KelabMama

Mama Hamil Dan Kopi. Ini Penjelasan Doktor Yang Patut Mama Tahu

Bagi mama si penggemar tegar kopi pasti tak boleh kalau tak minum kopi sehari. Rasa macam tak lengkap hidup dan tak boleh nak buat kerja. Betul tak?

Tapi bagaimana bila mama dah hamil? Boleh ke mama hamil terus minum kopi macam biasa? Dengarnya kopi tak bagus untuk mama hamil. Tapi masih ada yang beranggapan kopi tak mendatangkan apa-apa kesan kepada mama hamil.

Baru-baru ini Dr Izzat telah berkongsi di Twitternya mengenai kesan minum kopi terhadap mama hamil yang ramai tak tahu. Jom kita baca!

Minum bersederhana

Walaupun tak hamil kita disarankan untuk minum bersederhana ini pula sedang hamil kan. Nak minum boleh tapi kena ada limitlah.

Kena ambil tahu jumlah kandungan caffeine

Kopi memang sedap tapi jangan tahu minum je tanpa tahu berapa jumlah caffeine yang diambil.

Kandungan gula tinggi

Bak kata Dr Izzat, kopi yang instant tu kandungan gulanya lebih tinggi. Buat mama yang suka kopi instant tu take note ye!

Memudaratkan kehamilan

Bagi mama yang baru hamil tu please elakkan pengambilan caffeine ye. Bukan bermakna lepas dari trimester pertama tu mama dah boleh minum sesuka hati. Tak ye mama!

Ganti dengan air buah, kurangkan manis

Dari ambil caffeine ni lebih baik mama minum air buah. Lebih berkhasiat tau untuk mama dan kandungan tau!

Sumber : Dr Izzat

KESAN KALAU TERLALU BANYAK MINUM KOPI SEMASA HAMIL

#1 Keguguran

Kalau selalu minum kopi/ caffeine masa awal kehamilan boleh menyebabkan keguguran

#2 Jejaskan tumbesaran

Kopi/ caffeine boleh buatkan saiz bayi dalam kandungan mama. Bayi mungkin tak cukup berat even mama di peringkat akhir kehamilan.

#3 Anemia

Bila minum terlalu banyak caffeine dalam sehari ia boleh buatkan mama anemia yang sehingga menyebabkan banyak kompilkasi sepanjang kehamilan.

BACA JUGA KANDUNGAN DAH SARAT BUATKAN MAMA SUSAH NAK TIDUR. MACAM MANA NI?

Pesan Mama Siti

Kalau dah teringin sangat nak minum mama hamil boleh minum tapi jangan terlebih sudahlah ye. Kesian bayi dalam kandungan mama nanti. Ambil dalam kadar yang sederhana je, Secawan sehari je.