KelabMama

10 Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung Demi Kesihatan Rahim & Janin Dalam Kandungan

Makanan sunnah untuk ibu mengandung begitu banyak di pasaran yang boleh dijadikan makanan rutin bagi membantu meningkatkan sistem imun tubuh dan menjaga kesihatan ibu dan anak ditahap yang optimum.

Kini, ibu-ibu mengandung tidak lagi perlu bersusah payah kerana banyak info berkaitan pemakanan sunnah yang boleh diperolehi dengan mudah melalui media sosial dan boleh membelinya secara online juga.

Bagi membantu Mama membuat pilihan dengan lebih mudah, di sini kami kongsikan beberapa jenis makanan sunnah yang boleh dipilih mengikut citarasa Mama.

Senarai Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung

#1. Kurma

Kurma sangat kaya dengan sumber serat yang dapat membantu tubuh mencerna makanan dengan baik. Terdapat kajian yang membuktikan, seseorang dapat membuang air besar dengan teratur selepas memakan tujuh biji kurma setiap hari.

Kurma juga mengandungi fruktosa iaitu gula semulajadi yang baik untuk tubuh. Ia membantu tubuh untuk mengawal gula dalam darah manakala seratnya dapat menghalang gula dalam darah menjadi tinggi.

Selain itu, buah kurma merupakan buah yang tinggi antioksidan. Ia dapat menghalang radikal bebas dari merosakkan sel-sel di dalam tubuh selain mengurangkan risiko penyakit seperti barah, alzhemier dan diabetis.

Jika Mama menjadikan kurma sebagai kudapan seharian, Mama mampu mencegah penyakit osteoporasis kerana terdapat pelbagai jenis mineral seperti kalsium, kalium, fostar, dan magnesium yang baik untuk tulang kita.

#2. Madu

Ibu mengandung digalakkan mengambil madu kerana ia tinggi kandungn nutrisi dan mineral yang akan menambahkan tenaga.

Madu lebah mengandungi kalsium, vitamin, protein, glukosa dan sukrosa selain fruktosa yang membekalkan gula semulajadi untuk tubuh.

Dengan menjadikan madu sebagai amalan pemakanan seharian, ia dapat membantu sistem penghadaman menjadi lebih lancar kerana di dalam madu terkandung bakteria baik iaitu probiotik dan prebiotik.

Flavonoids merupakan sejenis antiaksida yang terkandung di dalam madu lebah dimana ia dapat membantu mengurangkan seseorang dari terkena serangan jantung.

Selain itu juga, Mama boleh menggunakan madu sebagai pengganti gula biasa bagi mengawal kadar gula dalam darah.

#3. Buah Tin

Buah tin yang tinggi dengan nutrien seperti mineral, vitamin, serat sangat baik dimakan segar ataupun secara kering. Buah yang mengandungi omega 3 dan 6 ini juga membantu dalam perkembangan dan mencerdaskan saraf otak selain kaya dengan antioksidan.

Buah ini juga dikatakan dapat membantu membina tenaga, membuang toksin dalam badan serta mengstabilkan tekanan darah seseorang.

#4. Buah Zaitun

Buah zaitun begitu kaya dengan antioksidan dan asid lemak iaitu omega 3 yang sangat membantu dalam proses perkembangan otak bayi di dalam kandungan.

Buah zaitun yang diekstrak menjadi minyak dapat membersihkan hati ibu dan juga bayi yang sedang dikandung. Selain itu juga, ia dapat mengawal masalah kolestrol, tekanan darah dan jantung.

#5. Susu kambing

Meminum susu kambing dapat meningkatkan imun tubuh bagi mengelak kita dari sering jatuh sakit jatuh sakit. Sifatnya yang beralkali dapat mengelak terjadinya asid dalam perut sekaligus mengurangkan masalah pedih ulu hati.

Selain itu juga ia dapat melancarkan pembuangan air besar serta menngandungi sumber kalsium yang tinggi bagi membantu dalam pembetukan tulang dan gigi bayi dalam kandungan.

