KelabMama

Diari Hati Ibu: Gaya Pemakanan Yang Saya Amalkan & Sangat Disyorkan Sepanjang Trimester Pertama

Trimester pertama kehamilan ni berlaku perubahan hormon yang mendadak kepada ibu hamil, daripada tak hamil kepada hamil. Jadi pelbagai naik turun emosi, loya, tak selesa perut dan sembelit berlaku.

Tetapi pemakanan memainkan peranan penting untuk nourish diri ibu dan bayi di dalam rahim. Jadi As kongsi sikit pengalaman menguruskan diri ketika trimester pertama ni.

Sebelum ini As dah kongsi cara mengurangkan alahan iaitu banyakkan vitamin C daripada bahan natural, rendaman garam magnesium dan sebagainya.

Selepas seminggu dua, insya Allah simptom-simpom tersebut akan berkurang dan ibu-ibu bolehlah mulakan dengan perlahan untuk makan dan minum dengan baik. Cuma jangan risau sangat, anggap ni fasa berpuasa untuk healing dan sedikit masa sahaja lagi kita akan makin berselera makan.

Gaya Pemakanan Yang Saya Amalkan Sepanjang Trimester Pertama

As akan senaraikan ringkas dan mudah sahaja pemakanan di trimester pertama kerana kita faham ibu-ibu ramai yang masih alahan dan sukar untuk makan.

> Daging binatang

Senarai khasiat di dalam daging merah. (Kredit gambar: Infographic Journal)

Daging merah tempatan seperti daging lembu, kerbau, kambing, dan daging ayam tanpa suntikan hormon dan variasi ikan sangat penting untuk dilebihkan dalam pemakanan supaya lebih mudah kenyang dan kenyang lebih lama.

Selain serapan zat besi yang lebih tinggi berbanding sayuran hijau, daging merah juga mempunyai zat dan mineral yang lebih tinggi terutama folate ataupun dikenali dengan asid folik yang sangat bagus untuk ibu hamil.

Selian itu, organ dalaman seperti hati ayam, hati lembu dan paru juga sangat tinggi mineral. Mitos tentang hati binatang menyimpan banyak toksik, sedangkan sebenarnya fungsi hati adalah menapis toksin dan mengeluarkan daripada badan.

> Makanan sejuk dan masam

Biasanya makanan sejuk dan masam ini kurang berbau, jadi akan mengurangkan rasa loya. Contohnya yogurt susu lembu atau susu kambing. Elakkan yang berperisa dan ditambah gula jika boleh. Tambahkan buahan yang kita rasa selera untuk makan bersamanya.

Selian itu, jeruk sihat yang memberi manfaat bakteria baik seperti Danmuji juga bagus untuk ibu hamil. Danmuji merupakan sejenis jeruk lobak kuning yang menggunakan resepi tradisi Korea. Mama boleh dapatkannya dari Ommason Halal Korean Kitchen yang produknya menggunakan bahan lebih sihat.

Danmuji. (Kredit gambar: Ahnest kitchen)

Selain itu buah-buahan yang mampu dimakan seperti pisang, buah oren dan sebagainya juga bagus untuk mengalas perut. Cubalah senaraikan makanan sejuk atau suhu bilik yang Mama rasa suka dan boleh dimakan.

Biasanya memang kebanyakan kita loya kepada masakan panas kerana makanan-makanan tersebut mengeluarkan bau dan ia akan menambahkan rasa loya.

> Minuman

Sangat penting untuk pastikan badan ibu cukup hydrated bukan sahaja dengan air kosong malah pelbagai jenis cecair.

Elakkan air osmosis berbalik kerana ia mengandungi kosong mineral, malah akan menarik mineral daripada badan kita di bawa keluar pula.

Sup rumpai laut ringkas. (Kredit gambar: Week of menus)

Antara contoh cecair lain adalah:

Sedikit demi sedikit, tapi konsisten dan berkualiti ya Mama.

Oleh kerana ramai ibu pada tempoh trimester pertama ini mudah alahan, kurang selera makan, maka utamakan makanan nutrisi tinggi sebagai gaya pemakanan ibu sepanjang trimester pertama ini.

Supaya boleh dimakan walaupun dalam jumlah yang sedikit, tetapi kerap. Jadi tidaklah kita terlalu risaukan zat mineral yang mungkin sangat kurang pada waktu ini.

Jangan lupa bau-bauan selamat seperti minyak pati boleh diamalkan untuk memudahkan ujian pada fasa ini dari segi emosi dan fizikal ibu-ibu. Sebab bauan ini memainkan peranan besar kepada otak kita terhadap memori, motivasi dan semangat diri.

Ibu, jangan risau sangat okay? Buat setakat mampu. Take care.

Love, As.