KelabMama

20+ Khasiat Petai Kepada Kesihatan Wanita dan Lelaki Terutamanya Untuk Jantung

Kalium dalam petai boleh dikatakan penyumbang besar terhadap kesihatan dalaman dan luaran seseorang. 

Padanlah orang tua-tua selalu amalkan petai sebagai sayuran dan ulam dan diet harian mereka. 

Jom ketahui apakah khasiat petai. 

23 Khasiat Petai Untuk Kesihatan 

Kredit gambar: JiwaSihat

#1 Menurunkan Tekanan Darah Tinggi 

Walaupun petai lazim di negara nusantara tetapi organisasi perubatan di Amerika Syarikat pun ada membuat penelitian. 

US Food and Drug Administration (FDA) memilih petai sebagai buah yang mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok. 

#2 Menghilangkan Sembelit 

Masalah sukar membuang air besar hingga kadang-kala mengakibatkan buasir harus sentiasa dielakkan. 

Serat dalam petai membantu melancarkan pergerakan usus sekaligus melawaskan proses pembuangan najis.  

#3 Kawal Sindrom Pra Haid (PMS)

Kredit gambar: mStar

Terdapat juga vitamin B6 dalam petai yang membantu perubahan mood pada wanita yang sedang mengalami sindrom pra-haid atau PMS.

#4 Mencegah Kemurungan

Rasa murung dan penyakit kemurungan ialah dua perkara berbeza. Jika Mama ada penyakit kemurungan, Mama Siti sarankan untuk mematuhi nasihat doktor. 

Namun sekiranya Mama merasa murung, cuba amalkan makan petai. Kandungan tryptophan yang bertukar kepada serotonin menjadikan seseorang lebih tenang, rileks dan menstabilkan emosi. 

#5 Mengatasi Anemia 

Selain kalium dan vitamin B1, zat besi juga ada dalam makanan kegemaran rakyat Malaysia itu. Ini kerana biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin sekaligus meningkatkan bekalan darah ke anggota badan yang memerlukannya. 

#6 Tingkatkan Kecerdasan Otak

Kredit gambar: iStock

Laporan dari Amerika Syarikat mendapati petai meningkatkan kuasa otak dimana ia membantu menjadikan responden lebih segar dan memberi tumpuan dalam pelajaran. 

#7 Menghilangkan Keletihan

Gabungan jus petai dan madu dikatakan dapat mengurangkan rasa penat atau letih. Tambahan pula, petai dan madu itu masing-masing sudah terbukti membekalkan tenaga kepada tubuh seseorang. 

#8 Merawat Pedih Ulu Hati

Asid perut sangat sensitif jika berada di bahagian abdomen lain kerana tempat-tempat lain tidak mempunyai lapisan perlindungan terhadap asid ini. 

Asid perut yang naik ke esofagus mengakibatkan rasa pedih di bahagian tersebut. Jika keadaan ini berlaku, amalkan petai untuk mengurangkan rasa sakit. 

#9 Mengurangkan Kegatalan Nyamuk

Kredit gambar: Twitter

Kesan benjolan berwarna merah dan rasa gatal disebabkan gigitan nyamuk boleh dirawat dengan petua kulit petai. 

Caranya, Mama gosok kulit petai di kawasan yang digigit dan sedikit demi sedikit, rasa sakit akan berkurangan. 

#10 Menjaga Sistem Saraf

Vitamin B1 atau tiamin yang ada dalam petai berfungsi menjaga kesihatan sistem saraf seseorang. 

Pengambilan harian vitamin B1 yang disarankan ialah 0.8 mg untuk perempuan dan 1 mg untuk lelaki.  

#11 Mengurangkan Nafsu Makan 

Khasiat petai yang seterusnya ialah Mama dapat mengawal badan daripada ketagihan mengambil makanan berkarbohidrat tinggi.

Sekaligus, rutin makan petai dapat menurunkan berat badan seseorang secara perlahan-lahan. 

#12 Menghilangkan Ulser

Kredit gambar: Vanilla Kismis

Ulser berlaku kerana terdapatnya asid berlebihan dan tidak terkawal dalam tubuh badan seseorang. 

