KelabMama

Khasiat Daun Ketumbar Yang Istimewa & Ramai Tidak Tahu

Daun ketumbar adalah sejenis sayuran yang tak asing lagi kan, Mama? Mama Siti memang favourite sangat daun ni. Ketumbar banyak digunakan sebagai penambah rasa asli dalam masakan kerana rasanya yang bold. Kali ni Mama Siti kongsikan 8 khasiat daun ketumbar termasuk khasiat biji ketumbarnya yang nampak biasa-biasa ni tapi besar manfaatnya.

8 Khasiat Daun Ketumbar Pada Kesihatan

1. Merendahkan kandungan gula dalam darah

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh mebawa risiko untuk penyakit kencing manis. Biji ketumbar dan ekstrak minyak ketumbar boleh membantu merendahkan kandungan gula dalam darah.

Mama pernah tengok kan minyak pati ketumbar? Itupun bagus juga dibuat sapuan pada tapak kaki. Keberkesanan ketumbar merendahkan gula dalam darah hingga kita kena berhati-hati takut jadi rendah sangat pula. Jadi, bersederhana okay?

Kajian menunjukkan biji ketumbar boleh merendahkan paras gula dengan cara merangsang aktiviti enzim yang membantu menyingkirkan gula daripada darah supaya lebih aktif.

Kredit gambar: Tokopedia

2. Kaya dengan antioksidan

Ketumbar mengandungi beberapa jenis antioksidan yang membantu mencegah kerosakan sel disebabkan radikal bebas. Antioksidan ini terbukti melawan keradangan di dalam badan kita, berdasarkan kajian yang dijalankan saintis.

Kajian ini menunjukkan antioksidan dalam ekstrak biji ketumbar merendahkan keradangan dan merencatkan pertumbuhan sel kanser paru-paru, prostat, payudara dan juga usus.

3. Faedah untuk kesihatan jantung

Beberapa kajian mencadangkan ketumbar berupaya merendahkan risiko mendapat gejala penyumbang kepada penyakit jantung; seperti tekanan darah tinggi dan peningkatan paras kolestrol tidak baik. Ekstrak ketumbar membantu menyingkirkan lebihan sodium dan air dalam badan, sekaligus membantu merendahkan tekanan darah kita.

Kajian mendapati kawasan penduduk yang mengambil banyak ketumbar sebagai rempah dalam pemakanan mereka; dapat dilihat kadar penyakit jantung didapati lebih rendah, terutama sekali apabila dibandingkan dengan pemakanan barat yang pengambilan gula dan garam mereka adalah tinggi.

Kredit gambar: Technobezz

4. Meningkatkan kesihatan otak

Banyak penyakit berkaitan otak seperti parkinson, alzheimer dan sclerosis dikaitkan dengan keradangan. Sifat anti-keradangan pada ketumbar berkemungkinan besar dapat melindungi kita daripada penyakit-penyakit ini.

Kajian di atas menunjukkan ekstrak ketumbar melindungi kerosakan sel saraf selepas sawan yang dicetuskan ubatan. Ini mungkin disebabkan sifat ketumbar yang antioksidan. Manakala satu kajian lain menunjukkan ketumbar membaikpulih ingatan, sekaligus sesuai digunakan untuk merawat penyakit alzheimer.

Ketumbar juga didapati dapat menguruskan keresahan dalam diri. Terdapat kajian menyatakan ekstrak ketumbar hampir berkesan seperti diazepam, satu ubat untuk mengurangkan gejala anxiety. Jadi cubalah amal makan ketumbar untuk masalah ini, ya.

5. Melancarkan penghadaman dan menguatkan kesihatan usus

Mama jangan lupa amalkan makan ketumbar atau air rebusan daging ke yang mengandungi daun ketumbar, atau masakan yang menggunakan biji ketumbar seperti rendang, ini dapat membantu kesihatan penghadaman.

