KelabMama

Bilakah Keputihan Semasa Mengandung Boleh Membahayakan?

Pengalaman hamil ini berbeza-beza bagi setiap wanita, dan setiap kehamilan. Pelbagai perkara yang mungkin tidak normal bagi seseorang sebelum hamil terjadi semasa dia hamil. Buah dada membesar, kaki membengkak, wajah berseri dan bermacam-macam lagi. 

Salah satu perubahan yang ketara yang selalunya ibu mengandung akan alami ialah masalah keputihan semasa mengandung. 

Kredit: Pregnancy.com

Adakah Keputihan Semasa Mengandung Itu Normal? 

Keputihan atau vaginal discharge bukanlah sesuatu yang baru untuk wanita, tak kira samada anda sedang hamil atau tidak. Bagi ibu yang sedang cuba untuk hamil mungkin tertanya-tanya adakah keputihan salah-satu tanda kehamilan? Sementara itu, bagi ibu-ibu yang sedang hamil, mungkin risau bila berlaku keputihan yang kerap dan agak banyak. 

Keputihan adalah cara semulajadi mengeluarkan cecair kotoran dan sel mati dari rahim dan faraj wanita. Keadaan ini akan lebih banyak dan kerap berlaku di awal kehamilan, berbanding pada waktu.

Cecair berlebihan ini berlaku kerana badan menghasilkan estrogen yang banyak dan adanya pertambahan aliran darah semasa di awal kehamilan. 

Keputihan semasa mengandung menyingkirkan sel mati daripada faraj, sekaligus melindungi saluran kelahiran dari mendapat infeksi dan mengekalkan kehadiran bakteria baik dalam faraj dan rahim ibu. 

Kebiasaannya, cecair itu berwarna putih dan tidak berbau. Ini bukanlah sesuatu yang membimbangkan dan masih boleh dirapi sendiri dengan cara yang betul. 

Bilakah Keputihan Semasa Mengandung Boleh Membahayakan?

Walaupun keputihan semasa mengandung ini sesuatu yang normal, tidaklah bermakna ibu yang menghadapi masalah ini tidak perlu risau terhadap kesihatan kehamilannya. 

Jika cecair yang keluar itu menghasilkan bau yang tidak enak atau anda berasa gatal-gatal, kemungkinan besar ia sudah dijangkiti bakteria atau fungi, yang juga bukanlah sesuatu yang pelik. Malah ada juga cecair yang terhasil tidak berwarna putih, tetapi likat kekuningan atau kehijauan. Itu juga tanda infeksi. 

Selain daripada itu, jika ibu berasa pedih semasa membuang air kecil, ataupun sakit semasa berintimasi dengan suami, ia juga antara tanda-tanda infeksi. 

Selalunya, keputihan berbau atau terlalu pekat kerana jangkitan ini akan pulih dengan sendirinya, tanpa perlu dirawat. Namun jika ianya berlarutan hingga terlalu lama, hingga membuatkan anda tidak selesa, dapatkan nasihat pakar. Bergantung kepada keadaan ibu, doktor akan menyarankan antibiotik tertentu untuk menghalang jangkitan. 

Bagi sesetengah ibu mengandung, jangkitan bakteria boleh menyebab risiko air ketuban pecah sebelum menjadi matang dan menyebabkan kelahiran pramatang yang mungkin boleh membahayakan ibu dan anak. 

Bagaimanakah Cara Menyelesaikan Masalah Keputihan Semasa Mengandung?

Pakailah seluar dalam yang selesa dan tidak terlalu ketat. Seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas adalah yang paling sesuai kerana materialnya yang nipis dan memudahkan aliran udara. 

Pastikan keadaan faraj sentiasa kering selepas mencucinya dengan air dengan mengelapknya dengan tisu bersih. Menggunakan pad atau panty liner adalah digalakkan.  Sentiasa simpan satu atau dua panty liner tambahan di dalam beg anda apabila keluar rumah.   

kredit: Smartparent.com

Ada sesetengah ibu mengandung cenderung untuk menjaga kesihatan rahim dan faraj mereka sedaya upaya sehingga anda yang melampaui batas. Cara pencucian yang berlebihan dan tidak mengikut aturcara tidak semestinya membantu menyelesaikan masalah keputihan, malahan ia akan membahayakan ibu mengandung.

Membasuh kemaluan dengan kerap dan menggunakan bahan pencuci atau sabun yang mengandungi banyak bahan kimia yang lebih berkuasa bukanlah cara terbaik. Sebaliknya, ia mungkin memberi keputusan sebaliknya. Ketidakseimbangan pH yang menyebabkan keadaan terlalu beralkali sehingga boleh menyebabkan jangkitan. 

Sebaiknya, gunakan air suam, yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk, sebagai air cucian kemaluan. Elakkan daripada menggunakan bahan-bahan cucian yang mengandungi pelbagai bahan kimia seperti pewangi, pewarna dan campuran bahan sintetik lain.

Di akhir trimester, keputihan yang keluar semasa mengandung adalah lebih cair berbanding di awal kehamilan. Ada juga kes yang mana ibu berasa seperti ada setompok cecair atau mukus yang keluar secara tiba-tiba. Itu adalah mucus plug yang selama ini menutup rahim ibu dan menjadi penghalang untuk bakteria memasuk rahim semasa kehamilan.

Apabila ini berlaku, itu adalah tanda-tanda yang rahim ibu sudah bersedia untuk melahirkan bayi yang dikandung selama lebih kurang 40 minggu itu. 

Apa-apapun, jika timbul sebarang keraguan atau ketidakpastian, cara terbaik adalah untuk merujuk kepada pakar kesihatan ibu sendiri. Mama Siti doakan agar setiap detik kehamilan yang ibu lalui dipermudahkan dan diberi kekuatan kesabaran untuk menghadapinya. Good luck, mommies.