Kebaikan makan petai ialah ia mampu meneutralkan asid tersebut dan mengurangkan kerengsaan di permukaan tubuh badan yang berisiko. 

#13 Menurunkan Suhu 

Di barat, terutamanya di Belanda telah lama mengamalkan makan petai buat ibu-ibu hamil demi memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu sejuk. 

Petai dianggap sebagai ‘penyejuk’ yang mampu menurunkan suhu fizikal dan emosi.

#14 Bantu Ketagihan Rokok

Kredit gambar: Verywell Minda

Selain mendapatkan kaunseling dan khidmat bantuan dari klinik kesihatan, Papa juga boleh amalkan makan petai sebagai langkah tambahan. 

Vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium membaiki kesan kerosakan akibat nikotin dalam badan manusia. 

#15 Menghilangkan Stres

Petai ada kandungan kalium yang meneutralkan semula paras kalium yang berkurangan ketika seseorang stres. 

Kalium penting untuk menstabilkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan seimbangkan kandungan air dalam badan. 

#16 Atasi Masalah Cacing

Amalan makan jeruk petai di India telah disahkan oleh penyelidik pada tahun 2018 bahawa ia mengandungi probiotik atau bakteria baik yang membunuh cacing dalam usus manusia. 

Cacing yang sudah mati itu nanti akan dikeluarkan melalui najis ketika proses perkumuhan. 

#17 Merawat Demam Kuning

Demam kuning orang dewasa bukan macam bayi. Demam kuning orang dewasa terjadi disebabkan oleh nyamuk yang dijangkiti. 

Ada petua yang berkongsi tentang cara meredakan demam kuning ini adalah dengan minum air rebusan petai. 

#18 Menghilangkan Ketuat

Kredit gambar: jordanvalleydermatology.com

Salah satu petua menghilangkan ketuat di anggota badan adalah melalui petai. Caranya, letakkan biji petai di tempat ketuat dan lekatkan dengan plaster agar ianya kekal di tempat itu. 

#19 Mengurangkan Rasa Loya

Dikatakan petai yang dicampur bersama-sama susu dan madu boleh mengurangkan rasa mabuk atau loya. 

Ini kerana paduan ketiga-tiga bahan itu menstabilkan paras glukosa dan seimbangkan aras cecair dalam badan. 

#20 Mencegah Strok

Bahan bioaktif peptida dalam petai mampu mengurangkan enzim pertukaran angiotensin. Kesannya, aliran isipadu darah dapat dikurangkan dan dalam masa yang sama meningkatkan pertukaran oksigen dalam darah.  

#21 Melancarkan Sistem Pencernaan

Kredit gambar: Google

Kandungan serai dan fiber yang tinggi dalam petai berupaya menstabilkan sistem pencernaan dan mengatasi masalah di bahagian perut seperti sembelit, sakit perut, cirit-birit dan perut berangin. 

#22 Menghilangkan Rasa Senak

Ada kalanya, rasa lapar yang keterlaluan menjadikan kita terlebih makan dan akhirnya mengakibatkan rasa senak. 

Petua orang lama, mereka akan makan petai untuk menghilangkan rasa senak kerana kekenyayang itu. 

#23 Awet Muda 

Petai ada agen antioksidan yang menyumbang kepada kesihatan kulit dan kesegaran tubuh melalui kandungan flavonoid. 

Flavonoid dalam kulit buah petai lebih tinggi berbanding dalam buah petai itu sendiri. Oleh itu, Mama sebenarnya tak perlu buang kulit buah petai dalam masakan kalau nak awet muda. 

Kredit gambar: Women Online Magazine

Memang banyak khasiat petai kepada kesihatan kita. Lebih-lebih lagi rasanya pun unik, berbeza dari rasa sayuran lain. 

Mulai hari ini, jom kita banyakkan makan petai agar kualiti kesihatan kita pun semakin baik. 


Dapatkan tips pemakanan yang bagus untuk kesihatan Mama Papa di SINI.