KelabMama

15 Khasiat Serai Yang Mungkin Dilupakan Pada Hari Ini – Dari Segi Pemakanan, Minuman dan Urutan

khasiat serai pada kesihatan

Serai merupakan antara bahan utama yang sering digunakan dalam masakan masyarakat Melayu. Serai sering digunakan sebagai penambah rasa dan aroma dalam masakan. Namun, masih ramai yang tidak tahu akan khasiat serai yang sebenarnya.

Buat pengetahuan Mama, serai juga sering digunakan dalam pelbagai cara seperti dijadikan minyak aromaterapi, minyak urut, dalam minuman, dan juga makanan seperti yang dinyatakan di atas.

Berikut merupakan beberapa khasiat serai untuk kesihatan kita dan juga anak-anak.

15 Khasiat Serai Untuk Kesihatan Orang Dewasa dan Kanak-kanak

Kredit gambar: India.com

#1 Antioksidan

Sifat antioksidan mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Kata lainnya ialah ia merupakan barisan pertahanan terhadap penyakit. 

Asid klorogenik, isoorientin dan swertiajaponin ada ditemui dalam tanaman herba serai. Ia mencegah kegagalan fungsi sel dalam arteri koronari. 

#2 Antibakteria

Minyak pati serai terbukti berupaya melawan bakteria jenis Streptococcus; bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi. Banyakkan amalkan serai selain dapatkan rawatan di klinik gigi

Ada juga kajian yang mendapati, serai berjaya melawan beberapa lagi jenis jenis bakteria kulat.  

#3 Antiradang

Kredit gambar: Healio

Citral dan geranial ialah dua komponen penting dalam serai sebagai antiradang. Keradangan sering terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit jantung dan strok. 

#4 Khasiat Serai Dalam Mencegah Barah (Cancer)

Walaupun asal-usul barah masih menjadi tanda tanya namun apa yang boleh kita pastikan ialah ia berpunca daripada sel yang berkembang secara tidak normal.

Dengan adanya serai, terdapat dua kebarangkalian yang boleh berlaku. Pertama, sel tidak normal dimatikan. Kedua, sistem imun badan Mama menjadi semakin kuat melawan sel kanser. 

#5 Detoxification

Sifat diuretik serai berfungsi membuang toksin daripada badan melalui air kencing. Proses ini membantu menjaga hati agar dapat berfungsi dengan efisien. 

Buah pinggang juga turut mendapat manfaatnya apabila ia didedahkan dengan serai melalui pemakanan.

#6 Melindungi Perut

Kredit gambar: Medical News Today

National Institutes of Health telah menerbitkan satu kertas kajian pada tahun 2012 berkaitan masalah perut. 

Hasil kajian mendapati, minyak pati daun serai mampu melindungi lapisan perut daripada kerosakan disebabkan oleh tindak balas ubat aspirin dan minuman beralkohol. 

Ini bermakna serai berkesan melegakan penyakit ulser gastrik. 

#7 Mengatasi Anemia

Menikmati dan minum hidangan yang mempunyai serai membantu mencegah penyakit berkaitan zat besi seperti anemia. 

Serai dapat mengekalkan tahap hemoglobin dalam saluran darah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh anggota badan. 

#8 Mencegah Insomnia

Insomnia ialah penyakit. Memang ada orang yang tak boleh tidur walau bermacam-macam usaha telah dilakukan. 

Mama Siti cadangkan untuk berikhtiar dengan minum secawan teh serai sebelum tidur. Selain itu, minyak teh sebagai diffuser juga boleh digunakan agar dapat memperbaiki pola tidur. 

#9 Menguatkan Imunisasi

Kredit gambar: Google

Sistem imuniti tubuh badan meningkat ketika seseorang mengambil serai dalam hidangan harian. Bahan bioaktif yang ada dalam serai meningkatkan aktiviti molekul sitokin sekaligus mengurangkan risiko keradangan sel. 

#10 Khasiat Serai Dalam Mengatasi Artritis 

Artritis ialah masalah berkaitan sakit sendi. Ia termasuklah sendi lutut, sendi tangan dan tumit kaki. 

Minyak pati serai acapkali digunakan ketika mengurut bahagian-bahagian sendi tersebut untuk menenangkan keradangan.

#11 Mengawal Diabetes

Serai tidak memulihkan tetapi mengekalkan paras insulin dalam darah manusia. Namun begitu, ianya hanya berkesan kepada penyakit diabetes jenis-II sahaja. 

#12 Merawat Selesema

Kredit gambar: Weil Cornell Medicine

Sebagai alternatif, minyak aromaterapi pati serai juga boleh diaplikasikan sebagai rawatan kedua-dua penyakit selsema dan batuk. 

Manfaat ini diperolehi daripada vitamin C dalam serai yang membantu melegakan masalah pernafasan. 

#13 Membantu Pencernaan

Minyak serai bersifat antimikrob iaitu ia akan menghalang bakteria dan virus pembawa penyakit berkaitan usus. Selain memastikan pergerakan usus yang teratur, serai juga bermanfaat merawat cirit-birit dan sembelit. 

#14 Penjagaan Kulit

Masalah jerawat boleh dipulihkan dengan ciri-ciri astringen dan antiseptik sebagai serum untuk mencegah keradangan kulit. 

#15 Demam Cepat Kebah

Kredit gambar: iStock

Kesan antipiretik dan diaforetik membantu menurunkan suhu badan ketika demam sama seperti ubat konvensional. 

Manakala dalam rawatan Ayurveda, serai mampu menyembuhkan demam dengan cara mengeluarkan peluh bagi menurunkan suhu.  

Kredit gambar: Google

Kalau tak makan serai, Mama boleh minum. Tak pun, Mama boleh jadikan sebagai minyak urut dan aromaterapi. 

Semoga kita semua memperolehi manfaat dari serai untuk kesihatan dalam dan luaran. 


Dapatkan pelbagai maklumat lain yang berkaitan dengan kesihatan wanita di SINI.