Ekstrak ketumbar digunakan sebagai pembuka selera dalam perubatan tradisional Iran. Ada kajian terhadap tikus menunjukkan pertambahan selera makan berbanding tikus yang hanya diberikan air atau tak diberikan apa-apa bahan perangsang. Jadi kalau buat bone broth atau sup diletakkan ketumbar sangat membantu anak-anak bertambah selera makan mereka.

Minyak diekstrak daripada ketumbar dapat mempercepatkan pemulihan dan menggalakkan sistem penghadaman yang sihat. Dalam kajian di atas, dapat dilihat 30 titis minyak ketumbar yang diambil 3 kali sehari dapat mengurangkan sakit bahagian abdomen, kembung perut dan ketidakselesaan perut.

6. Mencegah dan melawan jangkitan penyakit

Ketumbar mengandungi sebatian antipatogenik yang membantu melawan jangkitan dan penyakit. Dodecenal, salah satu sebatian dalam ketumbar mungkin berupaya melawan patogen seperti salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan yang membahayakan nyawa.

Biji ketumbar adalah antara beberapa rempah India yang digunakan di sana untuk melawan penyakit kencing kotor. Minyak ketumbar juga boleh diamalkan kerana keupayannya melawan penyakit bawaan makanan dan jangkitan yang berlaku ketika menerima rawatan di hospital.

Kredit gambar: Kokilaben Hospital

7. Melindungi kulit

Ketumbar mempunyai faedah yang baik untuk kulit, seperti ruam ringan atau dermatitis. Ada juga kajian yang menggunakan ekstrak ketumbar untuk rumah lampin anak kecil.

Selain itu sifat antioksidan dalam ketumbar dapat membantu mengelakkan kerosakan sel yang mempercepatkan penuaan kulit, juga kerosakan kulit akibat daripada sinaran mentari. Tambahan lagi, ramai orang menggunakan jus ketumbar untuk mengurangkan masalah kulit, seperti jerawat, pigmentasi, kulit berminyak atau kulit kering.

Mama Siti rasa kalau kita masyarakat Malaysia ni cukup minum sup atau masakan berkuah yang diletakkan ketumbar di dalamnya atau boleh variasikan resepi sebab kita memang banyak gunakan daun ni dalam masakan kan. Jadi insyaAllah dapat manfaatnya.

8. Meningkatkan mood positif

Terdapat kajian di mana linalool, salah satu komponen dalam ketumbar memberikan meredakan stress dalam kepala kita. Linalool ini juga boleh membantu menenangkan individu apabila dilanda tekanan dan rasa nak marah. Sebab inilah, kandungan linalool dalam ketumbar dianggarkan dapat menggalakkan mood positif pada seseorang individu.

Cara Menggunakan Daun Ketumbar

Kita akan gunakan daun ketumbar yang segar untuk masakan harian, manakala biji ketumbar pulak akan dikeringkan atau dikisar sebelum digunakan dalam masakan.

Daun ketumbar yang fresh biasanya orang guna untuk ditambah dalam masakan sebelum dihidangkan, kerana haba boleh mengurangkan rasa sedap ketumbar ni dengan cepat.

Daun ketumbar boleh ditambah pada sup untuk menambah rasa. Manakala biji ketumbar mempunyai rasa yang hangat dan pedas, sesuai dijadikan penambah rasa untuk makanan pedas. Biasanya digunakan dalam masakan seperti sup, salsa, kari dan masala.

Biji ketumbar boleh disangai dan kemudiannya dikisar untuk mendapatkan rempahnya, sangat sesuai untuk masakan seperti rendang dan sebagainya. Mama Siti suka jadikan daun ketumbar sebagai ulaman dalam makanan seperti sup daging, mee goreng dan lain lain. Apabila dimakan segar, lebih besar manfaatnya.

Jadi lepas ni Mama, sambal-sambil masak tu sambal kita dapat ingat kembali besarnya khasiat bahan seperti daun ketumbar dalam masakan. Sama macam nenek moyang kita dulu, dapur kita tu lah pusat farmasi ubatan kita untuk kesihatan keluarga. Harap bermanfaat!