KelabMama

Pelvic Girdle Pain (PGP) Ketika Hamil

Mama pernah kena tak kena Pelvic Girdle pain (PGP) ni masa tengah pregnant? Mesti seksa kan masa nak jalan tu. Dia punya sakit tu tak boleh bawa bincang langsung. Mesti mama rasa sakit dekat bahagian bawah ari-ari sampai ke bahagian belakang, tulang pinggul dan peha. Lepastu, rasa sakit tu makin kuat dan berdenyut-denyut bila mama-mama asyik duduk.

Mama-mama tahu tak yang 1 dalam 5 ibu mengandung akan alami masalah PGP ni. 3 sendi pada tulang pinggul bekerja bersama-sama dan lazimnya bergerak secara sedikit-sedikit. Sakit tu mula bila sendi ni bergerak secara tak seragam menyebabkan tulang pinggul jadi kurang stabil dan sakit.

Bila baby dah makin besar dalam rahim kita, berat tambahan dari atas, serta cara mama-mama duduk atau berdiri akan sebabkan bebanan tambahan pada tulang pinggul. Perubahan hormon ketika hamil, akan sebabkan sendi ni jadi longgar dan tak stabil. Yelah, nak prepare tulang pinggul ni supaya jadi lebih besar dan fleksibel supaya baby nak lalu senang masa bersalin nanti.

Bila Sakit Pelvic Girdle Pain (PGP) Tu Datang?

Tips nak kurangkan sakit :

Perkara Yang Tak Boleh Dilakukan:

Mama boleh buat rawatan fisioterapi untuk kurangkan rasa sakit. Ada senaman-senaman yang boleh membantu yang akan diajar oleh ahli fisioterapi. Yang penting untuk kesan awal, rujukan awal ke fisioterapi untuk pastikan sakit tak jadi makin teruk, supaya mama boleh buat kerja harian macam biasa.

Mama yang ada masalah Pelvic Girdle Pain (PGP) ni boleh je bersalin secara normal tapi kena inform nurse dan doktor yang merawat masa itu, supaya mereka boleh bagi support extra pada kaki dan tolong mama-mama untuk tukar posisi dan bergerak di wad bersalin. Mama jangan risau, PGP akan pulih selepas bersalin, 1 dalam 10 akan ada sakit yang berterusan. Dalam keadaan ini, kena pastikan mama terus menerus dapatkan rawatan fisioterapi dan ada alat bantuan untuk mama terus bergerak.

Kalau pernah ada PGP, ada kemungkinan berulang lagi untuk kehamilan berikutnya. Make sure sentiasa sihat dan fit sebelum mengandung lagi, untuk elakkan perkara ni berulang. Buat senaman kuatkan otot (strengthening exercises) dan senaman Kegel (lantai pelvis/ kemutan). Darah beku kat kaki (thrombosis) juga senang terbentuk pada ibu mengandung. Dengan PGP ni mama lazimnya tak bergerak atau kurang bergerak disebabkan sakit, lagi la senang dapat thrombosis.

Ada stokin khas TED stokin diperlukan dan ada sesetengah kes memerlukan ubat injection untuk mencairkan darah. Tanya Doktor yang merawat nanti. Jadi, janganlah ditanya kenapa ibu mengandung ni berjalan macam penguin. Kecik hati mama ni nanti bila orang cakap dia macam penguin ye. Papa pun kena bagi support tau dekat mama. Kesian mama kena lalui benda ni sepanjang masa kehamilan. Mama pun kena sabar juga ya.

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Dr Muhammad Izzat

Baca Juga: KANDUNGAN DAH SARAT BUATKAN MAMA SUSAH NAK TIDUR. MACAM MANA NI?

Pesan Mama Siti

Kalau mama masih sakit juga, segera ke doctor ya. Jangan tangguh-tangguh pulak, takut bagi kesan dekat baby nanti. Jaga diri dan kesihatan baby ye. Percayalah, bila baby lahir sakit tu akan hilang bila kita tengok anak kita nanti. Just enjoy it!