#6. Buah Quince

Buah ini dapat mengatasi rasa loya ibu mengandung dan ia turut berfungsi mencegah masalah anemia semasa mengandung. Selain itu, ia dapat membuang toksin dari badan melalui air kencing.

Buah ini juga mampu melawan sejumlah bakteria yang boleh mengakibatkan penyakit seperti sakit tekak dan sakit mulut.

#7. Buah Delima

Buah delima mengandungi asid folik yang sangat tinggi di mana ia dapat mencegah penyakit bibir sumbing dan kerosakan tulang belakang pada bayi.

Pengambilan jus delima dapat memberi perlindungan kepada otak bayi yang dilahirkan dan menjadikannya sihat dan cerdas.

Bagi mengatasi kekejangan kaki semasa mengandung, Mama boleh mengamalkan meminum jus buah delima untuk mengelaknya dari berlaku.

#8. Buah Tembikai

Buah tembikai mengandungi kandungan air yang tinggi yang mengurangkan risiko pembuluh darah dari tersekat dan mengelak berlakunya kekejangan otot yang sering dialami oleh ibu mengandung.

Ia juga membantu memaksimakan kandungan air dalam badan supaya tubuh tidak mengalami hidrasi yang boleh menyebabkan ibu melahirkan bayi pramatang.

Buah ini juga, membantu menghalang dari berlakunya masalah kulit seperti pigmentasi kesan daripada perubahan horman yang berlaku, mencantikkan kulit dan memudahkan makanan dicerna dengan baik.

Bagi mengatasi masalah ‘morning sickness’ ibu mengandung boleh mengambil buah tembikai dengan kerap kerana khasiat yang terdapat di dalamnya membantu memberi kesegaran pada tubuh sekaligus menghilangkan rasa mual yang wujud akibat daripada pemakanan yang tidak dihadam dengan baik.

Likopen yang terdapat dalam buah tembikai sangat membantu dalam menjaga kesihatan jantung ibu dan bayi dalam kandungan. Ia yang kaya dengan vitamin C membantu dalam membina daya tahan badan untuk melawan penyakit seperti batuk dan demam selsema.

#9. Kacang badam

Ibu mengandung perlu mengamalkan kacang badam dalam pemakanan seharian kerana sumber proteinnya yang tinggi dapat membantu perkembangan otak bayi menjadi kuat, cerdas, dan sempurna.

Ia juga mengandungi lemak tidak tepu, niasin, kaya dengan karbohidrat, vitamin B, serta kalsium dan fosforus untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat.

Sumber vitamin dan mineral dalam kacang badam juga dapat menurunkan bacaan kolestrol dalam darah yang boleh menyebabkan serangan jantung dan mengelak ibu daripada risiko penyakit kencing manis.

#10. Barli

Barli begitu terkenal sebagai makanan berserat tinggi yang boleh membantu sistem penghadaman bagi mengelak masalah sembelit atau buasir yang sering berlaku kepada ibu mengandung.

Barli juga merupakan makanan laktogenik yang bertindak sebagai penggalak susu semulajadi dalam tubuh.

Selain itu ia dapat membekalkan asid folik kepada ibu mengandung bagi mengelak kerosakan tiub saraf pada bayi.

Bagi mengelak ibu mengandung daripada menghidapi penyakit kencing manis semasa hamil, jadikan minuman air barli dalam menu seharian kerana barli merupakan makan mempunyai indeks glisemik yang rendah yang boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

Terdapat banyak lagi makanan sunnah yang boleh ibu mengandung amalkan bagi menjaga kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Pemakanan yang baik dapat melahirkan generasi yang sihat dan kuat serta mempunyai rohaniah yang baik.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada wanita hamil dalam merancang pengambilan makanan sunnah untuk ibu mengandung yang dianjurkan kepada kita semua.


Jom cuba pelbagai tips pemakanan untuk ibu mengandung yang lain DI SINI.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!