KelabMama

17 Khasiat Buah Delima. Buah Ajaib Untuk Kanser, Ketika Hamil dan Hilang Ingatan

Khasiat buah delima

Buah delima atau Punica Granatum salah satu dari enam buah-buahan yang disebutkan namanya dalam al-quran. Allah menciptakan buah delima agar manusia dapat menikmati manfaat darinya.

Selain itu, buah delima sangat istimewa kerana namanya termaktub dalam al-quran bersama-sama lima lagi buah-buahan lain. Ia memiliki mukjizat yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.

Buah delima diketahui bermanfaat untuk ibu mengandung. Tetapi kajian demi kajian di jalankan mendapati lelaki juga turut sama memperoleh kelebihan melalui buah delima

Gaya hidup zaman ini membuatkan kita mudah terdedah penyakit. Kesibukan bekerja, makanan segera dan kekurangan masa bersenam mungkin menjadi punca seseorang mengalami kemerosotan kesihatan. 

Sudah, tak perlu dikeluhkan lagi tentang perkara itu. Apa kata kita buat perubahan pada diri sendiri. Banyakkan makan buah. Utamakan buah delima dalam diet.

Sekurang-kurangnya buah delima ada 17 khasiat buat Mama dan Ayah. Perempuan yang sedang hamil pun boleh makan juga ya. 

17 Khasiat Buah Delima 

Kredit gambar: Pixabay
  1. Kaya Dengan Nutrien Penting

Kebanyakkan kandungan delima ialah air iaitu 777.93 g diikuti manakala jumlah tenaga ialah 83,000 Kal. 

Ditambah pula dengan karbohidrat, lemak dan protein. Kesemua kandungan itu sangat diperlukan untuk melancarkan proses-proses dalam tubuh badan manusia.

Selain itu, buah delima juga mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin C, vitamin E dan vitamin K.

  1. Melancarkan Pencernaan
Kredit gambar: Freepik

Setiap 180 g delima mengandungi 7 g serat. Serat bersifat menyerap air. Penyerapan tersebut melembutkan najis dan akhirnya memudahkan proses penyahtinjaan.

Tahukah Mama jika seseorang kekurangan serat atau fibre, mereka berisiko mendapat penyakit buasir. Jika berpanjangan, seseorang akan merasa sakit setiap kali ingin membuang air besar.  

  1. Menguatkan Antibodi

Ingatkah Mama bahawa buah delima ada kandungan vitamin C ? Vitamin C meningkatkan kekebalan sistem badan daripada jangkitan penyakit. 

Ringkasnya, kalau Mama makan buah yang ada banyak vitamin C, Mama akan kurang dapat demam, selsema, batuk dan penyakit lain.  

  1. Merawat Barah Prostat
Kredit gambar: MedicineNet

Estrak dari buah delima mampu memperlahankan sel barah merebak ke kawasan lain. Dr Christopher Amling dari Persatuan Urologi Amerika (AUA), berkata “jus buah delima boleh memperlambat perkembangan kanser prostat selepas rawatan tidak berjaya”

  1. Mencegah Barah Payudara

Kanser payudara sering menjadi kerisauan para wanita. Kertas kajian dari National Library of Medicine mendapati Polifenol dalam buah delima merencatkan 47% pembentukan sel kanser.

  1. Menurunkan Paras Kolesterol
Kredit gambar: Freepik

Dengan 50 ml hingga 1 liter minuman jus delima boleh menurunkan jumlah kolesterol antara 3% hingga 10 %. Setakat ini kajian menunjukkan buah delima juga mampu mengurangkan aterosklerosis.

  1. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)

Buah delima berperanan menstabilkan tekanan darah sistolik iaitu aliran darah keluar daripada jantung. Bacaan normal tekanan darah manusia ialah 120 mmHg.

  1. Menguatkan Ingatan
Kredit gambar: Freepik

Hasil kajian menunjukkan apabila seseorang minum 237 ml jus delima setiap hari, mereka dapat meningkatkan memori penglihatan dan percakapan.

  1. Agen Anti Radang

Polifenol ialah bahan yang kaya dengan antioksidan. Buah delima memiliki tiga kali ganda khasiat antioksidan berbanding teh hijau. Antioksidan mengurangkan keradangan kulit.

  1. Muda Sebelum Usia
Kredit gambar: Freepik

Khasiat dari buah delima ialah ia boleh merangsang penghasilan kolagen. Pada umur 25 hingga 30 tahun, kandungan kolagen mula berkurangan dalam tubuh badan manusia. Asid ellagic dan antioksidan ialah dua komponen penting untuk melambatkan proses penuaan.

  1. Melegakan Sakit Sendi (Osteoporosis)

Case Western University mencatatkan buah delima mencegah kemerosotan tulang melalui vitamin K. Jadi walaupun Mama telah dimakan usia namun khasiat buah delima masih boleh diperolehi apabila ia membantu menguatkan tulang.

  1. Baik Untuk Jantung
Kredit gambar: Freepik

Khasiat delima yang seterusnya ialah dapat meningkatkan aliran darah serta mencegah pembuluh arteri supaya tidak kaku. Minyak biji buah delima menurunkan trigliserida iaitu sejenis lemak darah dengan ketara.

  1. Melawan Jangkitan Bakteria

Sebatian tumbuhan dalam buah delima berupaya memerangi mikroorganisme berbahaya. Contohnya, Candidas albicans. Kesannya, jangkitan penyakit berkaitan mulut dan gigi dapat dilindungi.

  1. Luka Cepat Sembuh
Kredit gambar: Freepik

Khasiat buah delima ialah ia boleh memperbaiki sel kulit dari dalam. Jika ada luka-luka seperti kesan kecederaan atau parut jerawat, buah delima boleh mempercepatkan penyembuhan luka tersebut.

  1. Mencegah Anemia
Kredit gambar: Freepik

Dengan adanya zat besi dan mineral dalam buah delima membantu pembentukan hemoglobin(Hb) dalam badan. Apabila banyak hemoglobin dihasilkan maka lebih banyak oksigen dapat dibawa melalui sel darah merah.

  1. Mencegah Komplikasi Kehamilan

Hasil kajian dari American Journal of Physiology pada tahun 2012 menunjukkan buah delima berjaya mengurangkan risiko masalah berkaitan placenta. Justeru, buat Mama yang sedang hamil, jangan lupa makan buah delima ya.

  1. Melindungi Janin
Kredit gambar: Pixabay

Delima kaya dengan asid folik. Ia bersamaan dengan satu per empat daripada asid folik diperlukan sepanjang kehamilan. Umum diketahui, fungsi asid folik penting dalam perkembangan minda dan fizikal janin.

Kesimpulannya…

Ternyata benarlah buah delima berkhasiat kepada perempuan dan lelaki terutamanya dalam rawatan kanser. Penyakit tiga serangkai seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan jantung mampu dikawal dengan makan buah delima.

Oleh itu, jangan abaikan buah delima dalam senarai buah-buahan di rumah . Kalau tak mampu makan setiap minggu, sebulan sekali pun boleh. Rugi sangat kalau kita tak dapatkan khasiat buah delima. Mari sama-sama kita peroleh manfaat melalui mukjizat buah delima.