KelabMama

Lebih Hebat Berbanding Madu Biasa! 10 Khasiat Madu Kelulut Kepada Kesihatan

khasiat madu kelulut

Madu kelulut semakin popular di Malaysia kerana kandungannya yang sangat baik untuk kesihatan. Madu ini diperoleh daripada lebah kelulut yang terdapat di hutan-hutan Malaysia. 

Walaupun saiz lebah nya kecil, lebah kelulut menghasilkan madu yang kaya dengan nutrisi dan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Berikut ialah 10 khasiat madu kelulut untuk kesihatan.

10 Khasiat Madu Kelulut Pada Kesihatan

#1 Menambah kekuatan sistem imun

Madu kelulut mengandungi protein, vitamin, dan mineral yang dapat membantu meningkatkan kekuatan sistem imun. Ini membolehkan tubuh lebih kebal terhadap penyakit dan serangan bakteria.

Universiti Malaya telah menjalankan ujikaji ke atas bakteria yang cenderung mengakibatkan cirit-birit, jangkitan kulit, paru-paru dan darah. Hasil kajian mendapati madu kelulut mempunyai kesan antibakteria terhadap penyakit itu. 

Tambahan pula, kesan antibakteria madu kelulut lebih kuat berbanding madu Manuka yang sangat dikenali di negara New Zealand dan Australia. 

#2 Khasiat madu kelulut pada luka

Madu kelulut boleh diaplikasikan pada luka terbuka untuk membantu mencegah jangkitan dan menyembuhkan luka.

Hal ini disebabkan oleh sifat antioksidan yang bertindak memutuskan rantaian radikal bebas di kawasan yang terluka. 

#3 Khasiat madu kelulut pada kesihatan jantung

Kredit gambar: Gleneagles Hospital

Madu kelulut mengandungi antioksidan dan nutrisi yang boleh membantu menjaga kesihatan jantung dan mencegah penyakit jantung.

Madu kelulut telah dibuktikan secara saintifik dapat menghalang pengumpulan lemak berlebihan dalam badan. 

Apabila peratusan lemak berkurang, kadar kolesterol pun menurun. Sekaligus, ia mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. 

#4 Meningkatkan fungsi otak

Sebelum ini madu kelulut pernah diuji ke atas haiwan untuk menilai kesan reaksinya terhadap penyakit berkaitan otak. 

Hasil kajian mendapati madu kelulut mengandungi bahan yang mampu meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson.

#5 Mencegah Kencing Manis (Diabetes)

Kredit gambar: Pixabay

Para pengkaji masih giat menjalankan kajian untuk melihat hubungan antara madu kelulut terhadap penyakit kencing manis. 

Salah satu dapatan kajian membuktikan bahawa madu kelulut mempunyai sifat antidiabetes. Selain itu, ia juga mampu melindungi tubuh badan dari kegagalan pankreas.

#6 Meningkatkan penglihatan

Madu kelulut mengandungi nutrisi seperti vitamin A dan lutein yang membantu meningkatkan penglihatan dan mencegah penyakit mata seperti konjungtivitis atau katarak.

Sebuah institusi pendidikan di Ghana, University of Cape Coast mendapati madu kelulut berupaya memperlahankan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus dan Pseudomonas aeruginosa. 

#7 Khasiat madu kelulut pada kulit

Kredit gambar: Tloppy

Madu kelulut mengandungi bahan yang membantu menjaga kulit sihat dan mencegah tanda-tanda penuaan seperti kerut dan garis halus.

Menurut kajian, madu ini memiliki sifat antipenuaan dan boleh merangsang penghasilan kolagen semula jadi dari dalam badan manusia. 

Sesuai sangatlah untuk Mama dan Papa yang berusia 30-an kerana lingkuang usia tersebut, badan kita semakin kurang menghasilkan kolagen. 

#8 Mencegah Kanser

Madu kelulut berpotensi mematikan sel-sel kanser hati disebabkan oleh kandungan di dalamnya seperti sebatian fenolik. 

Namun begitu, lebih banyak ujian diperlukan untuk menyokong kajian berkaitan madu kelulut dan kanser. 

#9 Khasiat madu kelulut dari segi kualiti tidur

Kredit gambar: iStock

Madu kelulut mengandungi bahan yang dapat membantu mengurangkan kegelisahan dan meningkatkan kualiti tidur.

Amalan pemakanan madu kelulut menggalakkan rembesan melatonin dalam otak sekaligus membantu menjana semula sel-sel baru semasa tidur. 

#10 Membantu mengurangkan alahan

Madu kelulut mempunyai sifat anti-histamin yang boleh membantu mengurangkan gejala alahan seperti gatal-gatal, ruam, dan bersin-bersin.

Menurut beberapa sumber, madu kelulut berfungsi sebagai vaksin semula jadi terhadap kesan alahan debunga. 

Kredit gambar: Liputan6.com

Madu kelulut mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan dapat membantu meningkatkan kualiti hidup Mama secara keseluruhan.

Dalam memilih madu kelulut, pastikan Mama daptkan yang berkualiti dan dihasilkan oleh penjaga lebah yang berpengalaman untuk menjamin keaslian sumbernya.


Dapatkan tips dan panduan kesihatan Mama dan Papa yang lain DI SINI.