KelabMama

Tingkatkan Pengambilan Nutrien Tambahan Bagi Ibu Hamil & Menyusu Ramadan Ini Dengan Enfamama A+

ibu hamil minum enfamama A+

Mama Siti tahu, bulan Ramadan ni, mak-mak yang mengandung dan menyusu yang ingin berpuasa, pasti risau akan keselamatan diri dan bayi dalam kandungan – sama ada wajar teruskan berpuasa atau tidak.

Rukhsah Bagi Wanita Hamil & Menyusukan Berpuasa

Merujuk kepada penjelasan yang dikongsikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, wanita Islam yang hamil dan menyusu diberikan rukhsah atau keringanan untuk berbuka sekiranya berpuasa dalam bulan Ramadan.

Hal ini adalah kerana, ada kemungkinan sekiranya wanita tersebut meneruskan puasanya boleh mendatangkan mudarat sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada janin di dalam perut.

Jadi, maksudnya di sini, Mama nak puasa boleh, tak nak puasa pun boleh. Namun, adalah lebih baik untuk Mama dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum Mama berpuasa.

Minum Enfamama A+ Untuk Nutrien Tambahan Sepanjang Ramadan

Kredit gambar: Enfagrow A+

Untuk memastikan pengambilan nutrisi Mama yang hamil dan menyusu berada di tahap optimum sepanjang Ramadan ini, ambil segelas susu Enfamama A+ setiap hari.

Bila Mama pun mendapat nutrisi penting sepenuhnya, barulah Mama lebih sihat bertenaga untuk menjaga ahli keluarga dan memastikan mereka juga mendapat nutrien yang baik sepanjang bulan puasa.

Enfamama A+ diformulasi secara saintifik untuk ibu hamil dan menyusu, dengan kandungan DHA dan Kolina yang paling tinggi▲, untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu hamil dan menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan.

▲Berbanding dengan jenama susu ibu hamil lain di pasaran setakat Jan 2022, Enfamama A+ membekalkan 100mg DHA dan 560mg Kolina dalam setiap 100g serbuk.

Enfamama A+ juga tinggi dengan kalsium yang bagus dalam membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat, zat besi untuk pembentukan sel darah merah, dan vitamin D untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus bagi para ibu.

Untuk menikmati manfaat Enfamama A+ sepenuhnya, Mama boleh daftar sebagai ahli Kelab Enfamama A+ untuk mendapatkan sampel PERCUMA serta pelbagai diskaun, ganjaran, tips dan promosi eksklusif hanya untuk ahlinya. 

Daftar di SINI hari ini!