KelabMama

Kesan Penggunaan Essential Oil Kepada Mama Hamil dan Anak-anak

kesan guna essential oil

Penggunaan essential oil atau minyak pati ni sangat famous dalam kalangan Mama-mama. Lagi-lagi kalau Mama yang gunakan diffuser di rumah.

Mama akan letak diffuser ni di ruang tamu atau di bilik tidur.

Selalu nya Mama gunakan untuk dapatkan tidur yang nyenyak, mengurangkan stress, nak wangikan rumah dan banyak lagi.

Tetapi dalam banyak manfaat nya, ada jugak kesan bahaya tau! Lagi-lagi kepada Mama hamil dan anak-anak.

Ini Mama Siti kongsikan kesan penggunaannya kepada anak-anak dan Mama mengandung.

Kesan Penggunaan Essential Oil Kepada Kanak-kanak

1.  Penyebab Gangguan Hormon

Menurut Dr. Romy Block, seorang pakar dalam bidang endokrinologi menyatakan bahawa essential oil ini boleh mengganggu aktiviti endoktrin yang berfungsi dalam menghasilkan hormon.

Endoktrin yang terganggu boleh memberikan kesan kepada penghasilan hormon dan mengakibatkan masalah kesihatan seperti kenaikan berat badan, mood swing, ketidaksuburan, tidur yang terganggu dan kelesuan. 

Menurutnya lagi, terdapat beberapa kes tentang kesan sampingan essential oil yang telah dilaporkan.

Antaranya minyak lavender yang boleh mengakibatkan pembentukan payudara pada usia muda kanak-kanak perempuan serta minyak tea tree yang boleh mengakibatkan juga kesan yang sama kepada kanak-kanak lelaki. 

Seperti yang dikongsikan dalam Twitter, anaknya berumur 6 tahun sudah ada breast development. Hanya gunakan essential oil je dekat rumah tapi kesannya sangat bahaya kepada anak-anak.

2. Mengakibatkan Alahan 

Sesetengah essential oil juga boleh menyebabkan alahan. Mama Papa boleh mengenal pasti alahan tersebut sekiranya Mama atau anak-anak mempunya simptom-simptom seperti mata gatal dan berair, selalu bersin, dan hidung tersumbat.

Selain tu, penggunaan essential oil secara sapuan terus pada kulit anak-anak juga tak disarankan kerana boleh menyebabkan kemerahan, gatal-gatal dan bengkak pada kulit. 

3. Iritasi Pada Kulit 

Disebabkan komponen aktif berkonsentrasi tinggi yang ada dalam essential oil, ia tak sesuai untuk disapu pada kulit. 

Kalau disapu terus pada kulit baby, boleh menyebabkan iritasi pada kulit seperti keradangan dan kegatalan. 

4. Menyebabkan Sesak Nafas kepada Anak-anak

Menghirup aroma dari essential oil secara berlebihan pun boleh menyebabkan sesak nafas. 

Minyak atsiri seperti kayu putih dan peppermint dikatakan mengandungi senyawa bernama fenol yang dapat mengiritasi saluran pernafasan jika terhirup, khususnya kepada baby Mama. 

Kesan Penggunaan Essential oil Kepada Mama Hamil

1. Penggunaan Essential Oil Menganggu Kehamilan Mama

Beberapa essetial oil dalam kandungannya mempunyai aditif dan kotoran yang mungkin berbahaya bagi Mama yang sedang hamil.

Kepekaan Mama hamil kepada bau dan rasa ini menyebabkan kesan sampingan yang buruk dari penggunaan minyak essensial seperti mual, sakit kepala, muntah dan vertigo.

Satu lagi Mama kena ingat, minyak yang Mama sapu pada kulit ni dapat meresap ke dalam plasenta dan mempengaruhi baby tau. Situasi ni boleh menyebabkan Mama alami keguguran ye.

2. Mama Alami Contraction Awal

Mama perlu elakkan beberapa jenis essential oil semasa Mama hamil ni. Lagi-lagi bila Mama dalam trimester pertama kerana ia berpotensi tinggi boleh menyebabkan kontraksi rahim berlaku sebelum waktunya.

Antara jenis essential oil yang Mama kena elakkan ialah beri juniper, rosemary, kemangi, kayu cedar, cengkih, ketumbar, adas, pala, pinus dan sage.

3. Membuatkan Kulit Mama Terbakar

Selain menyebabkan ruam dan alergi, ada juga beberapa jenis essential oil yang mencetuskan kesan fotosensitisasi ataupun tindak balas yang terlalu sensitif terhadap cahaya matahari.

Kalau Mama oleskannya pada kulit dan terdedah pada sinaran matahari, kulit Mama dengan mudah je terbakar.

Ada beberapa jenis essential oil yang mempunyai kesan ni, antaranya bergamot, lemon verbena, pala dan pudina.

Mama yang gunakan essential oil ni, mesti kena tunggu sekurangnya 24 jam sebelum Mama terdedah dengan cahaya matahari untuk elakkan kesan terbakar tau.

Jadi, Mama kena berhati-hati tau kalau nak gunakan essential oil ni. Mama letak lah dalam bilik tidur Mama atau gunakan time anak-anak tak ada di rumah.

Mama hamil kalau boleh tak perlulah gunakan essential oil ni ye, kesannya bukan kepada Mama je baby pun turut sama terima kesannya.


Dapatkan lebih banyak perkongsian daripada Mama Siti di SINI.