KelabMama

Betul Ke Makan Ni Boleh Sihat? Senarai Makanan Yang Disyorkan Untuk Pesakit Diabetes, Dari Muda Hingga Tua

Makan semua yang kita impikan memang dapat memuaskan hati kita. Tetapi, jika berlebihan, ia boleh memudaratkan kesihatan kita.

Pelbagai penyakit akan Mama dapat jika tak jaga makan tau. Antaranya adalah kencing manis. Punca sebenar kebanyakan jenis diabetes tidak diketahui. Dalam semua kes, gula terkumpul dalam aliran darah.

Ini kerana pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi. Kedua-dua diabetes jenis 1 dan jenis 2 juga mungkin disebabkan oleh gabungan faktor genetik atau persekitaran.

Menurut kajian,

Diabetes dijangka menjejaskan 7 juta orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas menjelang 2025, menimbulkan risiko kesihatan awam utama dengan prevalens diabetes sebanyak 31.3% . Prevalens diabetes di Malaysia, berdasarkan artikel yang diterbitkan, berkisar antara 7.3% hingga 23.8%

Oleh itu, Mama Siti nak share sikit superfood yang mana boleh bantu pesakit kencing manis ni!

Jom kita baca ~

5 Makanan Super Food Untuk Pesakit Diabetes

#1 Ikan Tinggi Dengan Omega 3

Minyak ikan mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan kita. Lemak ikan omega-3 boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga keradangan. Ikan berlemak memang mengandungi lemak-lemak yang sihat. Sering kali ia dikaitkan dengan ikan Salmon.

Ikan lain yang juga kaya dengan omega-3 adalah ikan herring, sardin, makarel, trout dan tuna. Kalau boleh, Mama pilihlah ikan yang dibakar, ia merupakan makanan yang lebih sihat untuk pesakit diabetes.

Para penghidap diabetes disyorkan untuk mengambil ikan dua kali seminggu dalam gaya pemakanan mereka.

#2 Buah Beri

Mama suka buah beri tak? Strawberi ke, beri biru, raspberi? Semua buah beri tu penuh denan antioksidan, vitamin dan serat tau Mama! Yang manakah kegemaran anda: beri biru, strawberi atau varieti lain?

Jika dipilih dengan betul, buah beri ni manis tau, boleh la puaskan craving manis Mama. Dapat pula vitamin C, K, mangan, kalium dan serat. Tunggu apa lagi? Jom beli beri dekat supermarket!

#3 Kekacang

Kuah kacang dengan satay memang sedap kan Mama? Tapi bukan kuah kacang kyang kita kena makan, kacang biasa sahaja boleh tau!

Kacang-kacang yang disyorkan adalah kacang buah pinggang, pinto, navy atau kacang hitam penuh dengan vitamin dan mineral seperti magnesium dan kalium. Lebih baik lagi, mereka mempunyai serat yang tinggi!

Sebenarnya, kita boleh makan kacang yang dalam tin tu, tapi pastikan Mama bilas habis-habisan hingga hilang garam dia. Kacang adalah karbohidrat tapi setengah cawan juga sediakan protein seperti daging tanpa lemak tepu.

#4 Sayur Hijau

Satu lagi makanan yang terbaik adalah sayur yang berdaun hijau gelap. Antara sayur yang berdaun hijau gelap adalah bayam, kolar, chard, kangkung dan bok choi adalah sayur-sayuran yang penuh dengan vitamin dan mineral seperti vitamin A, C, E dan K, zat besi, kalsium dan kalium.

Superfoods ni juga rendah kalori dan juga karbohidrat. Senang je nak masak ni Mama, cuba tambah sayur-sayur ni dalam salad, sup ataupun celur sahaja~

#5 Tomato

Ya Mama, tomato! Tidak kira apa-apa bentuk yang ia ada, tomato mentah, sos tomato ke semuanya ada nutrien penting seperti vitamin C, E dan juga kalium.

Kandungan gula dalam tomato tak tinggi dan ia juga dianggap sebagai sayuran bukan berkanji dalam perancangan makanan untuk pesakit diabetes.

Haa, kita kena mulalah berpantang dan mula makan-makan yang sihat walaupun tidak diisytiharkan diabetes sebab mencegah lebih baik dari mengubati! Semoga Mama sekeluarga dapat manfaat dan selamat mencuba~


Mama nak lebih banyak info tentang makanan kesihatan? Klik di SINI.