KelabMama

Ketahui Risiko Keputihan Berlebihan Ketika Hamil Yang Mama Perlu Tahu!

Ketahui Risiko Keputihan Berlebihan Ketika Hamil Yang Mama Perlu Tahu!

Keputihan ketika hamil sebenarnya adalah salah satu masalah yang normal. Menurut sumber, disebabkan peningkatan tahap produksi hormon estrogen serta peredaran darah, wanita hamil mungkin akan mengalami keputihan berlebihan secara kerap.

Sungguhpun begitu, penting untuk wanita mengetahui cara penjagaan yang optimum dan apakah tanda-tanda yang tidak normal semasa mengalami keputihan ketika hamil. Ini kerana, keputihan amat berkait rapat dengan jangkitan kulat yang menjejaskan kesihatan.

Apa Punca Keputihan Berlebihan?

Lelehan keputihan yang berlebihan semasa hamil adalah sesuatu yang normal selagi ianya berwarna putih. Namun ianya bertukar menjadi abnormal sekiranya lelehan bertukar warna menjadi kekuningan atau kehijauan.

Lelehan berlebihan ini disebabkan oleh perubahan hormon estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan merangsang selaput lendir iaitu leukorrhea atau keputihan semasa hamil. Leakorrhea berfungsi untuk melindungi saluran kelahiran daripada terkena jangkitan dan mengekalkan keseimbangan flora bakteria baik di dalam faraj.

Jika lelehan faraj sudah berwarna kuning kehijauan, berbau kuat dan disertai dengan gatal di bahagian luar faraj, ini bermaksud anda sedang mengalami jangkitan faraj.

Hampir semua wanita mengalami lelehan faraj yang lebih daripada biasa semasa kehamilan.

Perbezaan Keputihan Normal & Keputihan Yang Tak Normal

Jenis keputihan yang normal adalah berwarna putih susu dan tidak berbau. Sungguhpun begitu, pastikan anda menggantikan panty liner atau seluar dalam dengan kerap agar ianya tak menjadi sumber jangkitan yis atau bakteria.

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Seringkali, keputihan yang tidak normal akan diiringi dengan beberapa simptom tidak sihat. Berikut adalah cara membezakan kedua-duanya:

Sifat Keputihan Normal

Sifat Keputihan Penyakit

Lelehan vagina yang disebabkan oleh jangkitan menyebabkan risiko kelahiran pramatang serta air ketuban pecah lebih awal daripada sepatutnya.

Risiko Keputihan Berlebihan Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

1- Sawan

Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi.

2- Gangguan Pernafasan Kepada Bayi

Jangkitan keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian bayi.

3- Kelahiran Pramatang

Keputihan yang disebabkan oleh Chlamydia boleh menyebabkan kelahiran pramatang kerana menyebabkan selaput ketuban pecah sebelum cukup bulan.

4- Jangkitan Mata

Keputihan yang berpunca oleh Neisserea Gornorrnoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan mata bayi buta.

Cara Mengatasi Keputihan Berlebihan Ketika Hamil

Sentiasa pastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering.

Sama ada mama hamil atau tidak, seseorang wanita perlu menumpukan perhatian khusus terhadap penjagaan alat sulit agar sentiasa bersih dan bebas jangkitan. Antara perkara yang perlu dipraktikkan sekiranya anda mengalami keputihan adalah:

Sumber: thezuriat, mommavogue & ayachalo

BACA JUGA KEPUTIHAN BERLEBIHAN MEMBUNUH SPERMA. SUKAR UNTUK HAMIL?

Pesan Mama Siti:

Jika lelehan vagina disebabkan jangkitan, risiko kelahiran pramatang serta air ketuban pecah lebih awal daripada sepatutnya. Sebab tu lah, mama kena sentiasa dapatkan nasihat perubatan di fasiliti kesihatan sekiranya mendapati lelehan vagina yang tak normal. Jangkitan biasanya boleh dirawat oleh doktor dengan pemberian ubatan.