara perlahan-lahan. 

Oleh itu, pastikan setiap kali hidangan ada kanji dalam diet.

#3 Hanya 8 auns Susu Setiap Kali Minum

Keadaan kita tak sama dengan orang lain. Orang lain yang sedang hamil tidak terkait dengan penyakit kencing manis. Oleh itu, pengambilan susu juga perlu diambil kira. 

Sebaiknya, minum hanya secawan susu dengan isipadu lapan auns setiap kali minum. Walaupun pada dasarnya susu itu menyihatkan tetapi gula dalam susu sangat pantas diserap dalam badan. 

Apabila terlalu banyak minum susu dalam satu masa, semakin tinggi juga gula dalam darah meningkat. 

#4 Berpada-Pada Makan Buah

Kredit gambar: beingtheparent.com

Ibu mengandung perlu kira berapa banyak buah yang mereka makan. Ini kerana gula semulajadi dalam buah-buahan menyumbang kepada penyakit kencing manis. 

Contoh cara kiraannya seperti ini:

Oh ya, kiraanya ini hanya sah untuk buah-buahan segar dan bukan yang telah diproses dalam tin seperti sirap buah-buahan.

#5 Lebihkan Fiber

Buah ada banyak fiber tapi sayang sebab kalau ada kencing manis, tak boleh makan selalu. Jadi apa yang perlu kita lakukan?

Jawapannya bijirin dan kekacang.

Roti bijirin penuh, beras perang, beras liar, oat penuh, barli, millet atau mana-mana bijirin penuh lain. Tidak dilupakan kacang pis, kacang lentil, kacang tanah, kacang merah, kacang hitam atau kacang kuda. 

Fiber membantu mengurangkan paras gula dalam darah. 

#6 Makan Sarapan Pagi

Ketika hamil, Mama perlu sentiasa perhatikan apa yang diambil semasa sarapan. Jenis nutrisi seperti bijirin penuh dan protein lebih dicadangkan berbanding bijirin kering, buah dan susu.

Lagi pula pengaruh hormon kehamilan di waktu pagi menyebabkan paras gula dalam darah tinggi walaupun Mama belum makan apa-apa hidangan.

#7 Elakkan Jus Buah & Air Bikarbonat

“Tapi, buah kan baik untuk kesihatan? Kenapa tak boleh minum jus nya pula? “

Ini kerana selalunya kita akan minum satu gelas jus setiap hidangan tetapi untuk menyediakan satu gelas jus, beberapa biji buah-buahan perlu diproses. 

Satu lagi, jus buah lebih cepat diserap oleh badan manusia disebabkan keadaan jirimnya dalam bentuk cecair. Begitu jugalah yang terjadi apabila Mama minum air soda dan air bikarbonat. 

#8 Hadkan Makanan Manis (Pencuci Mulut)

Kek, biskut, gula-gula dan pastri mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Disebabkan tabiat makan kek dan biskut selalunya dimakan lebih dari satu kali maka ia mengakibatkan paras gula dalam darah menjadi terlalu banyak. 

Akibatnya, kadar kencing manis meningkat. Tambahan pula, makanan-makanan tersebut terdapat banyak lemak dan hanya sedikit nutrisi. 

#9 Kurangkan Gula Dalam Diet

Jika paras gula dalam darah berada di tahap membimbangkan, apa kata Mama tinggalkan sebentar sebarang bentuk pemanis dalam diet. 

Kalau boleh jangan tambah gula, madu dan sirap dalam apa-apa makanan. Jangan risau, apabila kencing manis semakin baik, Mama boleh tambahkan semula gula dalam makanan dan minuman. 

#10 Ganti Gula Dengan Pemanis Tiruan

Kredit gambar: action-reaction-training.com

Pemanis tiruan mempunyai rasa manis seperti gula semulajadi tetapi mempunyai kandungan kalori yang lebih rendah. 

Mengambil pemanis tiruan atau ‘sweetener’ mungkin antara alternatif yang Mama boleh usahakan agar kencing manis berkurangan. 

Jenis pemanis tiruan adalah seperti:

#11 Gula Alkohol dalam Makanan ‘Sugar-Free’

Gula alkohol selalu dijumpai dalam pencuci mulut atau manisan serta sirap tanpa gula. Walaupun dilabel sebagai ‘tanpa-gula’, sebahagian jenis pencuci mulut mungkin mengandungi kadar karbohidrat sama seperti gula. 

Contoh gula alkohol adalah seperti:

Anak yang sihat itu bermula dari dalam kandungan lagi. Jadi si ibu lah yang perlu menjaga pengambilan makanan manis ketika hamil dan ikuti langkah-langkah penjagaan seperti yang dikongsikan dalam artikel sebelum ini.

Ia bukan hanya akan merisikokan bayi dalam kandungan, malah si ibu juga mungkin terdedah kepada komplikasi seperti tumpah darah jika mengabaikan petua hilangkan kencing manis ketika mengandung ini ya Mama.

Perhatikan kekerapan Mama makan, apa yang dimakan dan kandungan makanan tersebut. Jangan makan secara berlebihan dan jangan lupa mencuba alternatif pemanis tiruan dalam makanan ya.


Ketahui pelbagai info kesihatan ketika hamil yang lain di SINI.